Sunday, September 10, 2017
Usaha Menjelas Erti Islam Sebenar
Bro Firdaus Wong dan Bro Shah Kirit dari NGO Malaysia yang gigih menyebarkan Islam, Multiracial Reverted Muslim telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang Islam di University of Zimbabwe.
Hadirin terdiri daripada para profesor serta pelajar tahun ketiga Religious Studies yang semuanya bukan beragama Islam. Persepsi mereka terhadap Islam & Muslim tidak begitu baik pada awalnya melihat kepada sambutan mereka.
Muka yang serius tanpa senyuman serta jelingan mata yang tajam menyambut ketibaan. Bro Firdaus dan Bro Shah membentangkan satu topik iaitu 'Islamophobia'.
Setelah selesai pembentangan, majlis dibuka kepada sesi soaljawab. Antara soalan yang dilemparkan adalah berkenaan jihad, Muslim fundamentalist, suicide bombing, benarkah Islam menindas wanita, hijab, sunni-syiah, isu penjagaan alam sekitar, hidup kebersamaan, sistem pendidikan dan lain-lain.
Sesi sepatutnya berakhir jam 4 petang tetapi berlarutan sehingga hampir 5 petang. Dari riak wajah dan reaksi mereka setelah selesai majlis, mereka amat berpuas hati dan gembira dengan penerangan yang diberi. Malahan Profesor di Religious Studies meminta agar diadakan lagi sesi seperti ini pada masa hadapan.
Malah sewaktu sesi bergambar kumpulan, bukannya mereka sebut 'cheese' tetapi mereka sebut; 'jihaad' sambil tertawa kerana mereka telah faham apa itu jihad.
Bro Firdaus dan Bro Shah bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana diberikan peluang olehNya untuk menjelaskan keindahan Islam yang dicemari oleh media massa serta segelintir Muslim yang melakukan sesuatu tindakan di luar ajaran Islam.
Sebelum berpisah, kedua-dua pendakwah gigih ini menghadiahkan kepada mereka 60 naskah terjemahan Al-Quran berbahasa Inggeris dan mereka begitu gembira sambil menepuk tangan.
Semoga usaha menyemai benih-benih keamanan dan kehidupan harmoni berkembang serta kita semua menjadi asbab tersebarnya Islam dan keamanan di seluruh dunia. Allahuma Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment