Wednesday, July 30, 2014

Kerugian Di Pihak Penjajah

Jangan disangka bahawa kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin di Gaza sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian sebenar adalah lebih-lebih lagi di pihak regim penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza yang terkepung ini. Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu: 1-USD 50 juta : Kerugian daripada pembatalan penerbangan. 2-USD 200 juta : Keugian daripada pasaran perniagaan. 3-USD 100 juta : Kerugian daripada industri perhotelan. 4-USD 120 juta : Kerugian daripada industri pelancongan. 5-USD 640 juta : Kos dan bebanan operasi udara. 6-USD 75 juta : Kerugian daripada cukai yang hilang (expired). 7-USD 351 juta : Kerugian daripada kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan.) 8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian. 9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome.) 10-USD 472 juta : Kos dan bebanan operasi darat.
Ini hanyalah sebahagian daripada kerugian mereka dalam bentuk wang dan belum lagi kehilangan nyawa anggota dan pegawai tentera elit mereka serta trauma yang dihadapi oleh komuniti penjajah di seluruh wilayah yang terjajah 'Israel'. Harus kita ingat sejarah yang lalu apabila sebuah kuasa besar yang digeruni yang bernama Soviet Union juga boleh tumbang disebabkan kehancuran ekonomi mereka setelah berbelanja ratusan bilion hanya untuk menumpaskan sebuah negara kerdil yang bernama 'Afghanistan'. [Analisis Dr Zainur Rashid Zainuddin]

Pendapat Penganalisis Israel Mengenai Cara Al Qassam

Penganalisis Ketenteraan Israel meneliti Serangan Hendap terbaru yang berjaya dilakukan skuad Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas sebuah kem tentera penjajah di Nahal Oz Timur Hayyu Syujaiyyah: 1. Skuad Komando Al-Qassam memakai pakaian tentera Israel dan ini mengelirukan tentera yang tidak syak terhadap kelibat Al-Qassam. 2. Skuad komando Al-Qassam tidak meletupkan menara walaupun mereka membawa senjata RPG kerana ia akan menarik perhatian menara lain untuk melaporkan kepada pusat lain. 3. Skuad komando Al-Qassam tidak memusnahkan dan merosakkan apa-apa barang dan lokasi supaya tidak merosakkan wayar silikon yang akan menghantar signal kepada kem tentera yang lain. 4. Jarak masa menyerang hanya sekitar 2 minit adalah jarak masa yang tepat dalam operasi (attack and run), baki masa digunakan untuk menyelamatkan diri berundur ke dalam terowong. 5. Skuad komando Al-Qassam tidak menggunakan tembakan secara banyak dan rambang supaya tidak mengejutkan tentera yang berada di atas menara. 6. Penggunaan kamera dalam operasi adalah sesuatu yang berani seolah-olah mengetahui bahawa misi mereka akan berjaya. 7. Menutup muka dan bunyi suara adalah satu teknik supaya tidak dapat dikesan oleh tentera penjajah selepas ini. 8. Hampir 6 orang anggota digunakan, 3 di luar dan 3 di dalam dan operasi berjalan dengan penuh cermat dan berjaya. Senjata yang dirampas adalah sejenis senjata yang digunakan oleh pasukan elit tentera Israel. Ia ringan dan kecil serta mengeluarkan peluru dalam masa yang singkat dan banyak.

Kisah-Kisah Dari Medan Perang

Umum sedia maklum pejuang Palestin tidak pernah mensasarkan orang awam. Yang mereka cari adalah tentera Israel dan kelengkapan ketenteraan mereka. Berikut adalah kisah-kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat. KISAH KOMANDO 1:------- Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parkir segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangkap berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke-10.
KISAH KOMANDO 2:------- Ketua skuad komando mengarahkan seorang ahlinya yang keletihan supaya berundur dan mencari ganti namun ditolak dengan berkata "Saya tidak akan berundur kecuali saya dapat membunuh 2 orang tentera penceroboh(Israel) atau saya pulang setelah syahid!"
KISAH KOMANDO 3:------- Seorang komando Al-Qassam menceritakan ketika dia melihat gelagat tentera penjajah Israel di hadapan barisan perang medan pertempuran yang berlari sambil menjerit selepas sebuah peranti meletup berdekatan dengannya sedangkan dia mampu membalas dengan segala kelengkapan perang canggih yang dia miliki serta kereta kebal tempat mereka berlindung. "Sesungguhnya saya tidak sangka mereka pengecut hingga ke tahap ini..!?"
KISAH KOMANDO 4:------- Saya melihat daya juang rakan-rakan para pejuang sangat kuat dan jitu. Setiap daripada mereka berlumba dan bersaing untuk dipilih melakukan misi di barisan hadapan. Saya sendiri berjaya membunuh 2 orang tentera Israel dalam satu pertempuran yang tidak lebih daripada 10 meter. Rakan komando di sebelah kawasan yang sama pula berjaya meletupkan sebuah pasukan tentera Israel yang duduk berhimpit di dinding sebuah rumah. Kami meletupkan mereka dengan sebuah peranti letupan menyebabkan sebahagian badan mereka hancur berkecai dan menunggu lebih dari beberapa jam untuk tentera lain datang menyelamatkan mereka. Itu pun selepas seluruh kawasan berdekatan dibom sehancur-hancurnya. Saya rasa mereka tidak mahu berperang. Bayangkan seorang tentera mereka yang sedang bersembunyi di sebalik dinding terus meniarap selepas mendengar bunyi tingkap rumah yang tertutup kemudian melepaskan tembakan seperti orang gila, sehinggalah dia menyedari bahawa tingkap tersebut bergerak disebabkan angin.
KISAH KOMANDO 5:------- Di dalam satu misi kami untuk menyerang dari barisan belakang musuh, kami mensasarkan 2 buah kereta perisai yang dipenuhi tentera mereka, kemudian kami menyerang sebuah daripadanya dengan semua yang ada di dalamnya. Perkara yang sangat pelik bila tentera di dalam kereta perisai di hadapan tidak mahu turun menyelamatkan rakannya di belakang walaupun pintu kereta mereka sudah terbuka. Jarak antara kedua buah jentera tersebut adalah 20 meter. Selepas kami menyelesaikan kereta perisai tersebut serta semua yang berada di dalamnya, kami segera ke arah sebuah kereta lagi. Ketika jarak menjadi sangat dekat, ketua pasukan tersebut keluar dalam keadaan yang sangat pelik sambil membawa senjata tetapi seakan menggeletar untuk menekan picu senjatanya, lagi-lagi selepas mendengar laungan takbir kami. Kami pun tidak mengambil masa yang lama terus menembak dan membunuh mereka di lokasi tersebut.
KISAH KOMANDO 6:------- Pasukan kami mengambil bahagian dalam satu serangan hendap yang mengorbankan 8 tentera Israel di daerah Hayyu Tuffah beberapa hari lalu. Kami mengintip dari jarak 700 meter sambil bergerak ke arah mereka. Ketika jarak menjadi semakin dekat kurang daripada 1 meter kami menghujani mereka dengan peluru dan bom RPG secara mengejut. Ketika itu saya melihat salah seorang daripada mereka melompat dan melarikan diri sambil menjerit: "Tuhan, Tuhan, mama, mama!" Setelah selesai misi tersebut kami segera cepat meninggalkan tempat tersebut mengikut arahan bilik taklimat.
Gambar menunjukkan senjata yang dirampas dari tentera Israel. Ini adalah sebahagian cerita para pejuang yang bertempur di barisan hadapan peperangan, dan sehingga kini statistik di dalam nota pejuang mengesahkan seramai 91 tentera penjajah berjaya dibunuh di dalam pertempuran di pinggir Gaza, walaupun Yahudi hanya mengiktiraf separuh daripadanya. Itu tidak termasuk tentera dan askar mereka di dalam jentera yang dibom oleh para pejuang(kerana tidak dipastikan sama ada terkorban atau cedera). [AMAN PALESTIN] Doakan kemenangan para pejuang Palestin.

Saturday, July 26, 2014

Bantuan Dari Langit?

Terdapat 6 peristiwa ajaib berlaku sewaktu peperangan tersebut: PERISTIWA 1 ------- Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, dalam satu pertempuran, komander mujahidin melarang pejuang supaya tidak menembak kereta kebal Yahudi yang masuk ke kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah tamat adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih belum digunakan! Lalu siapakah yang menembak tentera Israel itu??? Allahu Akbar!
PERISTIWA 2 ------- Tentera Yahudi yang cedera dan ditemuramah oleh TV Israel mengatakan, mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? PERISTIWA 3 ------- Tentera Yahudi yang buta selepas serangan menyatakan, mata mereka dilempar pasir dan mereka tidak tahu siapa yang melakukannya. PERISTIWA 4 ------- Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!Allahu Akbar!
PERISTIWA 5 ------- Pada permulaan perang, ketika roket Hamas hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!
PERISTIWA 6 ------- Seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".MasyaAllah, Rasulullah s.a.w. sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Jangan berhenti berdoa, sahabat..Allahu Akbar!!! [BANTUAN DARI LANGIT / QUNUT NAZILAH]

Wasiat Ramadhan

Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan...Lalu kusapa ia..."Hendak ke mana?"Dengan lembut ia berkata,"Aku harus pergi, mungkin JAUH dan sangat LAMA.Tolong sampaikan pesanku untuk orang MUKMIN:"Syawal bakal tiba, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah pada TAWADHU saat kesombongan menyerang, mintalah nasehat QUR'AN & SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi...Sampaikan pula salam dan terima kasih kepadanya kerana telah menyambutku dengan sukacita dan melepas kepergianku dengan derai air mata...Kelak akan kusambut ia di SYURGA dari pintu AR RAYAN...Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN...
"Ya ALLAH, Andai di hari ini ada di antara hamba-hamba-Mu yang Engkau angkat darjatnya, Engkau ampuni dosa-doasanya, Engkau lapangkan rezekinya, Engkau muliakan keturunannya, Engkau lepaskan dari semua kesulitannya, Engkau indahkan akhlaknya dan Engkau berkahi segala hartanya...Allah Allah Allah.

Puasa Enam Di Bulan Syawal

Walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan sunat puasa enam hari pada Bulan Syawal, ia bukan terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hari raya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawal sama ada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis. Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya: “Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti – jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari). Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”. Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka elok ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan. Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah.[Dr. MAZA]

Kenapa Hitler Bunuh Yahudi?

Seorang rakyat Russia bekas tahanan perang Jerman menceritakan di dalam sebuah tulisan nota perangnya,"Pada satu ketika kami dipaksa oleh tentera Jerman menggali sebuah lubang yang sangat dalam pada tahun 1941, selepas lubang digali seperti yang mereka mahu, mereka membawa sekumpulan orang Yahudi dan memasukkan mereka ke dalam lubang tersebut.Kemudian kami disuruh untuk menimbus mereka(bunuh) lalu kami menolak perbuatan keji tersebut.Kemudian mereka(Tentera Jerman) menggantikan tempat Yahudi itu dengan kami, dan menyuruh Yahudi pula menimbus kami, lalu kumpulan Yahudi tersebut menimbus kami tanpa rasa ragu-ragu..!! Apabila hampir keseluruhan badan ditimbus, tentera Jerman mengarahkan supaya Yahudi itu berhenti dan mengeluarkan kami. Kemudian ketua tentera Jerman berkata; "Aku hanya ingin kalian tahu siapakah Yahudi sebenarnya, dan kenapa kami membunuh mereka.."

Tawaran Ringgit Untuk Murtad

SEREMBAN – Terdapat sekumpulan individu didakwa beroperasi di sekitar bandar ini, cuba memujuk umat Islam bertukar agama kepada Kristian. Mereka (umat Islam) bukan sahaja ditawarkan wang ribuan ringgit, malah orang Islam yang sudi menukar agama akan diberi elaun hidup, selain menjanjikan syurga buat mereka di akhirat kelak. Kejadian ini didedahkan sekumpulan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang semalam tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, bagi mendesak supaya tindakan segara diambil. Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah, Mohd Rasul Badar, yang mewakili kira-kira enam NGO Islam yang lain, desakan dibuat supaya pihak berwajib bertindak segera dalam mengawal keadaan ini dari terus berlarutan. Sementara itu, salah seorang mangsa, Mohd Akbar Abu Bakar, 45, menceritakan dia dan keluarganya dipujuk jirannya sendiri untuk meninggalkan Islam, dan mengikutnya menganuti Kristian. Katanya, lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 55 tahun, cuba menawarkan sejumlah duit dan elaun jika mereka bersetuju menganuti Kristian. “Katanya saya tak perlu tukar nama, dan boleh meneruskan amalan Islam seperti biasa, namun dengan syarat hati perlu sentiasa ingat kepada Jesus dan perlu tandatangani borang khas yang mengiktiraf seseorang itu telah keluar Islam dan menganuti Kristian,” katanya yang tinggal di Taman Sri Carcosa. Disebabkan kejadian itu, Akbar kemudiannya membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang diambil terhadap individu tersebut. Turut serta dalam piket aman itu adalah Majlis Ayahanda Malaysia Negeri Sembilan, Wira Perkasa negeri dan Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Umah Malaysia. [Sinar harian]

Monday, July 21, 2014

Weapon In The Hands Of Untrained Is Lethal

The surface-to-air missile system thought to have been used to shoot down a Malaysia Airlines jet over Ukraine on Thursday 17th July was not designed to be used in an area where commercial flights operate, according to a weapons expert.The powerful Cold War-era Buk missile system was built to protect Soviet army units from attacking aircraft during wartime. Unlike fixed-weapons used for national air defense, a Buk system in the field being used by separatist rebels likely wouldn’t have information from air-traffic control centers, said Steve Zaloga, a senior analyst for the Teal Group Corp. in Virginia. “The Buk system is not designed for peacetime use where it interacts with air traffic control,” Zaloga said. “They would have seen a radar blip at 33,000 feet, but that’s all they would have seen.”
Officials have not confirmed what weapon was used to take down the jet, killing all 298 aboard, or who fired it. An analysis by IHS Jane’s Defence Weekly concluded the Buk system is the only mobile weapon system used in Ukraine capable of reaching that altitude to strike the jet. By itself, the launcher’s radar can only distinguish between friend and unknown, not between military and civilian craft. Zaloga said that if the attack was a mistake, it shows that crews had enough training to fire the weapon — but not enough to realize that a radar signature at an altitude used by commercial jets may not be a military target.
“A trained air-defense crew would understand if you’ve got something flying at 33,000 feet in a straight line, it is probably not a tactical military aircraft,” he said. “The sad thing is the combination of high technology mixed with incompetence, that’s lethal. And that’s what happened here.” [NBC News]

Despite The Crash Fighting Raged On

The recovery of bodies in and around a group of villages in eastern Ukraine where a commercial jet was shot down has been frustratingly slow, and the horrible sight of bodies plummeting from the sky has not been enough to bring a moment of peace to this war-torn region.“I thought everybody would ‘freeze,’ clasp their head in their hands and — in full realization of the horror that happened — say, ‘ That's it, let's stop this, let's be human. Let's bring in the experts, let the families get their bodies. And stop fighting!’,” a local journalist who only wanted to use his first name, Dmitry, over fears of being targeted for speaking to American media, told NBC News. "Instead, they're turning it into a game of accusations, they are still settling scores! Each side is painting the other black, finger-pointing." Despite the tragedy, which has been blamed on pro-Russian separatists, fighting raged on in the region, with the sound of rocket and artillery fire continuing even after the jet was shot down, Dmitry said.“The horrible thing was, bodies falling from the sky onto people's houses and backyards,” Dmitry said. “And the bodies stayed there until today — only tonight there was some attempt to remove them from people's backyards. Only today.”
At least 192 bodies of the 298 victims of Malaysia Airlines Flight MH17 have been found at the crash site, which stretches over 21 square miles around the towns of Shakhtersk, Snezhnoye, Grabovo and Torez near the Russian border. Pro-Russian separatists initially refused to let the remains be moved, but later acquiesced.Monitors from the Organisation for Security and Cooperation in Europe were granted some limited access to the crash site Saturday, a day after the organization complained “visibly intoxicated” gunmen blocked their way to the crash site. For the first time Saturday, two days after the crash, rescue workers were seen removing some bodies and putting them in bags.
Officials have not determined who shot down the plane, but U.S. and other officials are certain the jet was struck by a surface-to-air missile. On Saturday, Ukraine accused Russia and pro-Moscow rebels on Saturday of destroying evidence to cover up their guilt in the shooting down of the Malaysian airliner.There have also been reports that credit cards have been looted from the crash site. The Dutch Banking Association said Saturday that banks have taken “preventative measures” against possible fraud, and promised that any next of kin would be reimbursed for any thefts. Of the 298 passengers and crew aboard the plane, 193 were Dutch. [NBC News]

Wednesday, July 16, 2014

Hitler Habiskan Sisa Usianya Di Indonesia?

Selama ini anda mungkin percaya kalau Hitler benar-benar mati membunuh diri dengan sama ada menembak diri mahupun meminum racun. Cerita ini disampaikan oleh musuh-musuh utama Hitler setelah mereka gagal menemui jasadnya seusai tamatnya Perang Dunia Kedua. Umum tahu musuh utama Hitler ialah Tentera Bersekutu dan Yahudi yang dikaitkan dengan pembunuhan besar-besaran Holocaust itu. Apa pun yang penting Hitler tidak mati seperti yang dikhabarkan seluruh dunia oleh media global Yahudi, bahkan bukti-bukti kukuh menjelaskan Hitler menghabiskan sisa hidupnya di Indonesia.
Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar sehingga kepada pertemuannya dengan seorang wanita Sunda yang akhirnya menjadi isterinya? Saksi utama dalam hal ini ialah Dr Sosro Husodo yang bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semua kisah ini lengkap dengan dokumen dan foto-foto yang sedia ada.
Pada tahun 1954, Adolf Hitler masuk ke Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu, kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar. Di sana dia bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini dengan gelaran "Doktor Jerman".Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm. Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler. sama seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Tulisan tangannya di buku tersebut sangat mirip dengan tulisan tangan Hitler.Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ia merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.
Hitler bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih dan kemudian melamarnya. Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahi Sulaesih.Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain. "Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries. Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru kata-kata yang sering diucapkan oleh Poch.
Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat," katanya. Menurut Aries, yang paling menonjol dari Poch adalah cara dia memandu kenderaan Jeepnya.Ketika itu jalan-jalan di Sumbawa belum bagus, tetapi dia memandu dengan satu jari. Kata Aries. "Itu tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries.Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.
Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas dalam kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di Sumbawa Besar.Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah hospital terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler.Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan. Tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut. Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika dia tua, yang ditemui dalam sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya pada tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun.
Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan. Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula berlaku, Poch bertanya pada isterinya yang menjawab, "Ini berlaku ketika Jerman kalah dalam pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali." Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.Kata Dr Sosrohusodo, isteri Poch yang pertama, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.
Hitler mengaku kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia memang Hitler yang sebenar, Der Fuhrer. Terdapat kenyataan daripada Stalin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stalin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tetapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.Dunia antarabangsa sama sekali tidak sedar bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.

Bantuan Dan Doa untuk Gaza

Dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) sesuatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat."
Tatkala Muslim lain sedang bersahur atau berbuka di bulan Ramadan, saudara kita di Palestin sedang menghadapi serangan daripada Israel laknatullah. Ramai yang telah gugur, tidak kira lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Mereka bersahur di dunia tetapi berbuka di syurga. Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan mereka.
Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi saudara-saudara di Gaza. Semoga Allah menurunkan bantuan-Nya kepada Briged Al Qassam dalam menangkis serangan tentera Netanyahu. Jangan berhenti berdoa. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang sedang berpuasa.#pray4gaza
Dengan senyuman, para ibu di Gazza menghantar anak lelaki mereka untuk menyahut seruan Jihad mempertahankan Palestin.Sejak Israel mengistiharkan perang terhadap bumi Gaza, bumi Palestin itu mula berkubang darah para syuhada', mayat2 mula dikeluar dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan, anak kecil yang tidak mengerti itu menangis ketakutan, laungan Allahuakhbar senantiasa di kumandangkan.
Rakyat Israel ketakutan mendengar bunyi siren dan melihat roket-roket yang dilepaskan oleh pasukan berani mati Palestin, Briged Al-Qassam melintasi ruang udara negara mereka dan memusnahkan beberapa tempat strategik, sedangkan penangkis roket tercanggih mereka, Iron Dome gagal memintasinya. Lihatlah, betapa perang yang dilancarkan oleh Pentadbiran Netanyahu kini membuatkan rakyatnya sendiri berada dalam keadaan huru-hara.Dalam perang ini bukan sahaja penduduk Gaza terkorban, ia juga mengorbankan rakyat Israel sendiri.
Soalan yang sering bermain di minda para penyumbang bantuan kemanusiaan ialah "Bagaimana Aman Palestin menyampaikan bantuan kepada mangsa perang sedangkan satu-satunya pintu masuk ke Gaza di Rafah telah ditutup oleh kerajaan Mesir selepas kejatuhan Mantan Presiden Morsi?" Menurut jurucakap Aman Palestin, NGO tersebut mempunyai pejabat rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan pimpinan Ismail Haniyyah sejak tahun 2009. Pejabat itu mempunyai akaun bank rasmi di Gaza iaitu Bank Al-Quds. Penyaluran wang sumbangan dilakukan dengan pindahan tunai dari bank di Malaysia ke Bank Al-Quds di Gaza. Dalam tempoh 48 jam berikutnya, pegawai di Gaza boleh mengeluarkan wang tersebut dan membeli barangan untuk disampaikan kepada masyarakat yang memerlukan.
Setiap hari kita disajikan dengan foto korban yang begitu ramai di pihak Palestin. Korban di pihak lawan jarang sekali kita lihat. Tetapi kini telah diperolehi foto majlis pengebumian mayat tentera penjajah Israel yang mati akibat terkena bedilan roket Mortar yang dilancarkan pejuang Palestin ke atas kem tentera penjajah Israel di Eraaz bersempadanan dengan Utara Gaza.[Sumber: QudsN]
Pihak HAMAS telah meletakkan 10 syarat bagi gencatan senjata. Dalam 10 syarat itu tiada satu pun yang melibatkan perang.Mampukah Israel menerimanya? Atau, adakah gencatan senjata yang Israel warwarkan kelmarin hanyalah helah untuk mendapatkan ruang masa bernafas setelah bertubi-tubi diserang mengejut oleh pejuang HAMAS? Sebenarnya ramai yang skeptikal dengan gencatan senjata ini. Presiden Mesir, As-Sisi, penyokong utama Israel memang ingin HAMAS dihancurkan kerana mereka dilabel sebagai pecahan Ikhwanul muslimin.

Monday, July 14, 2014

HAMAS dan Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (HAMAS) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu ketika kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana HAMAS adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah HAMAS dari situ. Qa'id HAMAS yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid pada 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id HAMAS digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helikopter Apache Israel pada 18 April 2004. Sekarang, HAMAS tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar, hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik HAMAS, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq, Sami Abu Zuhri dan lain-lain.
Dalam perjuangan seharian, HAMAS berdepan dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan pengkhianatan dari parti kebangsaan dan sekular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan FATAH dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin negara Islam lain sering menghentam HAMAS seolah-olah gerakan inilah punca pergolakan. Bantuan yang disampaikan oleh negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada FATAH dan tidak akan sampai ke tangan HAMAS.Oleh itu HAMAS mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi FATAH dengan melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh FATAH. Membunuh anggota FATAH yang memusuhi HAMAS adalah sesuatu yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan HAMAS menghadapi suasana politik di negara mereka saat ini.
Sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan menjadi anggota HAMAS sama ada penyokong atau pendokong kerana ia terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan HAMAS iaitu Brigade Al-Qassam memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan (sir & hazar) dan berdisiplin tinggi, pimpinan HAMAS meletakkan beberapa kriteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah:
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid. 2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa: selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid. 3) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, malah tidak menghisap rokok. 4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an. 5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’. 6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in (Imam Nawawi). 7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud. 8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya adalah golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin. 9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu. 10) Melazimi zikir harian. 11) Melazimi olahraga atau beriadhah. 12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan di mana sahaja tempat yang akan ditugaskan. 13) Setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard, berumur minimum 18 tahun.
Pejuang Al Qassam mahir dalam menghadapi perisikan, kerana semua ejen Rusia, NATO, Amerika dan Mossad(perisikan Israel) juga hafaz Al-Qur’an. Dalam sesi ujian kemasukan pun soalan-soalan berkisar mengenai kehidupan dan keluarga Rasulullah s.a.w. Ketika disoalselidik pun, senjata M60 sudah terdongak di sisi bakal pejuang. Ketika menunggu untuk melakukan serangan, anggota Al-Qassam menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, apalagi berbual-bual. Setiap anggota hanya dibekalkan dengan sebotol air minuman mineral 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah medan, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu.Perisik Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat ketika perang. Tetapi HAMAS pintar menjaga kerahsiaan. Ramai perisik adalah rakyat Palestin sendiri yang diupah oleh ejen-ejen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel dapat maklumat itu dari perisik upahan mereka.
HAMAS bukan sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistik atau jumlah pihak lawan, namun di sudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.
Briged ini juga mempunyai skuad wanita meskipun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali dahulu tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid. Pihak atasan al Qassam telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju yang lain kepada anggotanya yang terkepung, Tentera al Qassam itu kemudiannya berjaya keluar setelah berlakon sebagai orang awam. Walaupun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya dapat diselamatkan. Sesudah sesi latihan, kesemua pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting yang mesti dilakukan pada setiap kali selesai bertempur menentang tentera Zionis.
Seorang pemuda al Qassam pernah memberitahu Dr Zainur Zainuddin, Penasihat Aman Palestin bahawa “Tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia.” Jawapan ini begitu menyentuh jiwa. Rakyat Malaysia tegas menyokong perjuangan mereka kerana bumi israk mikraj ini mesti dipertahankan dalam apa cara jua.
FAKTA MENARIK: a) Dalam pilihanraya 2006, HAMAS berjaya memenangi 74 kerusi dan FATAH hanya 45 sahaja. b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Gazza. c) HAMAS berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya. d) Di Gaza semua daerah disapu bersih oleh HAMAS seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah. e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam keadaan pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3,500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Israel mensasarkan anak-anak kecil dalam serangan mereka kerana melihat bahaya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an. f) Serangan Israel ke atas Gaza memang boleh mengorbankan banyak nyawa dan mencederakan ratusan yang lain, namun Allah menggantikan dengan kelahiran lebih ramai bayi baru Palestin dalam tempoh serangan itu.
Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad HAMAS: 1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram. 2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel. 3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004. [Sumber: cintarindurasul.blogspot.com]
HAMAS dengan Unit ketenteraannya mampu menghasilkan dan melakukan sesuatu yang takut dilakukan oleh semua negara Arab iaitu melancarkan pesawat tanpa pemandu (drone) ke dalam Israel dan melakukan misi mengebom. Walaupun dikepung dan disekat daripada menerima pelbagai bahan senjata, tetapi mereka mampu berfkir di luar kotak kebanyakan negara-negara Arab. Drone milik HAMAS mempunyai 3 jenis pesawat yang dinamakan: 1 - Ababil 1 (untuk pengintipan). 2 - Ababil 2 (untuk serangan) 3- Ababil 3 (untuk serangan dan letupan iaitu meletup bersama pesawat)