Thursday, July 3, 2014
Khasiat Cendawan Kukur
Sebelum dimasak cendawan kukur yang biasanya kering harus direndam untuk melembutkanya. Cendawan kukur paling sedap dimasak lemak kuning atau masak lemak cili padi. Ia mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Lagipun ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Cendawan kukur ini mampu melindungi dan mengawal kesihatan hati. Setengah orang memanggilnya cendawan batang sebab ia tumbuh di atas batang kayu yang mati sahaja. Paling baik di batang kayu getah. Masak lemak dengan daun cekur manis juga sedap.
[Zawidatul Asma Bt Zainuddin]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment