Pada suatu petang, seorang pemuda telah bertanya kepada seorang pakcik
menjual ikan..
"Pakcik percaya tak kalau saya katakan yang Ikan ini
Tuhan?"
Pakcik itu berkata, "Kamu ni gila ke apa? Menyekutukan Allah
tu.."
Pemuda itu hanya tersenyum..
5 minit kemudian Azan maghrib berkumandang.. Pemuda itu langsung
berkata, "Pakcik, marilah sama-sama ke masjid untuk solat.."
Jawab Pakcik, "Tak boleh, tak ada orang nak jaga ikan ni.."
"Tadi pakcik kata ikan ni bukan Tuhan kan?"
Pakcik itu
menjawab "Ya, betul"
Pemuda itu bertanya lagi, "Siapa yang memberi rezeki? Ikan ni ke? Atau Allah?"
Pakcik tertunduk malu. Pemuda itu meninggalkan beliau untuk menunaikan solat
maghrib.
Kita tidak menyekutukan Allah, tapi perbuatan itu yang menggambarkan
apa yang terkandung dalam hati kita.
Dalam tak sedar, sebenarnya kita sering kali bertuhankan tuhan yang selain Allah.
Bila kita sering menunda solat kerana kerja bukankah itu tandanya
kita bertuhankan pekerjaan kita?
Bila kita sering menunda solat kerana harta, bukankah kita bertuhankan
harta?
Bila kita sering menunda solat sebab malas bukankah kita bertuhankan
diri sendiri?
Jika Allah itulah Tuhan pasti kita akan mengutamakan Allah dari
segala-galanya yang ada di dalam hidup.
Ramai yang tahu ‘Allah itu Tuhan’ tetapi tidak ramai yang hidup
ber‘tuhan’kan Allah.
Ramai yang tahu dia ‘hamba Allah’ tetapi tidak ramai yang mahu hidup
meng‘hamba’kan diri kepada Allah.”
وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ
إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya
Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut".
(Surah An-Nahl, Ayat 51)
“Carilah Allah Dahulu Dalam Hidup,
Supaya Hidupmu Tidak Tercari-cari.”
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment