AKAR gigih mencari air, menembus tanah yang keras demi sebatang pohon.
Ketika pohon tumbuh, berdaun rimbun, berbunga indah, dengan penampilan elok pada dunia dan mendapat pujian, akar tidak rasa iri, tetap bersembunyi di dalam tanah.
Itulah makna sebuah KETULUSAN.
Jika akar boleh bersifat tulus, manusia harus berlebih lagi.
Jangan kecil hati jika dianggap bukan siapa-siapa. Malah bagus, kita tidak punya beban. Daripada orang menganggap kita hebat sedangkan hakikatnya, kita insan biasa-biasa saja.
Sesungguhnya setiap anggota badan itu mempunyai sahabat.
Sahabat bagi mata ialah AIRMATA TAUBAT,
Sahabat bibir ialah ZIKRULLAH,
Sahabat bagi telinga ialah bacaan AL-QURAN
Sahabat dahi ialah TIKAR SEJADAH.
Setelah menemukan 'mereka' dengan sahabat-sahabatnya, percayalah hidup tidak akan pernah SUNYI di DUNIA
Mereka akan menyebut-nyebut kebaikan yang telah dilakukan itu di AKHIRAT kelak
Ya Allah, ku simpan Engkau dalam lubuk jiwaku. Bantu aku memelihara diriku daripada apa-apa jua yang boleh menyebabkan Engkau hilang dari situ.
Aamiin
No comments:
Post a Comment