Monday, July 14, 2014

HAMAS dan Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (HAMAS) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu ketika kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana HAMAS adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah HAMAS dari situ. Qa'id HAMAS yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid pada 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id HAMAS digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helikopter Apache Israel pada 18 April 2004. Sekarang, HAMAS tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar, hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik HAMAS, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq, Sami Abu Zuhri dan lain-lain.
Dalam perjuangan seharian, HAMAS berdepan dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan pengkhianatan dari parti kebangsaan dan sekular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan FATAH dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin negara Islam lain sering menghentam HAMAS seolah-olah gerakan inilah punca pergolakan. Bantuan yang disampaikan oleh negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada FATAH dan tidak akan sampai ke tangan HAMAS.Oleh itu HAMAS mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi FATAH dengan melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh FATAH. Membunuh anggota FATAH yang memusuhi HAMAS adalah sesuatu yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan HAMAS menghadapi suasana politik di negara mereka saat ini.
Sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan menjadi anggota HAMAS sama ada penyokong atau pendokong kerana ia terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan HAMAS iaitu Brigade Al-Qassam memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan (sir & hazar) dan berdisiplin tinggi, pimpinan HAMAS meletakkan beberapa kriteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah:
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid. 2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa: selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid. 3) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, malah tidak menghisap rokok. 4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an. 5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’. 6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in (Imam Nawawi). 7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud. 8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya adalah golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin. 9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu. 10) Melazimi zikir harian. 11) Melazimi olahraga atau beriadhah. 12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan di mana sahaja tempat yang akan ditugaskan. 13) Setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard, berumur minimum 18 tahun.
Pejuang Al Qassam mahir dalam menghadapi perisikan, kerana semua ejen Rusia, NATO, Amerika dan Mossad(perisikan Israel) juga hafaz Al-Qur’an. Dalam sesi ujian kemasukan pun soalan-soalan berkisar mengenai kehidupan dan keluarga Rasulullah s.a.w. Ketika disoalselidik pun, senjata M60 sudah terdongak di sisi bakal pejuang. Ketika menunggu untuk melakukan serangan, anggota Al-Qassam menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, apalagi berbual-bual. Setiap anggota hanya dibekalkan dengan sebotol air minuman mineral 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah medan, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu.Perisik Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat ketika perang. Tetapi HAMAS pintar menjaga kerahsiaan. Ramai perisik adalah rakyat Palestin sendiri yang diupah oleh ejen-ejen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel dapat maklumat itu dari perisik upahan mereka.
HAMAS bukan sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistik atau jumlah pihak lawan, namun di sudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.
Briged ini juga mempunyai skuad wanita meskipun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali dahulu tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid. Pihak atasan al Qassam telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju yang lain kepada anggotanya yang terkepung, Tentera al Qassam itu kemudiannya berjaya keluar setelah berlakon sebagai orang awam. Walaupun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya dapat diselamatkan. Sesudah sesi latihan, kesemua pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting yang mesti dilakukan pada setiap kali selesai bertempur menentang tentera Zionis.
Seorang pemuda al Qassam pernah memberitahu Dr Zainur Zainuddin, Penasihat Aman Palestin bahawa “Tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia.” Jawapan ini begitu menyentuh jiwa. Rakyat Malaysia tegas menyokong perjuangan mereka kerana bumi israk mikraj ini mesti dipertahankan dalam apa cara jua.
FAKTA MENARIK: a) Dalam pilihanraya 2006, HAMAS berjaya memenangi 74 kerusi dan FATAH hanya 45 sahaja. b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Gazza. c) HAMAS berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya. d) Di Gaza semua daerah disapu bersih oleh HAMAS seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah. e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam keadaan pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3,500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Israel mensasarkan anak-anak kecil dalam serangan mereka kerana melihat bahaya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an. f) Serangan Israel ke atas Gaza memang boleh mengorbankan banyak nyawa dan mencederakan ratusan yang lain, namun Allah menggantikan dengan kelahiran lebih ramai bayi baru Palestin dalam tempoh serangan itu.
Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad HAMAS: 1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram. 2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel. 3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004. [Sumber: cintarindurasul.blogspot.com]
HAMAS dengan Unit ketenteraannya mampu menghasilkan dan melakukan sesuatu yang takut dilakukan oleh semua negara Arab iaitu melancarkan pesawat tanpa pemandu (drone) ke dalam Israel dan melakukan misi mengebom. Walaupun dikepung dan disekat daripada menerima pelbagai bahan senjata, tetapi mereka mampu berfkir di luar kotak kebanyakan negara-negara Arab. Drone milik HAMAS mempunyai 3 jenis pesawat yang dinamakan: 1 - Ababil 1 (untuk pengintipan). 2 - Ababil 2 (untuk serangan) 3- Ababil 3 (untuk serangan dan letupan iaitu meletup bersama pesawat)

No comments:

Post a Comment