Tuesday, July 1, 2014
Segala Yang Baik
JUJURLAH pada diri
Pakaian putih serba bersih dipakai di hadapan khalayak
Pakaian kotor lagi hapak dipakai di belakang khalayak
JUJURLAH pada diri
Sebaik-baik pakaian ialah pakaian taqwa
Di hadapan mahupun di belakang khalayak
JUJURLAH pada diri
Usah bernifaq lagi
Allah Maha Melihat Maha Mendengar Maha Mengetahui
Yang tua dihormati. Yang muda dikasihi. Masing-masing ada tempat tersendiri di dalam sanubari.Tidak akan ada benci jika saling memahami. Allah sudah pinjamkan kita salah satu dari sifat-Nya...Maha Pengasih Maha Penyayang...untuk kita amalkan bersama.Jangan putuskan silaturrahim, kerana itu akan mengundang kemurkaan-Nya nanti. Semoga kita adalah hamba-hamba yang disayangi-Nya..Aamiin.
Rebutlah peluang untuk meraih dua gunung pahala!!Hanya dengan mengiringi jenazah dan bersolat ke atasnya dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment