-Di saat bumi digoncang dan diterbalikkan-
Allah S.W.T. jadikan kematian di Palu satu kematian yang amat dahsyat. Mereka
sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim
ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah
oleh pemerintah mereka sendiri.
Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup,
kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut.
Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sebagai upacara rasmi dan dimasukkan
dalam tourism Indonesia.
Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah
turunkan hujan lebat sebagai teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.
Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yang menyambar,
tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.
Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi
pada pukul 2 petang, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yang
ketiga pada pukul 6 petang, saat berkumandangnya azan maghrib.
Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.
Keadaan yang pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yang jauh dari
kawasan pantai di mana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.
Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di
dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam
kembali ke dalam tanah tersebut.
Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dari pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.
Allah gerakkan air tsunami dengan kelajuan 800km/jam, yang sama dengan
kelajuan kapal terbang merempuh manusia yang berada di pantai.
Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di
masjid, hanya 4 org sahaja yang bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai
menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.
Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan
masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun
tu minadz'zalimin..."
Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali
menaranya.
Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yang tinggi. Saya berdiri di
atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara
sayup orang meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.
Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil
masa dalam 45 minit perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus
sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ
sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat
lebih 10 ribu jenazah yang tidak disentuh lagi.
Kenapa terjadi begitu?
1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.
2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal.
Fahaman ini sangat bahaya, sama yang sedang masuk ke negara kita sekarang ini.
3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka ada dalam 1,400
lebih. Dengan 1,400 lebih sahaja Allah dah musnahkan mereka begitu.
Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu
masa untuk Allah musnahkan (Nauzubillah).
Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.
Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah
Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2
skala Richter, 2.7 skala Richter...
Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar
Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali
kepada Allah.
Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada
orang yang berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).
Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina
ulama, Allah akan terasa hati.
Allah berfirman :
" Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, Aku isytihar perang
pada dia..."
Saya datang pada hari yang ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening,
hilang selera hingga menyucuk hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus.
Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yang jauh.
Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat
keadaan yang sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa
seperti hari sudah kiamat.
Saya tengok seorang suami yang duduk memegang tiang, menangis teresak-esak kerana kehilangan anak dan isteri.
Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata
kerana kehilangan keluarga.
Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yang
menzalimi diri sendiri.."
Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,
"Apakah kita akan musnah sama di saat mereka melakukan kemungkaran,
sedangkan di kalangan kita ada orang soleh..?"
Rasullullah s.a.w. menjawab,
"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."
Lalu Aisyah berkata,
"Bagaimana keadaan mereka itu?"
Jawab Rasulullah s.a.w,
"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah
kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."
Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka
jadilah..
Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki
Abdul Rani.
Yuhanis Azam
No comments:
Post a Comment