PERKAHWINAN diibaratkan
seperti membina sebuah masjid. Mempertahankan ikatan suami isteri supaya kekal
bahagia bukan sekadar hubungan seksual sahaja. Kebahagiaan itu merangkumi
banyak perkara. Bagi isteri yang baru berkahwin, di awal perkahwinan kekurangan
diri dapat dimaafkan. Tetapi selepas beberapa tahun berkahwin formula harus
dicari bagi menambat hati sang suami supaya tetap menyayangi.
Isteri memang sudah
“pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah isteri sudah 100% pasti apa yang dilakukan
itu cukup memuaskan hati suami? Isteri perlu ingat ketika “bercinta”,
suami isteri harus mampu memberikan kepuasan kepada pasangan. Untuk “memuaskan”suami
sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu.
Berani Berinisiatif
Selalunya inisiatif mengadakan
hubungan seksual datang daripada pihak suami, sedangkan isteri hanya menunggu. Kebanyakan
isteri berasa malu (tapi mahu) untuk memulakan langkah pertama. Dalam kehidupan
seks suami isteri tidak patut ada istilah malu. Isteri harus berani
mengambil inisiatif kerana ini akan menggembirakan suami dan secara psikologi
dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.
Menghias Diri
Apabila ingin bercinta,
isteri sepatutnya menghias diri. Jangan tampil hanya ala kadar. Penampilan
yang baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum
bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakai pakaian yang bersih dan menarik.
Sembur sedikit wangian agar tubuh berbau harum.
Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan
tempat tidur. Bersihkan tempat tidur daripada kain dan pakaian yang tidak
berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan
bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian. Tempat tidur yang rapi,
nyaman dan wangi secara psikologi
akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta.
Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu
percintaan. Ia sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Oleh itu samada
suami atau isteri perlu aktif. Sayangnya, dalam perkara ini yang
aktif selalunya adalah suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Untuk
mengghairahkan suami, isteri perlu aktif melakukan rangsangan di tempat yang sensitif.
Penuhi Kehendaknya
Dalam bercinta isteri sering
menolak permintaan supaya melayani suami, menyebabkan dia merasa jengkel dan
marah. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan
suami, kecuali dia mahu isteri melakukan sesuatu yang diluar tabii. Jika
keinginan suami dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas.
Dan perasaan sayang akan semakin kuat.
Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya
mahu melayan suami dalam satu gaya
sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari
kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.
Bersikap
Sopan
Ketika bercinta, isteri
jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasa amalkan sikap yang sopan yang secara
psikologi boleh mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.
Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit
tentang ukuran alat kelaminnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini
boleh menurunkan ghairah suami.
Tidak
Mengeluh
Jangan terlalu banyak
mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta
menurun.
Jangan Banyak Berbual
Jangan berbual ketika sedang
bercinta sebab hal ini akan menyebabkan suami hilang tumpuan dalam menikmati percintaan.
Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur
adalah satu kemestian dalam bercinta. Andai isteri tidak suka apa yang
dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri. Sebaiknya berterus
terang dan beritahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang
begini akan menambah semangat suami dalam bercinta.
Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, berikan
pujian di atas kehebatan suami. Dia pasti akan berasa bangga. Tetapi kalau
suami kurang hebat jangan dicela. Beritahu tentang kekurangannya dengan
baik dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan
membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.
(Sumber:
www.resepirahsiaku.com)
No comments:
Post a Comment