Tuesday, September 25, 2012

Jangan Sedih - Berusahalah Membaiki Diri

 
♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu,
tetapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain.
♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu,
tetapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri.
♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kepada kamu, tetapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN.
♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu,
tetapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain.
♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu,
tetapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri.
♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu,
tetapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri.
♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH,
tetapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali.
♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR,
tetapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN.

INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.
 

No comments:

Post a Comment