Sunday, September 10, 2017

Manusiakah Ini?

Respons Individu






Respons Sebuah NGO


CUKUP WAJARKAH HUKUMAN INI?
.
Berderet-deret kes sumbang mahram yang melibatkan bapa kandung merogol anak bawah umur sekarang ini. Sampai tak lalu nak share satu persatu.
.
Dalam kes yang kami kira paling berat di Subang Jaya ini, hanya dua hukuman penjara dikenakan, iaitu 20 + 28 tahun. Oleh kerana ia akan berjalan serentak, maka tempoh sebenar adalah 28 tahun sahaja. Tolak cuti umum, pengampunan  dan sebagainya akan jadi lebih singkat lagi.
.
Terfikir juga dalam hati kecil... alangkah baiknya Malaysia ini. Sanggup keluar belanja untuk kos prasarana, penjagaan dan makan minum lagi buat 'bangkai bernyawa' seperti ini.  
.
Spesis begini bukan tahu serik. Dalam link yang diberikan ada seorang atuk yang baru keluar penjara, ditahan 12 tahun kerana merogol anak kandungnya ditangkap semula kerana merogol cucunya berusia 7 tahun pula. Bapa saudara mangsa (anak lelaki suspek) turut memperkosa sikecil yang tidak berdosa. Laporan O&G mengatakan ada 2 kesan koyak yang amat serius pada faraj cucu. 
.
Makhluk gila seperti inikah yang nak kita jaga di penjara untuk menghabiskan wang negara dan masa petugas kita?
.
Menurut hukum Islam, zina antara pasangan yang sudah berkahwin sahaja sudah 'rejam sampai mati' di khalayak ramai. Inikan pula 'memperkosa' anak sendiri. Ironinya, kali pertama ia dilakukan di tanah suci dan selepas itu setiap hari dilakukan sebanyak 3 kali termasuk di bulan puasa dan ketika haid.
.
Hantuk kepala ke dinding pun masih tak habis fikir lagi bagaimana semua ini boleh terjadi.
.
Allahummasalaamatanfiddin,
WARGA PRIHATIN

No comments:

Post a Comment