KONSEP ini terdiri daripada:
IBADAH ASAS seperti solat, puasa, zakat, haji dan
rukun Islam yang lain.
IBADAH SUNAT ada banyak yang mana di antaranya
ialah zikir, wirid, selawat, membaca al-Quran, solat sunat dan puasa sunat.
IBADAH UMUM berupa seluruh aktiviti hidup (selain
daripada ibadah asas dan ibadah sunat). Contoh berniaga, bekerja, berhibur,
bermesyuarat, berinteraksi sesama insan, haiwan, dan lain-lain.
Kesemua konsep ibadah ini adalah demi HABLUMINALLAH
(hubungan dengan Allah) dan HABLUMINNAS (hubungan dengan manusia). Ibadah yang
sempurna akan membangunkan roh jihad sejati.
DAKWAH DAN ISLAH
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”
(3:110).
Kita dituntut beramal soleh dan menjaga hubungan
baik sesama manusia. Dalam pada itu kita mesti menyebarkan ajaran agama ini
menerusi Dakwah (yang dilakukan oleh para ilmuan Islam), dan Islah (yang
disampaikan oleh Muslim biasa seperti kita). Tidak boleh tunggu sehingga ilmu
cukup di dada baru mahu menyebarkan. Sampaikanlah apa saja yang kita
benar-benar faham dan amalkan. Para pedagang Arab dan India yang tiba di
Semenanjung pada zaman dahulu, walaupun sifat mereka adalah peniaga namun tetap
juga menyampaikan ilmu agama yang mereka anuti di kalangan penduduk tempatan.
Jika tidak kerana mereka, mungkin tidak ramai di kalangan kita yang muslim
sekarang.
Seperkara lagi, sebagai umat Islam hendaklah kita
berakhlak dengan akhlak yang diperintahkan Allah S..W.T. menerusi al-Quran.
Tidak cantik jadinya kalau dalam Facebook kita menulis yang baik-baik sedangkan
kita sendiri tidak amalkan. Cuba selarikan perbuatan kita dengan akhlak.
Yakinlah, tidak akan ada sesiapa yang boleh menempelak kita dengan berkata,
“Cakap tidak serupa bikin.” Bila iman kuat di dalam dada, dan akhlak pula
cantik, kita tidak akan terpengaruh dengan apa-apa dakyah lain yang disebarkan
oleh mana-mana pihak pun.
Alangkah baiknya
kita praktikkan dan perkukuhkan iman di kalangan ahli-ahli keluarga kita sendiri. Kita buangkan tabiat menuding jari kepada orang
lain. Kita cermin-cerminkan diri kita sendiri dahulu. Ini ada satu analogi yang
dikongsi dari FB Malaysia Reverted Muslim:
“Analogi sebagaimana bila dalam satu syarikat : ada
pekerja A dan B. Pekerja A sentiasa kerja dengan bersungguh-sungguh, manakala
pekerja B pula curi tulang banyak dan sentiasa complain pasal A kepada bosnya.
Rasa-rasanya kita ini pekerja A ataupun B ? Fikir-fikirkanlah sendiri berapa
banyak orang yang sudah kita sampaikan tentang Islam.”
Wahai umat Muhammad, sudahkah kita menjalankan
amanah yang dipertanggungjawabkan?
Peringatan untuk diri sendiri dan juga para
sahabat.
No comments:
Post a Comment