SABDI NABI s.a.w:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ.
"Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat
kemurahannya pada malam nisfu Sya’ban. Maka Dia mengampunkan bagi seluruh
makhluknya, kecuali: orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang
bertelingkah".
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Nabi saw juga bersabda:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا
وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ
الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر
لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا،
أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu
berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari
terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang
memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta
rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa
bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya
fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini
adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan
penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang
tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
Doa kita pada malam ini.
“YA ALLAH, JADIKAN KAMI DARI KALANGAN AHLI
RAMADAN.
YA ALLAH JADIKAN KAMI DARI KALANGAN YANG
BERTEMU LAILATUL QADR."
Mudah-mudahan kita dikurniakan semangat juang untuk
istiqamah dalam beribadah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment