Friday, November 30, 2018

Cerpen Wudhuk




Semasa aku seusia 6 tahun, aku masih teringat zaman tadika.
Di mana waktu itulah aku baru belajar bagaimana mahu solat dan mengambil wudhuk.
Di situ juga teringat moment masa nak ambil wudhuk bersama rakan rakan yang lain.
Siap main main simbah lagi. Cop tangan basah dekat belakang rakan lain, dan bermain air.
Di samping itu, aku masih ingat lagi seorang ustazah yang menjaga kami dalam pelajaran islam.
"Ambil wudhuk ni tahu untuk apa?"

Semua terus sepakat menjawab..
"Untuk solat!!!!!!"
Apa aku ingat lagi pada waktu itu, ustazah aku tersenyum melihat telatah kami.
Comel bukan?? Masa kecik ni lah semuanya mendengar kata. Boleh dikatakan "lurus bendul"
Yang baik nak follow, yang jahat dibuang jauh.

Kenangan.

Kini aku sudah pun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti. Nak kata islamik, tak jugak sebab bercampur.
Aku berjaya dapat dalam bidang aku mahukan. Ya , bidang pendidikan.

Suatu hari aku bergegas pergi ke surau berdekatan blok akademik. 10 minit lepas, kedengaran azan zuhur sudahpun berkumandang.
Sebaik sahaja sampai , hanya sepasang kasut sahaja di muka pintu.

"Sorang je ni ada" bisik hatiku

Dengan kaki kanan, aku mula masuk dan memberi salam.
Aku terlihat seorang gadis mula mahu membuka hijab. Mungkin dia mahu mengambil wudhuk.
Aku juga mula follow apa dia lakukan dan meletakkan hijab aku di ampaian telekung.
Sewaktu aku mengambil wudhuk, aku mula perasan tingkah laku gadis itu mengambil wudhuk sangatlah mencuri perhatian aku.

Setiap langkahnya, mulutnya terkumat kamit. Seolah olah ada bacaan yang dibaca sebelum wudhuk itu dibasahi di anggota badannya.
Aku cuba endahkan dan mengambil wudhuk.
Selesai sahaja aku tunaikan solat zuhur, aku masih melihat kelibat gadis itu sedang melipat telekungnya.
Aku bergegas pergi ke arah gadis tersebut

"Assalamualaikum, lepas ni awak ada kelas?"
"Waalaikumsalam, ada. Pukul 3.15 nanti" 

Entah kenapa aku mula merasakan aura yang sangat positif apabila aku melihat wajahnya.

"Eh samalah dengan saya"
"Ohh begitu" senyumannya sahaja sudah mampu membuat aku terpukau.

"Errr sebenarnya saya nak tanya sedikit, boleh?"
"Ya , silakan"
"Tadi masa ambil wudhuk, nampak awak macam baca something sebelum awak sapu ke anggota badan. Awak baca apa?"

"Ohh tadi tu ya,?? Saya baca ayat2 yang perlu"

"Maksud awak?"

"Sebenarnya, banyak fadhilatnya sebalik wudhuk ni. Dan ayat ayat yang saya baca itu untuk mengambil peluang meminta Allah perkenankan apa saya mahu"

"Contohnya?"

"Semasa saya berkumur, saya baca 
      'Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidah ini'
Semasa saya membasuh muka, saya baca
       ' ya Allah putihkanlah wajahku dan janganlah kau hitamnya di akhirat kelak'
Semasa saya basuh tangan kanan saya, saya baca
         'Ya Allah berikan buku amalanku pada tangan kanan ku'
Semasa saya basuh tangan kiri saya, saya baca
           'Ya Allah janganlah kau bagi buku amalanku degan tangan kiri ku'
Semasa saya basuh kepala, saya baca
         'Ya Allah lindungilah aku dari panas terik di akhirat kelak'
 Semasa saya basuh telinga, saya baca
    'Ya Allah ampunilah dosa telinga ku'
Semasa saya basuh kaki, saya baca
'Ya Allah , mudahkan aku berjalan di titian siratul mustaqim dan permudahkan aku pergi ke masjid, surau dan majlis ilmu. Jauhilah langkah ku ke arah maksiat'"

"Banyaknya awak baca, awak tak rasa letih?"

"Kenapa perlu letih dengan perkara Allah suka?"

Aku terdiam. Betul juga apa gadis itu katakan.

"Wudhuk ni banyak baiknya. Cuma kita belum rasa feelnya. Ramai beranggapan wudhuk ini hanya untuk solat. Tapi sebenarnya wudhuk ini juga boleh dijadikan amalan harian"

"Apa kebaikan dia?"

"Cuba awak jadikan amalan harian. 2 minggu lagi kita berjumpa sini pada waktu dan hari yang sama. Setuju?"

Tanpa berlengah aku menjawab "setuju".

...

Sejak pada hari itu, aku mula menjadikan wuduk sebagai amalan harian. Sebelum pergi ke kelas, sebelum tidur, pada awal pagi malah terjaga tidur sekalipun.
Aku mula addapt dengan ambil wudhuk. Walaupun pada mulanya aku rasa benda ini menyusahkan.
Tetapi
Aku mula nampak suatu perubahan

Aku mula mahu belajar agama
Aku

mula mahu menjaga solat pada awal waktu.
Aku mula mahu menjaga lisan perkataan
Aku mula mahu mendirikan solat sunat
Aku mula mahu mendalami Alquran
Aku mula mahu menjaga diri dengan berpakaian baik(tutup aurat)

Dan paling gila sekali

Aku mula berpurdah.

Wudhuk sememangnya air yang dashyat. Air yang mujarab. Benar kata Allah. Setiap penawarnya itu adalah daripada dia.
Jadi bila kita gunakan apa yang diajar oleh ilahi, inn shaa Allah kita mula dapat untuk penawar hati dan fizikal.

Dahulunya kulit aku agak gelap, kini makin putih. Ya benar, aku memakai produk lain tetapi takdelah putih begini sekali.
Dahulunya aku ini suka berkata bukan bukan, kini aku menjadi pendiam untuk menjaga lisanku.
Dahulunya aku suka dengar lagu rock, kini aku suka dengar lagu yang bernada perlahan..

Aku mula merasa perubahan ini dan adakah ini berkat pengambilan wudhuk secara harian??


2 minggu sudah tiba. Aku duduk di surau dan menunggu gadis itu.
Dan akhirnya aku mula melihat kelibatnya.
Dia agak terkejut melihat kelibat aku, mungkin kerana pemakaian aku yang jauh sekali lainnya.

"Waaa dah berpurdah, cantiknya"
"Eh, awak ni"
"Kita solat dulu, then kita sembang kemudian"

Sewaktu mengambil wudhuk, aku masih melihat kelibatnya..
Mulutnya masih terkumat kamit.
Aku turuti langkahnya.
Sesudah sahaja aku selesaikan tuntutan wajib, kami mula duduk bersemuka wajah.

"Jadi, saya nampak banyak jawapan dari diri awak"

Aku terdiam "betul juga apa awak katakan, erm awak ceritalah apa fadhilatnya"

"Eh bukan awak sudah tahu?"
"Tapi saya nak tahuu dari awak"

Gadis itu tersenyum dan melihat aku dengan senyumannya paling memukau.
"Wudhuk ni tujuannya bukan sahaja untuk diri. Tapi untuk menyucikan diri. Bila kita jadikan wudhuk itu menjadi amalan harian, bermakna kita ada berusaha untuk menjaga diri kita sentiasa suci. Manusia sering melakukan dosa. Sedar atau tidak, dosa itu tetap mengalir. Tandanya manusia itu tidak sempurna. 
Tahu apa Allah pernah berkata
"Barangsiapa mengambil wuduk dengan baik, dosa dosanya akan megalir keluar di celah2 kukunya"

Bukankah itu bonus untuk kita?? Wudhuk itu juga penyeri wajah. Malah akan ditambah cahaya di wajahnya. Wuduh juga akan mendidik kita untuk menjaga diri dan menjaga apa yang perlu dijaga. Misalnya setiap lisan dan melihat.
Jika benar kita orang yang solat, sudah pasti mulut dan mata akan terjaga. Sebab apa??
Sebab kita dapat keberkatan air wudhuk itu.
Wudhuk ni juga mendidik kita untuk belajar tunaikan solat sunat dalam harian. Bila perkara sunnah sudah diamalkan inn shaa Allah perkara solat tambahan mampu dibuat"

"Waaaa besarnya anugerah wudhuk "

"Yup, tapi ramai tak perasan. Wudhuk ni awet muda jugak tauuu"

"Patutlah awak selalu cantik" aku tertawa kecil mengusik gadis itu.

"Isshhh budak  ni"

Kami tertawa kecil..
Terima kasih Allah :')

[Dari FB Anta Sufi Anta Sufi]

Thursday, November 22, 2018

Bayan Syurga


Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

Kenikmatan syurga tak pernah didengar oleh mana-mana telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

"Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore tak boleh ukur keluasan syurga.

Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua lelaki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, tak payah cemburu sangat dengan orang kafir.

Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya. 

Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

"Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

Pintu neraka siap sedia terbuka tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'

Ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu istimewa, Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.

Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

Antara nikmat dalam syurga  dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan. 

Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"

"Tiada apa-apa ya Allah."

"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.

[Sumber: FB Anta Sufi Anta Sufi]

Jangan Hina Orang Tak Tutup Aurat



Jangan menghina orang yang tak sempurna dalam menutup aurat.Jangan terus-terus menghukum.

Sampaikan apa yang kau ketahui,dan 'kefahaman' itu hanya Allah selayaknya yang memberi.

Aku dulu pernah jahil dalam agama.
Aku rabun dalam memahami syariat.
Aku hanya tahu tapi tidak faham.

Dulu yang aku tau..perempuan kena tutup aurat.
Aurat tu just kepala..rambut..itu yang aku faham..
So bila keluar still pakai T-shirt tangan pendek..pakai jeans..BERTUDUNG.

Selapas aku faham..aku hanya faham tapi aku takut untuk 'buat'..
Takut mulut-mulut puaka mengata itu dan ini.
Namun aku cari dan terus gali..
Aku dapat kekuatan dan aku mula buat apa yang aku faham..tanpa peduli mulut-mulut yang bunyi.

Bila dah dapat sedikit 'hidayah' teruskan untuk tambah hidayah..dekatkan diri dengan majlis2 ilmu.
Satu yang kau akan dapat..kau akan ubah Cara berpakaian.
Yelah mana ada orang pergi majlis ilmu pakai terbuka sana sini..confirm 'termalu' untuk pakai macam tu..so lama-kelamaan kau sendiri akan terbiasa untuk berpakaian 'selesa' automatik ikut syariat..

Cari kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan diri dengan agama.

Point kat sini aku suruh cari kawan macam ni sebab hati kita ni berbolak balik,so kita memang kena ada dorongan positif dan aura-aura positif untuk berhijrah..

So guys..
Kadang dalam kita menasihati dan menegur kita nak orang terus terima dan berubah..
No no..tak tak..salah tu..

Nak tegur nak nasihat it's okay..tapi jangan PAKSA orang untuk faham..terima dan UBAH sekelip mata.
Stage by stage okay..

Dan untuk yang 'terdetik' nak berubah..lembutkanlah hati untuk menerima nasihat dan teguran dari kawan-kawan yang lain..

Biar sama-sama masuk syurga okay😉.

[Sumber: FB Nasihat Agama]

Suami Tak Bertanggungjawab - Perlukah Isteri Hormat


🌸 *PERLUKAH ISTERI HORMAT SUAMI YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!?*🌸
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Ustaz Hj Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, Soal Jawab Agama, 2 November 2018 / 24 Safar 1440H @Radio PerakFM]


SOALAN: 
Perlukah hormat lagi kepada suami yang tidak pernah mengerjakan solat, suka marah-marah isteri, tidak beri nafkah.. hanya isteri yang bekerja, dia tidak buat apa-apa pekerjaan.. perlukah lagi isteri ini hormat kepada suami itu?*


✅ Kalau suami tidak menunaikan solat, itu antara dia dengan ☝🏻الله تعلى. WAJIB isteri untuk masih hormat kepada suami.. isteri tidak berdosa atas sebab suami x sembahyang, itu dia dengan الله تعلى. Kita sebagai isteri, barangkali masih boleh menasihat.. tapi tidak ada wewenang atau kuasa nak paksa suami. Jadi.. walaupun suami tidak solat, isteri WAJIB untuk melaksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri.


✅ Kalau sekiranya suami suka marah-marah isteri, KEWAJIPAN isteri adalah untuk *Bersabar*. 


✅ Kalau sekiranya suami itu tidak beri Nafkah kepada isteri, yang ini Hak Isteri.. itu hak dia. Dia(isteri) *Boleh Tuntut Hak Melalui Mahkamah_______🏛* , tapi dalam proses menuntut dan sebagainya.. dia masih WAJIB melaksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri. 


✅ Jadi, KEWAJIPAN ISTERI.. WAJIB hormat dan melaksanakan tangggungjawab sebagai seorang isteri, adapun suami yang berdosa itu hubungan dia dengan الله سبحانه وتعلى. KECUALI, suami dah mula pukul  dan sebagainya.. itupun isteri kena report polis dan boleh menuntut haknya dimahkamah.


✅ Dalam bab nafkah tadi, kalau sekiranya isteri menuntut hak nafkah di mahkamah dan dapat buktikan bahawa suami tidak menunaikan kawajipan dia.. maka mahkamah boleh buat decision(keputusan)👨🏻‍⚖ sama ada suami WAJIB bagi nafkah kepada isteri ataupun tindakan yang lebih daripada itu.. bergantung pada mahkamah.


✅ Jadi, KEWAJIPAN isteri.. kalau dosa itu dosa suami kepada Tuhan, WAJIB untuk isteri patuh.. sampai tahap kalau suami menghalang isteri sembahyang, suami menghalang isteri pakai tudung.. dan itu sudah, suami sudah mencampuri hak الله تعلى. Dalam hal ini, isteri *Boleh Untuk Membantah* suami dia.
وَاللَّهُ أَعلَم....


🔐 *Untuk lebih jelas, boleh lihat & dengar disini:*


*Setiap: Juma'at, Jam: 10.00 - 11.00 pagi, No Tel: 05-5458559 (Boleh hubungi no ini utk bertanya soalan). No Wssp: 018-578 7780 (Boleh wssp sini, utk tya soalan + Nama & dr mana). FB: Radio Malaysia PerakFM.*


🌀Silakan Share @ C&p..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن


    ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤

Hukum Wanita Berseluar Panjang



Islam itu tidak sempit. Wallahhu'alam.

Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah)

(1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) :

"Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99)

= = = = =

(2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang, Ia menjawab: Hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian diluarnya (baju atau jubah), dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar, dan (pakaian luar itu) labuh sehingga ke paras bawah lutut, maka hukumnya harus.

Soalan :
Adakah wanita harus memakai seluar panjang?

Jawapan (Dr. Wahbah al-Zuhaili):
"Haram bagi wanita memakai seluar panjang kerana ia ketat dan menampakkan susuk tubuhnya. Dan juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Tetapi jika wanita itu memakai baju (luar seperti jubah) yang menutupi di atas seluar itu sehingga (menutupi) sampai ke bawah dari paras lutut, maka diharuskan kerana illat pengharaman itu sudah tiada ketika itu."(Fatawa Mu'ashirah m/s 191)

= = = = = 

(3) Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang (namun) di atasnya (yakni diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah) yang labuh (dan menutupi seluarnya) hingga sampai ke lutut, kemudian seluar tersebut mampu dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja, maka hukumnya tidak haram (yakni harus), dengan syarat seluar (yang kelihatan di bawah lutut) itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Alasannya kerana seluar bukanlah pakaian yang hanya khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan ialah membuka auratnya atau sebahagian auratnya dihadapan lelaki ajnabi.

Soalan :
Apakah pendapat tuan terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya (menutupi seluarnya) sehingga (menutupi) sampai ke paras lutut, dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat (oleh orang lain di) bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya?

Jawapan (Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki ):
"Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita untuk memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik, kerana yang demikian (jika ketat maka) termasuk dalam  hadis "berpakaian tetapi bertelanjang" kerana ia (seluar itu) bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi." (Qurratu 'Ain m/s 233)

= = = = = 

Tambahan Penulis:
Daripada penjelasan para ulama di atas, maka perempuan yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya pula singkat (tidak labuh hingga ke bawah lutut untuk menutupi seluarnya), hukumnya adalah haram kerana menampakkan punggungnya.

Kitab : Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah (Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim).

Manusia Tak Nampak




Manusia tak nampak setiap malam kita menangis mengadu pada Tuhan,
Yang mereka nampak kita gagah dan kuat tanpa dilanda kedukaan,

Manusia tak nampak hati kita retak berselerak,
Yang mereka nampak kita bahagia tanpa secalit derita,

Manusia tak nampak berapa banyak luka yang telah kita balut,
Yang mereka nampak hati kita senang dan gembira tanpa ada serabut,

Manusia tak nampak bagaimana kita cuba bersabar dan bertahan,
Yang mereka nampak kita bebas dari penjara ujian dan dugaan,

Kerana manusia tak nampak apa yang tersingkap di balik hati.
Yang mereka lihat cuma yang terpampang di depan mata.

Untuk hati yang sedang remuk dan terluka kerana ujian dunia,
Bersabarlah. Nikmatilah ujian itu.

Suatu saat, Allah akan angkat kembali dugaanmu itu.

[Moon Ab]

Allah Buat Sesuatu Bukan Suka-suka




Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita
Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..

Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA. 

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya. 

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab. 

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

*~Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka²..*

[Sumber: FB Ju Wan]

Thursday, November 15, 2018

Dialog Pembuka Hati




"Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pada kita?"

Jawapan ustaz ringkas,  tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah." Jika kita tak redha, tak maafkan orang lain, kita akan LEWAT  MENITI TITIAN SIRAT. Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB. Mahu ke?"

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita dengan manusia.  Sorang sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke? Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, bangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga. Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah membalas selayaknya. Biarlah Allah menghakimi. Biarlah dia ditanya di hadapan Allah kelak.

MEMAAFKAN ORANG LAIN TAKKAN DAPAT MEMBAIKI MASA SILAM, TAPI DAPAT MEMPERBAIKI MASA DEPAN KITA DAN BERI KITA KETENANGAN.

In sya Allah.

Wednesday, November 14, 2018

Jangan Hanya Hidup



Jangan hanya hidup..tapi binalah kehidupan.
Jangan hanya jadi manusia..tapi milikilah sifat kemanusiaan.
Jangan hanya mencari keperluan...tapi burulah keberkatan.
Jadilah hamba Allah yang penuh rasa kehambaan.
In sya Allah, Yang Maha Penyayang akan melimpahkan ketenangan...Sekalipun sedikit kesenangan.
Attachments area

Wanita Terlalu Lemah Dan Nafsu


🌸 *WANITA TERLALU LEMAH & NAFSU*🌸
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Ustaz Hj Mohd Salleh Hj Hussain, “Kuliah Ilmu Muslimat”, 2015 @Pusat Tarbiyyah Cawangan Ulu Mahang, Mahang Kulim Kedah]


✅ Wanita punya, 1 akal dan 9 nafsu. Lelaki pula, 9 akal dan 1 nafsu. Kerana nafsu yang lebih banyak itulah yang membuatkan ketahanan jiwa wanita itu lemah🙍🏻‍♀, jika dibandingkan dgn lelaki.


✅ Nafsu sedih, derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu hebat sekali. Ujian yang kecil pun, sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita.


✅ CARA TERBAIK bagi MELAWAN HAWA NAFSU wanita adalah dengan:

🔆 *MENUNTUT ILMU.*
- _Dgn menuntut ilmu Agama📚, dapat meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan hawa nafsu lebih terkawal dan sekaligus akn meningkatkan martabat di sisi الله سبحانه وتعلى._

🔆 *MENDAPAT BIMBINGAN LELAKI.*
- _Kata-kata nasihat dari seorang lelaki, sangat diperlukan oleh seorang wanita pada setiap saat dan waktu untuk kebaikan mereka._

🔆 *KEMAMPUAN WANITA BERIBADAH.*
- _Jika kelima-lima ibadah seorang wanita itu diberi nilai 💯, maka wanita hanya mampu mencapai 60% sahaja. Itu juga masih sukar untuk mendapat markah penuh, melainkan wanita yang bertakwa dan benar² dibantu الله سبحانه وتعلى. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah._

🔆 *KEMAMPUAN AKAL DAN KEHALUSAN FIKIRAN.*
- _Ketika seorang wanita itu marah, tindakan keras dan melulu, menghukum, dan sewaktu dia bersimpati, dia akan terlalu menunjukkan belas kasihan sehigga diluar garisan keadilan._
- _Kalau pun ada wanita yang sama cerdik dengan lelaki, dia tetap akan jadi kurang cerdik dalam bertindak dari lelaki. Kerana kecerdikannya itu dipengaruhi oleh nafsu._
وَاللَّهُ أَعلَم....



Bila Palu Dipalu Allah S.W.T



-Di saat bumi digoncang dan diterbalikkan-

Allah S.W.T. jadikan kematian di Palu satu kematian yang amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.

Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sebagai upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sebagai teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yang menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 petang, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yang ketiga pada pukul 6 petang, saat berkumandangnya azan maghrib.

Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yang pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yang jauh dari kawasan pantai di mana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.

Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dari pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dengan kelajuan 800km/jam, yang sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yang berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org sahaja yang bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya. 

Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yang tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup orang meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dalam 45 minit perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yang tidak disentuh lagi.

Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yang sedang masuk ke negara kita sekarang ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka  ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih sahaja Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa untuk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah. 

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada orang yang berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.

Allah berfirman :

" Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, Aku isytihar perang pada dia..."

Saya datang pada hari yang ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yang jauh.

Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yang sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yang duduk memegang tiang, menangis teresak-esak kerana kehilangan anak dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.

Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yang menzalimi diri sendiri.."

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw, 

"Apakah kita akan musnah sama di saat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan di kalangan kita ada orang soleh..?"

Rasullullah s.a.w. menjawab,

"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."

Lalu Aisyah berkata,

"Bagaimana keadaan mereka itu?"

Jawab Rasulullah s.a.w,

"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..

Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Yuhanis Azam

[Dikongsi dari FB Addin Sunnah]