RAHMAT ALLAH adalah sesuatu yang berharga. Tanpanya, tiada hamba yang mampu ke syurga. Sebanyak mana pun amalan sendiri, ia tidak cukup untuk menjadi tiket masuk ke sana.
Dalam hal dunia, bila direzekikan dengan rahmat Allah, bandingkan keadaan kita dengan mereka yang kurang daripada kita. Dengan itu akan timbul rasa syukur di atas kesenangan itu.
Di dunia, semua hamba Allah sama ada Islam atau bukan Islam akan mendapat rahmat-Nya (Ar Rahman).
Dalam hal ibadah akhirat, bila direzekikan dengan rahmat Allah, bandingkannya dengan mereka yang lebih daripada kita. Dengan itu kita akan berusaha lebih lagi agar pahala kita semakin bertambah.
Di akhirat, hanya umat Islam yang mendapat rahmat-Nya (Ar Rahim).
Bila direzekikan dengan rahmat Allah, kongsikan atau manfaatkanya dengan sesama agar semua dapat merasainya. Jika Allah kehendaki, mungkin ada di antara mereka yang akan menerima hidayah-Nya.
Jika rahmat yang selama ini dinikmati tiba-tiba ditarik oleh Allah, pada saat ditimpa musibah itu, segeralah bersabar dan beristighfar. Jangan bersedih atau merungut. Allah akan memberikan ganti yang terbaik.
Contoh:
Bila redha dengan sakit yang dideritai, nescaya gugur segala dosa.
Jika pasangan suami isteri kerap bergaduh, tarik magnet rahmat ke dalam rumahtangga dengan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.
Lakukan ibadah fardu yang berkualiti. Lengkapkannya pula dengan ibadah sunat yang berkualiti. Kualiti hadir dengan akhlak yang baik.
Bila rasa bahagia dan segala yang baik, itu adalah nikmat agama.
Bila rasa redha dengan kekurangan dan kerugian, itu adalah nikmat akhirat.
Sentiasa yakin pada kasih sayang Allah Yang Maha Besar.
No comments:
Post a Comment