Sunday, February 5, 2017
Anak-Anak RPWP Disenangi Belum Muslim
Tiada yang lebih membahagiakan hati para pengasas, murobbi dan murobbiah RPWP melainkan melihat anak-anak jagaan RPWP diberi perhatian oleh pelbagai golongan masyarakat.
Menjelang Chap Goh Mei, semakin ramai yang memohon untuk meraikan anak-anak RPWP. Malangnya jadual mereka sudah terlalu ketat walaupun telah terpaksa dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan.
Petang semalam, En.Soon, seorang usahawan dari Sri Petaling antara yang hadir menghulurkan sumbangan Ang Pau Chinese New Year kepada anak-anak RPWP yang tidak ikut berprogram di luar.
Bukan itu sahaja, malah ada yang memesan juadah khusus untuk disedekahkan kepada anak-anak ini sempena Chap Goh Mei.
Ramai yang mengatakan masyarakat Cina tidak akan melakukan sesuatu tanpa maksud tertentu. Ya memang kami akui itu. Sama juga dengan kita orang Melayu, sekurang kurangnya kita mengharapkan pahala dan ganjaran dari amal jariah kita.
Antara yang mereka harapkan ialah agar anak-anak cucu mereka dapat ambil iktibar dari akhlak baik yang ditunjukkan oleh anak-anak RPWP.
Di samping itu, mereka juga harapkan doa dari anak-anak RPWP agar perniagaan mereka bertambah maju.
Tidak kurang mereka yang rapat dengan anak-anak RPWP, yang asyik 'mengecek' agar RPWP dapat 'pinjamkan' mana-mana anak-anak RPWP untuk berkerja dengan mereka. Mereka berjanji akan mengajar anak-anak ini selok belok perniagaan tanpa batas. Soal gaji mereka sanggup bayar ikut rate dewasa walaupun anak-anak ini masih muda dan tiada pengalaman bekerja.
Bermacam-macam cara mereka lakukan untuk memujuk. Ada yang sering datang untuk membantu anak-anak kemahiran kami untuk mengajar dari sudut teknikal. Ada yang memberi diskaun khas, atau menyumbangkan terus peralatan dan alat ganti.
Mereka menyukai anak-anak ini kerana melihat kematangan, kerajinan, kreativiti dan ketangkasan mereka semasa bekerja walaupun usia masih muda. Ciri ini yang mereka cari dalam memilih pekerja yang berdaya maju dan boleh dipercaya... bukan sijilnya.
Seorang jutawan Cina pernah menyatakan bahawa suatu hari nanti, sebut sahaja dari AIP dan RPWP, maka para majikan pastinya akan memberikan penilaian tertinggi berdasarkan ketinggian akhlak dan budipekerti.
Alhamdulillah,
[Sumber: WARGA PRIHATIN]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment