Sunday, February 5, 2017

Duri Di Jalan Dakwah


Nasihat luqman Hakim kepada anaknya, Hai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat yg makruf dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu,sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara penting (oleh Allah). Surah Luqman ayat 17

Beliau seolah-olah memberi pesanan bahawa selama diseru kepada kebaikan, memerintah mereka melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar, maka persiapkanlah diri pihak yang memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran. Ujian dakwah akan hadir dalam berbagai bentuk sebagaimana dakwah Nabi Nuh a.s.

Allah SWT berfirman yg bermaksud: "Berkata Nuh, "Ya Tuhanku,sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam tetapi seruanku itu tidak menambahkan (iman) mereka, malah mereka lari dari(kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka,mereka memasukkan anak jari ke dalam telinga dan menutupkan wajahnya dengan baju dan mereka tetap mengingkari serta sangat menyombong diri. Surah Nuh ayat 5--7.

Begitu jugalah dengan dakwah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan tugasnya kepada kaumnya bagi mempertabatkan islam. Surah Fushilat ayat 3 hingga 5 bermaksud: "Kitab yg ayat2nya djelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui. Yang membawa berita gembira dan peringatan tetapi kebanyakkan mereka berpaling( darinya) serta tidak mendengar. Dan mereka berkata, "Hati kami telah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepadaNya dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding,kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami)."

Lantas Allah SWT berfirman dalam surah An Nahl ayat 127: "Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran)mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipudaya yang mereka rancangkan."

Bukan mudah untuk menjadi pendakwah yang menuntun manusia agar menjauhkan diri dari hawa nafsu, angan kosong, urusan dunia dan adat kebiasaan. Apatah lagi untuk menarik mereka agar mematuhi. Tiada jalan lain bagi pendakwah kecuali berpegang teguh dengan keyakinan dan kesabaran.

{Ahmad Sjukri]

Anak-Anak RPWP Disenangi Belum Muslim


Tiada yang lebih membahagiakan hati para pengasas, murobbi dan murobbiah RPWP melainkan melihat anak-anak jagaan RPWP diberi perhatian oleh pelbagai golongan masyarakat.

Menjelang Chap Goh Mei, semakin ramai yang memohon untuk meraikan anak-anak RPWP. Malangnya jadual mereka sudah terlalu ketat walaupun telah terpaksa dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan.

Petang semalam, En.Soon, seorang usahawan dari Sri Petaling antara yang hadir menghulurkan sumbangan Ang Pau Chinese New Year kepada anak-anak RPWP yang tidak ikut berprogram di luar.

Bukan itu sahaja, malah ada yang memesan juadah khusus untuk disedekahkan kepada anak-anak ini sempena Chap Goh Mei.

Ramai yang mengatakan masyarakat Cina tidak akan melakukan sesuatu tanpa maksud tertentu. Ya memang kami akui itu. Sama juga dengan kita orang Melayu, sekurang kurangnya kita mengharapkan pahala dan ganjaran dari amal jariah kita.

Antara yang mereka harapkan ialah agar anak-anak cucu mereka dapat ambil iktibar dari akhlak baik yang ditunjukkan oleh anak-anak RPWP.

Di samping itu, mereka juga harapkan doa dari anak-anak RPWP agar perniagaan mereka bertambah maju.

Tidak kurang mereka yang rapat dengan anak-anak RPWP, yang asyik 'mengecek' agar RPWP dapat 'pinjamkan' mana-mana anak-anak RPWP untuk berkerja dengan mereka. Mereka berjanji akan mengajar anak-anak ini selok belok perniagaan tanpa batas. Soal gaji mereka sanggup bayar ikut rate dewasa walaupun anak-anak ini masih muda dan tiada pengalaman bekerja.

Bermacam-macam cara mereka lakukan untuk memujuk. Ada yang sering datang untuk membantu anak-anak kemahiran kami untuk mengajar dari sudut teknikal. Ada yang memberi diskaun khas, atau menyumbangkan terus peralatan dan alat ganti.

Mereka menyukai anak-anak ini kerana melihat kematangan, kerajinan, kreativiti dan ketangkasan mereka semasa bekerja walaupun usia masih muda. Ciri ini yang mereka cari dalam memilih pekerja yang berdaya maju dan boleh dipercaya... bukan sijilnya.

Seorang jutawan Cina pernah menyatakan bahawa suatu hari nanti, sebut sahaja dari AIP dan RPWP, maka para majikan pastinya akan memberikan penilaian tertinggi berdasarkan ketinggian akhlak dan budipekerti.

Alhamdulillah,

[Sumber: WARGA PRIHATIN]