Sunday, September 9, 2012

Ujian Pembersih Segala Dosa

 serenemaklong.blogspot.com




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua saudaraku sekelian.




Ingatlah pengalaman membersihkan permaidani, angkat, gantung, dan dipukul sehingga keluar debu dan pasir yang tersembunyi. Hati dan iman tidak akan diketahui kebersihan hakikinya sekiranya tidak dipukul dengan ujian. Ada kalanya ujian itu membersihkannya, lalu naiklah kedudukanmu. Namun sekiranya iman tidak kukuh, ia mengoyakkannya terus, seperti rosaknya permaidani murah akibat pukulan pembersihan. Doakan tidak koyak ketika hadapi ujian susah dan senang.

Apabila seseorang melakukan dosa dan dibiarkan dosa itu tanpa taubat segera, ia seperti virus yang merebak dengan cepat sehingga penyakit menjadi kronik dan sesuai menjadi ahli neraka.

(Nasihat Al Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman)

No comments:

Post a Comment