Wednesday, November 7, 2018

Erti Zuhud Yang Benar



ORANG ZUHUD TOLAK DUNIA DENGAN HATI, bukan dengan tangan. Tangan bekerja mencari wang, untuk menanggung tanggungjawab dunia, mencari harta untuk keluarga dan agama, tapi dalam hatinya tiada dunia. 

Kalau jumpa orang zuhud yang tidak mahu cari harta, itu pemalas, bukan zuhud, Rasulullah s.a.w pun berniaga dan bekerja. Orang zuhud pakaiannya elok dan bersih , bukannya koyak rabak, bukannya compang-camping, bukannya pakaian busuk. Itu pengotor, bukan zuhud. 

Rasulullah saw pun berpakaian kemas, berwangi-wangi, dari jauh pun sudah berbau wangi. Putih bersih baju Rasulullah walaupun ada tampalan-tampalan. 

Dengan dunia kita jumpa akhirat, dengan Akhirat kita jumpa dunia. 
Dunia di ciptakan untuk manusia. 
Manusia di ciptakan untuk Akhirat. 
Hati orang zuhud dicipta untuk Allah semata.

[Nur Azie Al Munawarrah]

No comments:

Post a Comment