Friday, July 11, 2014

Hebatnya Saat Kelahiran Rasulullah s.a.w.

Rasulullah saw telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran Beliau, telah timbul 7 Mu'jizat, iaitu :
1. Setiap wanita yang mengandung, akan merasakan susah payah dari kandungannya itu, sedangkan ibu Rasulullah saw sama sekali tidak merasakan hal tersebut. 2. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan merasakan rasa sakit (makhoodl), dan itu tidak dirasakan oleh ibu Rasulullah saw sama sekali.3. Setelah Rasulullah saw dipisahkan dari ibunya selepas dilahirkan, maka Beliau langsung sujud ke hadirat Allah Ta'ala, seraya mengatakan; "Ummatku, ummatku!" 4. Rasulullah saw lahir dalam keadaan sudah dikhitan.5. Halimah, iaitu ibu susu Rasulullah s.a.w., sebelum dia menyusukan Rasulullah s.a.w salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu, lalu tatkala ia menetekkan susunya ke mulut Rasulullah .s.aw, ketika itu juga keluar air susunya dengan deras.
6. Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit ketika Rasulullah saw dilahirkan. Padahal sebelumnya mereka dapat naik turun ke langit untuk mendengarkan percakapan-percakapan yang dilakukan para malaikat. Selepas dilarang, mereka berkumpul pada Iblis alaihilla'nah (raja syaitan), berkata, "Dulu kita boleh naik ke langit, tetapi hari ini kita telah dilarang. Oleh itu bertebaranlah kamu di muka bumi dan perhatikan apa yang sebenarnya telah berlaku!" Mereka lalu bertebaran mengeliling bumi dari timur ke barat, sampailah mereka ke kota Makkah. Di sana mereka Nabi s.a.w. sedang dikelilingi para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga menyorot ke langit, sedangkan para malaikat saling memberi ucapan selamat satu dengan yang lain. Kemudian syaitan-syaitan itu kembali menghadap Iblis, sambil menceritakan segala yang mereka saksikan.Maka Iblis pun berteriak dengan suara yang sangat kuat; "Aaaaah, telah keluar “ayatul 'alam” dan rahmat bagi bani Adam, kerana itulah kalian dicegah naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya!!" Syaitan dilarang naik ke langit kerana langit itu tempat memandang bagi orang-orang beriman, betapa pula ia akan mendapat jalan masuk ke hati yang menjadi tempat pandangan Allah?! Ka'bul Akhbar r.a. berkata; "Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah Ta'ala telah mengkhabarkan kepada Kaum Musa tentang saat keluarnya Muhammad s.a.w., “Sesungguhnya bintang tetap yang telah kamu ketahui itu, bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah keluar.”Ketika Rasulullah saw lahir, bintang itu pun bergerak dan pindah dari dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semua tahu bahawa Rasul yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka merahsiakannya disebabkan rasa dengki............ Allah juga telah mengkhabarkan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil:“Bahawasanya apabila pohon kurma kering mengeluarkan daun-daunan, maka itu menandakan keluarnya Rasulullah ke dunia.”Ketika Rasulullah s.a.w. lahir, pohon kurma yang kering dan layu menjadi segar, berdaun dan berbuah. Melihat hal itu, orang-orang Nasrani pun tahu Rasul yang di janjikan Allah di dalam kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi hal itu mereka rahsiakan, juga disebabkan rasa dengki mereka........... Di dalam kitab Zabur pun Allah mengkhabarkan;“Apabila mata air yang telah mereka kenal mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka itu telah muncul ke muka bumi.” Tepat ketika Rasulullah s.a.w. dilahirkan, mata air itu mengeluarkan air yang berlimpah. Mereka tahu hal itu, namun atas kedengkian, berita itu mereka rahsiakan pula.
7. Ketika Rasulullah .s.a.w dilahirkan, terdengar suara tanpa rupa dari sudut-sudut Ka'bah. Dari sudut pertama terdengar suara;“Telah datang kebenaran (Islam) dan kebatilan (kekufuran) tidak akan kembali lagi.” Dari sudut kedua terdengar suara;“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mu'min”. Dari sudut ketiga terdengar ucapan;“Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah, dan kitab (Al-Qur'an) yang menerangkan”. Dari sudut keempat terdengar ucapan;“Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi.”----------------------Subhanallah.Semoga kita termasuk umat yang dirindukan Rasulullah s.a.w.Aamiin.

No comments:

Post a Comment