Zina ini ada pelbagai jenis: adapun zina mata adalah memandang, zina lidah adalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM sudah tetapkan, kita akan terdedah kepada dosa apabila bersama dengan "pasangan" kita.
Kita akan sentiasa memandang atau jika tidak memandang pun, melalui Telefon contohnya. Dengan itu kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang. Kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau mungkin suara saja kita dayukan bila berbicara dengannya. Semua ini mengganggu hati... walau teknik calling, sms, email, chatting itu tidak bersemuka wajah.
Sebelum tidur dan ketika duduk berangan-angan, kita akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan yang kita cintai. Kita juga akan hilang fokus belajar mahupun kerja. Malah yang lebih dikhuatiri, kita akan mengingatinya walaupun di dalam waktu solat dan membaca al Quran.
Selain itu, kita akan lebih membazir masa dan wang, demi meraih cinta palsu yang telah dipenuhi dengan "zina hati" yang keterlaluan, khayalan dan imaginasi cinta yang dihiasi oleh Syaitan.
Kenapa Islam melarang? Kerana di situlah permulaan segala titik kehancuran manusia akan dibina. Semuanya akan musnah hanya gara-gara keinginan yang tidak dibatasi dengan syariah yang bukan setakat jiwa menjadi barah, malah masa depan juga akan musnah hanya dalam sekelip mata.
Macam mana nak elakkan Zina Hati ini?
Selalulah berdampingan dengan orang Soleh. Jangan selalu bergaul dengan mereka yang suka melayan "awek" atau "pakwe". Bimbang kita juga akan terjebak. Kuatkan hati dengan menuntut Ilmu dan jangan terlalu inginkan perhatian. Yang paling penting, jadikan Allah sebagai pendamping, bukannya girlfriend boyfriend yang masih belum halal itu melebihi Tuhan.
Jom belajar jadi baik.
(Sumber: Kata-kata Hikmah Motivasi Islami)
No comments:
Post a Comment