Tuesday, September 15, 2015
Taksub Pada Cawan Kopi Tertumpah
Tetamu sudah tiba di meja hidangan. Di atas meja itu tersedia teko kopi dengan pelbagai jenis cawan, porselin, plastik berkualiti tinggi, kaca biasa, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya. Tetamu diminta mengambil giliran untuk menuangkan sendiri teh ke dalam cawan yang menjadi pilihan masing-masing. Ada sebiji cawan yang terlebih. Cawan cantik lagi mahal telah diambil manakala cawan yang biasa ditinggalkan.
Memang normal bagi kebanyakan orang memilih yang terbaik buat diri sendiri. Namun itulah juga yang menjadi punca kepada segala tekanan dalam hidup. Cawan tidak akan "mengenakkan" lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada dalam situasi tertentu ia "memendamkan" apa yang diminum. Apa yang diperlukan ialah kopi, bukan cawan, namun secara sedar para tetamu berebut mendapatkan cawan yang terbaik, dan selepas itu, masing-masing saling melihat cawan yang ada pada orang lain.
Andaikan kehidupan ini ialah kopi, manakala pekerjaan, wang, pangkat dan harta di dunia sebagai cawan. Cawan hanyalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Jenis dan rupa cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, orang lupa untuk menikmati rasa kopi yang dicipta oleh Allah. ORANG YANG GEMBIRA DAN BAHAGIA, TIDAK MEMILIKI SEGALANYA. MEREKA CUMA MEMANFAATKAN APA YANG ADA. Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tetapi terlupa ia memerlukan cawan untuk diminum...[Sebuah analogi dari Ustaz Abu Khari].
Syukurlah kerana Allah S.W.T telah mencipta kita yang dahulunya kita tiada, menciptakan kita dalam bentuk manusia dan bukan binatang, meletakkan kita di bumi ini dan bukan di planet lain tidak sesuai, menjadikan kita orang Islam dan beriman kepada Allah S.W.T. Orang beriman sangat cinta kepada Tuhannya. Orang yang berilmu itu sangat takut kepada Tuhannya. Ilmu adalah aset paling bernilai. Tanpa ilmu kita mungkin menjadi manusia pengikut syaitan. Jom tingkatkan keimanan dan ketakwaan supaya menjadia hamba yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment