Sunday, September 10, 2017

Outside In Inside Out




Outside In

GAP yakni ruang di antara apa yang dilihat dengan apa yang ada di fikiran dan apa yang dirasa itu seringkali membuatkan seseorang itu ego.

Berasa diri sudah sangat bagus dan hebat.

Juga seringkali berprasangka dan berpersepsi kebahagiaan itu dikecapi ketika memiliki sesuatu.

Outside itu seringkali menjadi sandaran untuk yang berada di dalam (in) yakni hati.

Ia adalah sekadar realiti fikiran yakni fikiran itu menerima info bersandarkan ilmu dan apa yang dilihat sahaja.

Ia menjadi sebuah keyakinan sehingga berasa benar sedangkan analisanya sekadar apa yang dilihat , didengar dan membuat rumusan dan kesimpulan atas batas ilmu yang ada.

***
Inside Out

Komunikasi lah dengan Allah di dalam membina dan menjaga kesedaran setiap saat kehidupan.

Ketika kita lupa Allah, nanti hati itu sentiasa berasa benar dengan hal outside in. Percaya dengan realiti fikiran. 

Tetapi ketika sedar Allah, nanti Allah masukkan ilham sehingga hati itu menangkap taqwa (kebaikan) yang berupakan realiti sebenar.

Maka ketika kita kuat sedar Allah, realiti fikiran itu adalah sama dengan realiti sebenar. Atau sekurang-kurangnya realiti fikiran hampir sama dengan realiti sebenar. Inilah proses inside out. 

Lalu pasti tiada prasangka buruk. Pasti sentiasa berada pada saat ini bersama kesedaran kuat pada Allah. Pasti sentiasa bahagia kerana bahagia itu hadir inside out.

Dan lebih penting, sentiasa sedar diri dan tidak ego.

[Sumber FB Fuad Latip 8 September 2017]

No comments:

Post a Comment