Friday, May 18, 2018

Rentetan Tsunami Rakyat PRU 14



Kita semua ada khilaf, ada silap, ada dosa masing-masing.

Kadang-kadang masalah kita sebagai ummat Islam, kita belum Islam pada cara hidup, kita belum Islam pada pemikiran, kita belum Islam pada percakapan, kita belum Islam pada akhlak dan tindakan, tapi kita bermati-matian ingin ISLAMkan negara.

Tidakkah ianya pincang? Islam perlu bermula dari dalam diri, dari dasar, bukan terus di puncak. 

Kita hanyalah buih-buih di pantai yang mudah pecah dilambung ombak (tiada kualiti). Kita belum benar-benar muslim pada roh, pada aktualisasi dan cara hidup, kita hanya Islam pada I/c yang mewarisi agama nenek moyang.

'Kita' itu termasuk saya yang bercakap dan menulis tidak semestinya lebih baik dari yang membaca, menulis dalam masa yang sama menasihati diri *sendiri juga yang sentiasa alpa dan leka*.

Attitude dan keperibadian kita dibangunkan oleh suasana dan persekitaran. Inginkan akhlak yang baik, cari circle yang baik-baik, cari jemaah yang baik-baik, semua itu harus bermula dengan mencari Allah.

Pandangan kita terhadap manusia sekeliling adalah berdasarkan hati kita. Jika hati kurang berpenyakit, kita melihat pendosa dengan pandangan kasihan beserta doa kepada mereka, (kerana hakikatnya kita juga seorang pendosa). 

Jika hati kita berpenyakit, kita melihat pendosa dengan perasaan benci, sakit hati, jelek, sinis, disertai cacian dan sarcasm, (tanpa menyedari kita juga sebenarnya seorang pendosa. Hari-hari kita buat dosa sama ada dengan sengaja atau tidak).

(Ahmad Ezry)

xxxxxx

Kejahatan yang menimbulkan rasa sedih dan insaf lebih baik daripada kebaikan menimbulkan rasa takbur dan bangga. 

Kekalahan yang melahirkan rasa insaf dan sedar lebih baik daripada kemenangan yang mendatangkan rasa angkuh dan lupa diri. 

Lupakah kita orang yang menangis hari ini adalah mereka yang pernah ketawa gembira hari semalam? Dan boleh jadi kita yang ketawa suka hari ini akan kembali menangis ada hari esok.

xxxxxxx

Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa. 

Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir Allah, tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibrah serta kekuatan di sebalik apa yang sedang dan telah berlaku. 

... BERSABARLAH! Mungkin Allah tengah meletakkanmu di busurnya. Menarikmu jauh ke belakang, agar di saat kau dilepaskan, kau memiliki daya dorong yang kuat untuk mencapai sasaran. 

LAYUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS 'AHA.

No comments:

Post a Comment