Sunday, August 12, 2012

Tiga Soalan Satu Penampar

serenemaklong.blogspot.com



PEMUDA: Siapa awak? Boleh awak jawab soalan saya?
 
IMAM:     Saya hamba Allah. Dengan izin-Nya saya akan menjawab  
               soalan itu.

PEMUDA: Awak yakin? Profesor dan ramai orang pintar pun tak boleh
               menjawabnya.

IMAM:     InsyaAllah saya akan cuba sejauh kemampuan saya.
 
PEMUDA: Saya ada 3 soalan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat daripada api juga. Tentu itu tak rasa sakit sebab mereka juga dibuat daripada api. Takkan Tuhan tak terfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.

PEMUDA:  Kenapa awak marah pada saya? (sambil menahan sakit)
 
IMAM:       Saya tak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya untuk tiga 
                 soalan awak tadi.
 
PEMUDA:  Sungguh tak faham.
 
IMAM:      Macam mana rasanya tamparan saya?
 
PEMUDA: Tentulah sakit.
 
IMAM:      Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
 
PEMUDA:  Ya!
 
IMAM:     Tunjukkan pada saya kewujudan sakit itu!
 
PEMUDA: Saya tidak boleh.
 
IMAM:     Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua merasakan kewujudan 
               Tuhan tapi tak mampu melihat kewujudannya. Malam tadi ada tak 
               awak bermimpi saya akan menampar awak?
 
PEMUDA: Tak ada.
 
IMAM:     Terfikirkah yang awak akan menerima tamparan dari saya hari ini?

PEMUDA: Tidak.

IMAM:     Itulah dinamakan takdir. Tangan saya yang menampar awak 
               diperbuat daripada  apa?

PEMUDA: Kulit.
 
IMAM:     Pipi awak diperbuat daripada apa?

PEMUDA: Kulit.
 

IMAM:     Macam mana rasanya tamparan saya?
 

PEMUDA: Sakit.
 

IMAM:     Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka pun api juga, 
               jika Tuhan menghendaki neraka akan menjadi tempat yang 
               menyakitkan untuk syaitan.


No comments:

Post a Comment