Wednesday, September 9, 2015
Ros Jepun Di Pasu Gantung
Pokok Ros Jepun sangat cantik apabila ditanam dalam pasu gantung.Namun ia mesti ditanam dengan cara yang betul.
1.Mulakan menanam dalam setiap lubang.2.Keadaan pokok setelah seminggu ditanam. Pada masa ini pokok telah berakar.3.Terbalikan mangkuk bersama pelapik (untuk memastikan cocopeat tidak jatuh) ketika menggantung.Buang pelapik.4.Setelah mangkuk digantung, tanam pula
pada bahagian atas.
1.Pada peringkat menanam, dicadangkan tanam spesis yang mudah memanjang pada bahagian paling atas (Gambar 1). 2.Dalam tempoh menanam pokok akan menegak ke atas. 3.Setelah digantung ia akan menghala menghala ke bawah. 4.Setelah seminggu ia akan menegak semula ke atas.Betulkan cabang-cabang yang bersilang antara satu sama lain.
Keadaan pokok selepas seminggu digantung.Betulkan cabang yang mungkin bersilang antara satu sama lain.Jika keseluruhan pokok telah memanjang, untuk nampak struktur pokok lebih menarik, potong sedikit sebahagiannya supaya ada penambahan tunas baru.
Disebabkan satu pasu ini mengandungi jumlah pokok yang banyak,pembajaan yang cukup sangat diperlukan.Siram baja AB (sebab tiada ruang untuk menabur baja) setiap hari atau selang sehari. Semburan baja bunga organik dan kawalan makhluk perosak juga diperlukan.
Gambar 1 dan 2 adalah usia pokok yang sama dan ditanam dengan kaedah yang berbeza.Sudah tentu gambar 1 struktur pokoknya nampak lebih menarik.
Struktur pokok Ros Jepun yang menarik dengan olahan cara menanam sedikit berbeza dari kebiasaan. [Sumber: Yu Nus MA]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sangat menarik & sangat cantik dengan berbagai2 warna bunga, thank you kongsi2 info.
ReplyDelete