Wednesday, September 9, 2015
Awasi Anak Dari Pemangsa
Kebanyakan lelaki PATI dan pekerja asing di negara ini tinggal tanpa pasangan mereka. Begitu juga ancaman dari lelaki penagih dadah, duda, lelaki gila seks yang tidak berkahwin, pemabuk dan seumpamanya. Belum dikira lagi si gila PEDOFILIA yang memang anak kecil menjadi minat mereka.Ada kalanya mereka mungkin tidak dapat menahan nafsu. Untuk menggoda wanita dewasa mungkin sukar berhasil. Untuk memperkosa perempuan dewasa banyak pula risikonya. Oleh itu, pilihan yang ada pada mereka adalah dengan memperkosa anak-anak kecil yang tidak mampu melawan lagi.
Curigailah keselamatan anak-anak kita. Jangan mudah percaya, lalu kita terus menerus lalai dan leka. Hari ini ancaman sentiasa menanti di mana sahaja mereka berada. Dalam bas sekolah, bas kilang, komuter, di perhentian bas, di kompleks membeli belah, di tandas awam dan pasar malam pun tidak begitu selamat untuk anak-anak dan warga perempuan kita.Jika kita tidak mampu mengubah suasana, ubahlah disiplin diri dan keluarga kita. Pastikan anak-anak sentiasa meminta izin untuk keluar ke mana sahaja. Pastikan juga mereka ada teman yang mampu saling apit mengapit agar sentiasa dalam keadaan selamat sebelum kita mengizinkannya.Jika perlu, tunjukkan berita yang menyayat hati kepada anak-anak yang suka 'berkeliaran' tanpa izin sebagai 'fear motivation' kepada mereka. Didiklah anak perempuan kita sejak dari kecil agar sentiasa menutup aurat melalui pakaian, tingkah laku dan suara. Ingatlah pemangsa sentiasa 'mengintai' gerak geri anak-anak kita untuk mencari peluang memerangkap mereka. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.DOA SELAMAT BUAT ANAK-ANAK KITA. [WARGA PRIHATIN].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment