serenemaklong.blogspot.com
PARTISAN ialah mengambil sikap memihak kepada
sesuatu fahaman atau seseorang. Ia adalah sebahagian daripada resam perjuangan
terhadap sesuatu ideologi atau seseorang tokoh yang disanjung. Kadang-kadang
sikap partisan yang diambil bukan sangat kerana kebenaran yang didukung tetapi
kerana taksub yang melulu.
Ada juga organisasi dakwah mengambil sikap non-partisan untuk menjaga maslahah dakwah. Maslahah dakwah bermaksud ajakan dan seruan itu berkembang tanpa batas parti politik dan fahaman yang diperjuangkan.
Islam menganjurkan umatnya partisan kepada kebenaran. Kalau sesuatu fahaman itu mendukung makna kebenaran yang amat dituntut, kita wajib patuh kepadanya. Kebenaran adalah milik ALLAH. Ia disampaikan kepada manusia supaya manusia dapat menyampaikannya kepada orang lain sebagai pedoman untuk melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada kemungkaran.
Hal yang sama juga kepada tokoh. Selagi kebenaran itu diambil daripada sumber al-Quran dan Sunnah dan ditafsirkan oleh ulama muktabar maka harus kita mentaatinya. Tetapi jika tokoh itu menganjur perpecahan, sengketa sesama umat, kepentingan politik mengatasi agama, tokoh itu tidak patut ditaati.
Mengambil sikap partisan pun memerlukan pedoman syarie yang tinggi, diikuti dengan kajian dan ketelitian supaya maklumat yang didapati tu kemas dan meyakinkan. Kita tidak boleh mengambil sikap partisan hanya berasaskan persepsi semata-mata.
Partisan terhadap kebenaran menjadi kewajipan setiap umat Islam. Melakukan kerja dakwah dan tarbiah umpamanya menjadi salah satu cara mendekati sasaran. Sasaran biasanya tidak semua tahu akan maksud kebenaran. Ia perlu disampaikan secara bijaksana penuh kasih sayang.
Para pendakwah dan pendidik dengan sifat kasih sayang dan belas kasihannya sentiasa bersikap terbuka ketika mendekati seseorang. Jika seseorang itu melakukan kemungkaran, dan kemungkaran itu tidak bersamanya, orang itu harus didekati dengan belas kasihan dan bijaksana.
Jika pendakwah membenci kemungkaran dan juga membenci pelakunya, maka terputuslah tali di antara pendakwah dan sasaran itu. Dan si pelaku pula terus juga melakukan perkara sama.
Tetapi sifat belas kasihan yang mendorong para dai’ melakukan dakwah secara bijaksana dan berkesan, boleh menyebabkan sasaran itu berubah dengan izin ALLAH, yang mana akhirnya nanti dia bakal menjadi sebahagian daripada orang yang menyukai kebenaran dan tidak mahu lagi kekal dalam kebatilan.
ALLAH tidak mengurniakan kepada sesuatu jemaah, baik dakwah atau siasah dengan seluruh kekuatan dalam menyampaikan kebenaran. ALLAH juga tidak mengurniakan kepada seseorang tokoh dengan segala ilmu dan kebijaksanaan. Sesuatu jemaah itu berperanan sebagai salah satu jemaah di samping jemaah-jemaah lain. Selagi jemaah-jemaah yang ada melakukan sumbangan berasaskan al-Quran dan Sunnah ia pelengkap kepada jemaah lain.
Tetapi apabila sesuatu jemaah merasakan ia bakal membawa perpecahan dan konflik, atau apabila seseorang tokoh merasakan dia adalah satu-satunya yang paling berwibawa, dan pandangannya harus didengar dengan menafikan kewibawaan orang lain, maka sifat sedemikian bakal melahirkan pengikut yang taksub dan lahirnya elemen-eleman ego dan “pemujaan”.
Sikap partisan sebegini amat bahaya terhadap pemikiran dan kemajuan Islam. Ia bakal mencetuskan retak dan perpecahan sesama Islam. Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi mengambil sikap yang amat terbuka terhadap persamaan dan perbezaan. Etika perbezaan menjadi sandaran yang amat hebat di samping persamaan yang didukung.
Bayangkan sekiranya sikap partisan terhadap kebenaran itu tidak dirumus secara bijaksana dan pendekatan yang diambil menyebabkan kesatuan umat tergugat, ia bakal mendedahkan umat Islam dengan asas pecah-belah, syak wasangka, fitnah memfitnah semata-mata atas dorongan 'aku saja yang betul' orang lain semuanya salah.
Keadaan begini akan digunakan oleh musuh-musuh Islam yang strateginya tersusun rapi untuk melagakan sesama umat Islam dan akhirnya bakal melakukan dominasi dan menyebabkan umat Islam terpinggir.

Diharap umat Islam pada hari ini menyedari hakikat ini kerana keadaan yang
sedang berlaku di dunia Islam sekarang amat membimbangkan. Tsauban ada berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Suatu masa nanti, bangsa-bangsa (lain) akan
meratah kamu semua sepertimana orang-orang sedang meratah makanan di atas
dulang”. Kemudian ada sahabat bertanya: “Adakah ketika
itu bilangan kita (kaum Muslimin) kecil?” Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Sebaliknya, jumlah kamu ketika itu ramai, namun kamu hanya bagai buih di atas
air bah (yang dengan mudah dihanyutkan ke sana ke mari). Dan Allah SAW akan
mencabut rasa takut dari dalam diri musuh-musuh kamu terhadap kamu.” (Hadis riwayat Tarmizi)
(Diadaptasi
daripada tulisan Cikgu Sidek Baba)
No comments:
Post a Comment