Thursday, January 24, 2013

Amalan Payung Rasulullah saw



serenemaklong.blogspot.com



BARANGSIAPA yang membaca ayat 128 dan 129 dari Surah At-Taubah, dengan izin Allah, tidaklah dia binasa oleh senjata tajam dan mati kecuali terlupa membacanya atau telah tiba ajalnya. Ayat awet muda ini hendaklah diamalkan bacaannya sebanyak 3x, 7x, 9x,11x atau dalam bilangan ganjil sesudah solat wajib lima waktu.
Surah At-Taubah:   
Ayat 128:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhamad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang - orang yang beriman.
Ayat 129 : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya Aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
Antara kelebihannya adalah:
·      Sebagai penawar penyakit jika diamalkan selalu dan terhindar dari bahaya.
·      Penjahat akan takut melihat atau mengganggu dan menghentam musuh atau jin kafir.
·      Mengamankan orang dari kerasukan dan ayat penunduk serta perisai dari bahaya yang mendatang.
·      Inilah satu - satunya ayat tidak bersifat panas dan rezeki yang sempit akan di luaskan dengan mendapat keberkatan.
·      Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
·      Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
·      Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman pada hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malam dan orang akan menghormati anda.
·      Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menambah hubungan kasih sayang antara suami - isteri dan jiran tetanggga.
Semoga amalan yang baik dijadikan ikutan dan mendapat pahala yang berlipat ganda dari Allah kepada hambaNya yang bertaqwa.
(Sumber: Muhamad Nor Kartor)

No comments:

Post a Comment