Saturday, July 5, 2014
Balasungkawa Buat Al Marhumah Sharifah Aini Syed Jaafar
Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :- Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK..............
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyinya lama tapi realitinya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jemaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya di belakang tidak berhenti menangis bangga….bacaannya sedap sekali dan nyaman didengar.
Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan-kawan saya kefahaman yang lebih maksimum …..Banyak kali bila Aliff mengeluarkan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapannya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab-kitab beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….rutin kami di bulan Ramadhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca Al-Quran & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca Al-Quran sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habiskan Khatam Quran sebelum lagi berakhirnya bulan Ramadhan….Selalunya malam ketiga Qiamulaii kami dah selesai Khatam Al-Quran.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu keluarga….Nikmat saya sebagai IBU Memastikan makanannya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati di pangkuan Aliff…Jika Aliff ada di samping Mami ketika Mami menghembuskan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benarkan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak-anak angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit di hospital….orang tidak kenal jangan dibiarkan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP moden…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak-anak Tahfiz dan semua Ustaz-ustaz Mami bacakan ayat Al-Quran dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan-lahan supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.
Mami bekerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu Aliff hidup bersederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakafkan untuk Anak-anak Yatim Piatu….Orang-orang Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosakkan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..
Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemukan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baiknya!
CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.
Inilah kejayaan kejayaan seorang ibu dalam mendidik anak..SubhanaAllah nikmat sungguh..moga bahagia di Syurga Allah..Aamiin ya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment