Sunday, January 15, 2017
Rukun Qauli
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa?
Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati) ,
2. Qauli (diucap dengan lidah).
3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat.
Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]
Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
13. Tertib [Qalbi]
Jom sama-sama baiki solat
Pesan Luqman Kepada Anaknya
Wahai anakku, saya sudah cuba memikul batu besar dan besi yang berat, namun saya dapati bebanan ‘hutang’ jauh lebih berat.
Saya cuba menikmati makanan yang lazat, dan berpelukan dengan wanita jelita, namun tidak ada yang lebih nikmat dari ‘keafiatan’.
Saya sudah cuba merasakan pelbagai benda pahit, namun saya dapati yang paling pahit adalah peri keberhajatan kepada manusia.
Wahai anaku! Ibubapa adalah bagaikan pintu syurga, jika kedua mereka redha terhadapmu syurga berada di tanganmu, namun jika mereka murka nescaya engkau terjijab dari syurga.
Wahai anakku! Engkau jangan duduk bersama para penjahat, jangan berjalan bersama mereka, kerana dikhawatiri mereka ditimpa azab dari langit lantas engkau juga terkena azab.
Wahai anakku! Duduklah bersama para ulama dan berjalanlah bersama mereka, barangkali rahmat Allah turun ke atas mereka, lantas engkau juga mendapat habuan.
Wahai anakku! Gadaikanlah ‘keduniaan’ demi akhirat nescaya engkau akan meraih keduanya; namun jangan gadaikan akhirat demi keduniaan nescaya engkau akan kehilangan keduanya.
Wahai anakku! Biasakanlah lidahmu berzikir ‘Allahumma ighfirli’ (Ya Allah berilah daku keampunan), kerana Allah memiliki saat ijabah yang tidak diketahui.
Wahai anakku! Janganlah suka melambatkan taubat, kerana ‘kematian’ boleh jadi datang mengejut.
Wahai anakku! Janganlah makananmu dimakan melainkan oleh ahli takwa; dan berbincanglah dalam hal urusanmu dengan ahli ilmu.
Wahai anakku! Jadilah engkau hamba abdi golongan solihin; awas jangan sekali-kali engkau berteman si penjahat.
Wahai anakku! Banyaklah bergaul dengan ahli ilmu, dekatkanlah lututmu dengan lutut mereka; kerana Allah swt akan menghidupkan hati dengan nur ilmu hikmah, sepertimana bumi yang kering hidup dengan air hujan.
Wahai anakku! Hendaklah engkau berkata baik, dan berwajah ceria, nescaya engkau akan lebih disukai manusia lebih dari memberi mereka harta benda.
Wahai anakku! Jadikanlah ‘ibadat’ ketaatan sebagai perniagaan, nescaya engkau akan dibalut keuntungan tanpa barang jualan.
Wahai anakku! Janganlah engkau lebih lemah dari ayam jantan yang membangunkan manusia sejak waktu sahur; manakala engkau tidur nyenyak di waktu sahur.
Luqman pernah ditanya, ‘Siapakah orang yang jahat’? Jelas beliau ‘Dialah orang yang tidak peduli seandainya manusia menyaksikan kejahatannya’.
[Ustaz Ahmad Asri Lubis]
Subscribe to:
Posts (Atom)

