TERDAPAT suatu budaya indah yang
diamalkan di beberapa tempat di Turki.
Di sebuah warung roti, Pembeli Pertama,
Fulan A membayar harga 8 buku roti, tetapi mengambil hanya 4 buku sahaja. 4
buku roti lagi Fulan A amanahkannya kepada Penjual roti untuk disedekahkan
kepada orang yang memerlukan. Penjual roti lalu mengasingkan 4 buku roti itu di sebuah
keranjang roti yang khas.
Tidak lama kemudian, Pembeli Kedua, Fulan
B datang untuk membeli 4 buku roti. Penjual roti menyerahkan 4 buku roti yang
diamanahkan kepadanya oleh Pembeli Pertama, Fulan A. Fulan B membayar harga 4 buku roti tetapi hanya
mengambil 2 buku roti sahaja sekadar keperluannya. 2 buku roti lagi dipulangkan
kepada Penjual Roti dengan niat untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
Beliau tidak mahu mengambil hak fakir miskin yang lain. Fulan B tidak kaya
seperti Pembeli Pertama, Fulan A tetapi dia kaya budi pekerti.
Betapa santunnya pergaulan antara Penjual
Roti yang amanah dengan Pembeli Kedua, Fulan B yang membayar harga 4 buku roti
tetapi mengambil 2 buku roti sahaja. Baki 2 buku roti lagi diniatkan sedekah
buat si fakir miskin yang memerlukan. Dia tidak sekaya Pembeli pertama, Fulan A
yang mampu membayar banyak, tapi sumbangannya sama separuh. Kebaikan hati itu
sifat rohaniah, bukan pada jumlah harta benda.
Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang yang
berada dalam kekenyangan sedangkan jirannya dalam keadaan lapar."
Pengajaran Indah: Si kaya tidak kedekut,
si miskin tidak tamak, si penjual tidak khianat.
Ya ALLAH, peliharalah umat ini, Amin!
No comments:
Post a Comment