Tuesday, September 8, 2015
Yang Penting Taqwa
Allah tidak menghina orang yang bodoh. Allah menilai dengan TAQWA. Jika kita sedar yang kita tidak berilmu, lalu kita merendah diri dan memberi nasihat gaya orang tidak berilmu, NASIHAT ITU TINGGI DAN BERGUNA.
“Abah sekolah tak tinggi, cuma menoreh getah saja. Abah nak ingatkan kamu, lagi tinggi pokok yang kamu panjat, lagi kuat angin yang menggoncang, “pesan seorang Abah kepada anaknya yang hendak ke universiti.”
Memang Abah tidak banyak ilmu tapi dia BIJAKSANA dan BERTAQWA. Mungkin di sisi Allah, Abah yang tidak sekolah tinggi itu sama mulia dengan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. Dua-dua Allah mahu masukkan ke syurga kerana mereka hamba yang Allah muliakan. Seorang berilmu rendah tetapi melakukan kebaikan dalam kapasitinya. Seorang lagi berilmu tinggi lalu berjihad melakukan kebaikan dalam kapasitinya. (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment