AMALKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT MANA YANG TERMAMPU.
♡ Solat Tahajud di ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat dan solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
♡ Selepas Subuh, zikir 300 pagi (100x tasbih, tahmid dan takbir), 100x
selawat dan 100x istighfar.
Semasa
kedatangan DAJJAL, hanya orang yang jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan
dan minuman. Yang lain akan mengikut DAJJAL untuk mendapatkan makanan dan
minuman.
♡ Kemudian baca surah Yasin.
Allah
berjanji segala hajat pada hari itu akan dipenuhi.
♡ Selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.
Allah
berjanji akan menolong sempurnakan segala urusan pada hari itu.
♡ Kemudian solat sunat Dhuha.
Ia boleh
dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8 pagi -12 tengah
hari).
Nabi SAW
bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak akan tergolong
di dalam golongan yang lalai dan lupa.”
Solat Dhuha
juga memudahkan urusan rezeki.
◇ Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
Nabi SAW
bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran
adalah surah Ar-Rahman.”
Surah
Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah. Amalan
membaca Surah Ar-Rahman sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
♡ Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, (100x tasbih,tahmid dan takbir), 100x selawat dan 100x istighfar.
♡ Kemudian baca Surah An-Naba’.
Nabi SAW
bersabda: “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’,
maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah
tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya
Allah akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa
syirik.”
♡ Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.
Allah
berjanji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik
kepada-Nya.
♡ Kemudian baca surah Al-Waqiah.
Allah
berjanji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran dan
kemiskinan tidak akan menemuinya.
♡ Selepas Isya’ baca surah Al-Mulk.
Allah
berjanji akan memelihara dari azab kubur.
Nabi SAW
tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
♡ Setiap malam baca Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga selesai.
Sangat
penting untuk melindung diri dari pengaruh syaitan dan kejahatan.
♡ Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi
SAW tunjuk ajar.
◇ Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohon keampunan
kepada Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan
kesyukuran kepada Allah.
♡ Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) mengenai mati dan
peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqarabah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
♡ Setiap hari baca al-Quran walaupun sedikit.
Hati yang tidak
ada al-Quran seumpama hati yang mati. Al-Quran perlu dikhatamkan dua kali
setiap tahun.
♡ Setiap pagi Jumaat baca surah Al-Kahfi.
Kalau tak
mampu dihabiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh. Allah
berjanji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkan di antara dua Jumaat.
Nabi SAW
bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah
cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’
♡ Sibukkan hati dan lidah dengan berzikir di dalam apa jua kegiatan sama
ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan
tetap dan berkekalan.
♡ Puasa sunat Isnin dan Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam.
Kaum isteri
yang hendak berpuasa sunat, mintalah keizinan dari suami.
♡ Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’
♡ Wanita yang sedang haid teruskanlah dengan zikrullah. Meninggalkannya
akan menyebabkan hati menjadi keras dan melemahkan cahaya rohaniah.
♡ Lawan nafsu dengan menjaga mata, telinga, lidah dan hati dari melakukan
perkara yang boleh menghapuskan pahala.
SEMOGA BERMANFAAT. SELAMAT BERAMAL
No comments:
Post a Comment