Wednesday, September 16, 2015
Jangan Hilang Peluang Bila Pulang
Al-Hasan al-Basri berdiri di sisi kubur setelah selesai urusan pengkebumian sahabatnya.Kemudian beliau memandang ke arah seorang lelaki yang berada di sebelahnya, lalu berkata, "Apakah pandanganmu jika mayat tersebut kembali semula ke dunia, apakah perkara yang akan dilakukan olehnya?" Lelaki itu menjawab,"Nescaya dia akan beristighfar memohon keampunan daripada Allah, mendirikan solat dan mempersiapkan dirinya dengan pelbagai amalan kebaikan." Maka berkata al-Hasan al-Basri kepadanya, "Dia (mayat) tidak berpeluang melakukannya lagi tetapi kamu masih belum kehilangan peluang itu."
Manusia ingin hidup kekal selama-lamanya. Namun keinginan ini tidak ada di dunia melainkan di akhirat.Justeru, lengkapkan diri dengan iman dan taqwa bagi meraih kebahagiaan abadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment