Monday, September 10, 2012

Laman Meja


serenemaklong.blogspot.com



TABLETOP GARDENING atau seni taman atas meja yang sudah lama dipraktikkan di negara barat seperti United Kingdom dan Perancis, merujuk konsep tanaman solo atau pelbagai tanaman hiasan terpilih dan bersesuaian ditanam atau digubah dalam pasu atau bekas tanaman lain. Bekas bersaiz agak kecil ini sesuai dijadikan hiasan atas meja seperti gubahan bunga hiasan hidup.

Selain di dalam kediaman dan pejabat, gubahan ini juga sesuai bagi luar premis seperti diletakkan di meja taman. Ia bersifat mudah alih dan boleh ditukar ganti dengan pokok baru agar sentiasa nampak segar, cantik dan menarik. Pada masa yang sama pokok yang kurang subur itu boleh diberi rawatan semula seperti dibaja, ditukar atau ditambah medium tanamannya agar kembali tumbuh subur semula.

Konsep ini juga begitu sesuai sekali dipraktikkan untuk semua kediaman terutama bagi mencantikkan ruang kediaman yang sempit seperti rumah pangsa dan apartmen.

No comments:

Post a Comment