Tuesday, September 4, 2012

Paku Dan Parut


serenemaklong.blogspot.com



Aminah cuba menasihati Ali yang bersifat panas baran dan sering bergaduh dengan orang keliling. Setiap kali Aminah menegur sikap itu Ali memberikan jawapan standard:

“Tapi, saya dah minta maaf pada orang-orang itu.”

Aminah membawa Ali ke bilik belakang dan berdiri di hadapan sebatang tiang sambil berkata, “ Ali, bila kamu marah, ketuklah sebatang paku pada tiang ini. Bila kamu  minta  maaf pada orang-orang  iu, cabutlah satu paku itu satu demi satu.”

Ali menurut saja permintaan itu walaupun dia tidak faham tujuan sebenar ibunya. Dalam masa sebulan, banyak paku dan lubang kelihatan pada tiang tersebut.

Suatu hari Ali mengajak ibunya melihat tiang itu. “Mak, cuba tengok. Bilangan lubang lebih banyak daripada bilangan paku. Ertinya ramai orang yang sudah memaafkan Ali.”

“Ibu nampak banyak paku yang sudah dicabut, tapi bekas lubangnya tetap ada. Ertinya orang-orang itu mungkin sudah memaafkan kamu tapi belum tentu mereka dapat melupakannya.”

“Ibu berharap kamu dapat menjaga lidah dan menahan kemarahan. Apa yang ada di dalam hati dan tidak diluahkan tidak akan melukakan hati sesiapa. Tapi cakap yang terlepas boleh menyakitkan hati dan menimbulkan dendam. Ibu tak mahu orang berdendam dengan kamu!!!”            


No comments:

Post a Comment