serenemaklong.blogspot.com
KASUT tidak
hanya berfungsi sebagai pelapik kaki bagi memberi keselesaan, malah ia
melengkapkan penampilan diri agar menarik dan anggun ketika melangkah. Sesuai
dengan fungsinya sebagai pelindung kaki dan penambah gaya, pemilihan kasut juga harus dilakukan
dengan berhati-hati agar ia tidak menimbulkan masalah seperti kaki sakit dan
melecet.
Setiap orang akan menggayakan kasut sepanjang masa, tidak kira berjenama ataupun tidak. Yang penting pemakaian kasut (walaupun kedudukannya paling bawah dalam penampilan diri) mampu menyuntik seri selain menjadi alat keyakinan diri ketika melangkah bagi sesetengah individu.
Bagi golongan pengguna, mereka tidak kisah memakai kasut yang harganya mencecah ribuan ringgit. Asalkan kasut itu dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi, asli dan cantik, itu sudah cukup untuk mereka gayakan.
Bunyinya nampak mudah, membeli kasut berjenama dan mengayakannya ke mana sahaja. Bagi golongan berada tentulah mereka tidak berhadapan dengan masalah tersebut tetapi golongan pertengahan hanya sekadar memandang koleksi di rak kasut di sesebuah kedai dan kemudiannya berlalu pergi begitu sahaja.
Dalam soal membeli kasut, ia bergantung kepada kemampuan seseorang. Yang kaya bebas mendapatkan apa yang diinginkan dan yang tidak berkemampuan, memadailah menggayakan apa yang termampu.
Pengguna perlu berdisiplin semasa membeli kasut. Disiplin di sini membawa maksud sama ada pembelian kasut itu keperluan atau kemahuan diri.
Terdapat pengguna yang sudah miliki banyak kasut namun tetap mahu mendapatkan kasut yang lain. Jika pembelian itu untuk keperluan penting seperti digunakan untuk bekerja, bersukan dan yang berkaitan, tiada masalah namun jika hanya untuk memenuhi koleksi sedia ada, mungkin pengguna itu perlu mempertimbangkan semula.
Utamakan keperluan berbanding kemahuan kerana terdapat barangan lain yang memerlukan penggunaan wang yang banyak. Usah tetapkan sebarang anggaran untuk membeli sepasang kasut. Memadailah jika bersesuaian dengan penampilan dan harganya berpatutan.
Walaupun hati memasang impian untuk menggayakan kasut rekaan pereka kasut terkenal dari Malaysia, Datuk Jimmy Choo yang dilihat sebagai produk berjenama mewah popular dunia, namun dek kerana harganya yang mahal, maka kumpulkanlah wang untuk membelinya secara berdikit-dikit.
Sebagai pengguna, kita tahu bahawa kasut amat penting untuk melindung kaki daripada terdedah kepada sebarang kecederaan ketika berjalan ataupun berlari.
Itu adalah peranan asas kasut, tetapi kini seiring dengan kepesatan teknologi serta arus pemodenan dalam pelbagai bidang, kasut turut mengalami perubahan apabila ia dijadikan aksesori penting dalam fesyen.
Bagi yang gemar bersukan, pemilihan kasut yang bertepatan amat penting dalam memastikan aktiviti sukan berlangsung dengan baik.
Berhati-hati ketika membeli kasut sukan yang akan digunakan untuk aktiviti cergas dan banyak pergerakan lasak. Jika tersilap membeli kasut yang tidak sesuai, bukan saja menyebabkan masalah kaki, tetapi juga rasa sakit pada buku lali, bahagian pinggang dan belakang badan. Pemilihan dan penggunaan kasut sukan yang betul amat penting bagi menjamin kestabilan badan yang bermula daripada bahagian kaki dan bergerak ke seluruh anggota badan.
Ekoran kasut menjadi keperluan dalam kehidupan manusia, ramai generasi muda mula cenderung untuk bergelar pereka kasut. Masing-masing berebut mengikuti jurusan rekaan kasut di mana saja termasuklah universiti awam, swasta mahupun kolej hanya kerana teruja melihatkan kejayaan beberapa nama tempatan dalam arena berkenaan.
Wujudnya kursus yang ditawarkan pusat pengajian tinggi di mana ramai pelajar mengikuti pengajian dan mendapat latihan dalam bidang rekaan kasut di Universiti Teknologi Mara dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor jelas menunjukkan industri kasut masih mendapat tempat kalangan penggemarnya dan tidak lama lagi, Malaysia tentunya bakal miliki pelapis hebat dalam bidang pembuatan kasut.

No comments:
Post a Comment