Friday, November 2, 2018

Tentera Allah



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tentera Allah bukanlah tentera berwajah manusia yang lengkap bersenjata. Datangnya hanya setelah menerima Perintah dari Allah.

Kaum Nabi Nuh yang engkar mati lemas dalam air yang bergulung-gulung dari perut bumi, dari langit serta ribut petir dan taufan.
- Al-Ankabut ayat 14.

Angin menghempas dan menimbus kaum 'Ad yang sombongkan kepakaran membina struktur tinggi yang kukuh. 
- Al-Haqqah ayat 6-8.

Ribut Petir menyambar dan membakar hangus kaum Tsamud kerana menentang Allah.
- Hud ayat 68.

Tanah terbalik dan menelan kaum Nabi Luth yang homoseks dan mengenepikan wanita.
- Al-Hijr ayat 73-76.

Hawa Panas menyebabkan kaum Madyan mati kehausan dalam kepanasan kerana curang dalam urusan jual-beli.
- Al-Hajj  ayat 44.

Laut terbelah dan menenggelamkan Fir'aun yang mengaku Tuhan beserta bala tenteranya. Dia ingin bertaubat tapi Allah tidak terima lagi. Kemudian Allah menimbulkannya untuk jadi pengajaran kepada generasi seterusnya (kita hari ini). Mumia Fir'aun masih wujud sampai ke hari ini.
- Al-Baqarah ayat 50.

Burung Ababil membawa batu kerikil yang kecil tapi panas telah menjadikan tubuh  Abrahah dan bala tentera bergajahnya berlubang-lubang seperti dedaun yang dimakan ulat, ketika mereka ingin meruntuhkan Kaabah.
- Al-Fil  ayat 3.

Semut masuk ke dalam kepala Mustafa Kamal Atartuk dan mengigit otaknya, menyebabkan dia mati kesakitan kerana mengaku  dirinya Tuhan. 

Sejak kebelakangan ini Tentera Allah yang berupa bencana dan malapetaka berlaku di seluruh dunia -  gempa bumi, taufan, tsunami, kebakaran hutan, letusan gunung berapi, salji tebal, jerebu, suhu panas melampau, banjir, tanah runtuh dll.

Semuanya berlaku akibat tindakan manusia yang melampaui batas susila dan mengabaikan segala peringatan. Hukuman yangAlla Allah timpakan adalah inklusif ke atas semua manusia, sesiapapun tidak dapat lari daripadanya. 

Sebagai umat Islam, kita hendaklah  mengambil iktibar dari semua kejadian dan kembali bertaubat serta mengerjakan segala Perintah Allah. Semoga kita kembali kepada-Nya dalam keadaan beriman. Aamiin.

 ﺣﺴﺒﻨﺎﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﻌﻢ ﺍﻟﻮﻛﻴﻞ ﻧﻌﻢ ﺍﻟﻤﻮﻟﻰ ﻭﻧﻌﻢ ﺍﻟﻨﺼﻴﺮ ..... ﺍﻟﻠﻪ 
*Allah hu Akbar*



No comments:

Post a Comment