serenemaklong.blogspot.com
YANG berjubah, berkopiah dan berjanggut, belum tentu orang alim. Yang bertudung labuh, belum tentu ustazah. Mereka sebenarnya sedang berusaha untuk mentaati perintah Allah sebaik mungkin.
Yang berpakaian selekeh belum tentu dia tidak sayangkan agama Islam. Mungkin dia masih belum berhijab, dan akhlak pun belum cukup baik. Namun di hatinya masih ada iman sekecil zarah. Jika dia bertanya berbagai soalan kerana mahu kepastian dalam beragama, jangan pula dipertikaikan keikhlasannya.
Umat Islam adalah umat yang berkasih sayang dan prihatin, bukan umat yang bersangka buruk dan menghukum. Usah lupa sejarah diri kita sendiri, yang kita sembunyikan dan Allah pula menyembunyikannya.
Mari kita mulakan hari dengan sikap positif dan bersangka baik. Bantulah mereka untuk membantu diri kita supaya generasi kita kelak akan dibantu dan membantu. Bantulah sesama kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik, terbaik dari ilmu, amal dan akhlak.
Jika bertembung
dengan kesulitan, bersangka baik bahawa Allah akan memberikan keluasan dan
jalan keluar bagi kesukaran yang sedang dan akan dihadapi. Tiada kemudahan
kecuali yang dipermudahkan oleh Allah. Semoga kita diberkati pada hari ini dan
hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment