Sunday, September 10, 2017

Sedar DIA





Lihat anak-anak, nampak tak kasih sayang Allah pada kita? Diberinya kita anak-anak. Diberinya kita pasangan. Diberinya kita keluarga.

Masa suap makanan ke mulut, nampak tak kasih sayang Allah pada kita? Diberinya kita rasa sedap. Rasa lagi sedap di lidah kita, tekak kita. Masa nak telan makanan tu, cuba sedar rasa yang Dia masih lagi beri tu. Masa nak telan air tu, cuma rasa lega je tekak tu. Kasih sayang Dia lah tu. Sapa lagi?

Masa duduk rehat, nampak ke kasih sayang Allah pada kita? Diberi nya kita nafas dengan baik. Rasa lagi selesa kita ni. Semua organ badan elok je jalan. Tak pernah tahu pun kita berapa banyak oksigen perlu sedut ni. Berapa banyak nutrien perlu guna ni. Berapa banyak darah perlu mengalir ni.

Masa kita bawa kereta, nampak ke kita ni dengan kasih sayang Allah pada kita ni? Diberinya kita kemudahan. Diberinya kita rezeki boleh beli kereta. Seronok je rasa bawa kereta. Best je kita jalan-jalan makan angin.

Semua ini sikit sangat nak banding macam-macam kita dapat. Nampak ke kita kasih sayang Allah tu? Sedar ke kita? Perasan ke kita? Ke buat tak tahu je kita pada Dia?

Kalau nampak kasih sayangNya tu, tak SEDAR ke kita ke Dia?

Macam-macam cara Dia panggil kita datang ke Dia. Macam-macam dilihatnya pada kita supaya kita kembali ke Dia setiap saat.
Macam-macam Dia beri kita rasa kot-kotlah kita ini boleh sedar Dia setia saat.

Setiap saat macam-macam Dia buat untuk kita datang ke Dia. Ingat semua kita dapat ini saja-saja diberi pada kita? Semua ini supaya kita sedar Dia. Supaya kita selalu kembali ke Dia lah. Apa lagi?

Allahuakbar!

Yang saya ulang setiap kali post saya ni bukan hal besar pun. Untuk sedar pada Dia saja.

Post panjang pendek sejak tahun 2009 dikongsikan, bukan cerita bab fekah. Bukan cerita bab hukum. Semua satu je tujuan. SEDAR DIA.

Supaya bukan sekadar ingat nikmat Dia saja. Tapi ingat... Sedar pada Dia.

Bukan sekali sekala sedar Dia saja. Sedar setiap saat. Setiap saat... Diulangi lagi... SETIAP SAAT.

Kotlah bila sedar Dia, jadinya sedar diri nanti. Bila sedar Dia, leburlah ego tu nanti. Bila sedar Dia, baru sedar yang kena ujian tu sebenarnya tidaklah tara mana sangat.

Kotlah bila sedar Dia, boleh hilang rasa bagus sangat tu. Rasa semua benda asyik rasa betul saja. Kotlah boleh buang rasa orang lain semua salah.

Kotlah bila sedar Dia, yang kita ingat setiap saat tu Dia. Kotlah baru nak utama dan pertamakan Dia. Kotlah baru rajin nak promosikan Dia berbanding diri sendiri.

Kotlah bila sedar Dia, baru sedar diri tu selama ini tidak habis-habis dibelenggu harta dunia. Kotlah bila sedar Dia, hidup itu tidaklah tidak habis-habis kumpul harta.

Kotlah bila sedar Allah, diri tu baru senang nak jadi penyebar rezeki. Baru tengok dan nampak harta tu kena bantu orang lain.

Kotlah bila sedar Allah, diri tu tak abis-abis sedih dengan dunia. Tak abis-abis keluh kesah. Tak abis-abis letih dan sempit hati tu.

***

Mulai saat ini, sedar Dia bila lihat apa jua. Apa kita ligat, kita dengar, kita fikir semua ni panggilan Dia lah untuk kita sedar Dia. Bukan saja-saja.


Wallahuaklam.

[ Dari fB Fuad Latip]


No comments:

Post a Comment