Sunday, May 6, 2018

Perihal Pujian



MEMUJI kebaikan yang ada pada seseorang tidak dilarang, namun Rasulullah menegur dengan keras orang yang memuji orang lain dengan:

a. PUJIAN BERLEBIHAN.

b. SIFAT YANG DIPUJI TIDAK ADA pada diri 
orang yang dipuji.

c. Pujian yang menimbulkan FITNAH ujub, 
sombong dan bongkak kepada orang yang 
dipuji terutama apabila dipuji di depannya.

Rasulullah menyifatkan perbuatan seseorang yang memuji orang lain itu seperti memenggal leher kawan tersebut, kerana dikhuatiri dia bakal terjerumus seperti umat terdahulu, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani yang memuji sehingga menyamakan dengan sifat Allah. Sesungguhnya SYIRIK itu dosa besar.

Tanda-tanda IKHLAS dalam melakukan amal kebajikan ialah:

a. TETAP MERASA SAMA antara pujian dan 
celaan orang lain.

b. MELUPAKAN AMALAN KEBAIKAN YANG 
PERNAH DIBUAT (tidak disebut-sebut).

c. MENGHARAP REDHA ALLAH dan balasan 
akhirat, bukan pujian manusia dan habuan 
dunia.

(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi 1426 H)

Jika kita dipuji orang, berdoalah seperti doa Abu Bakar RA apabila menerima pujian: 

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ

"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku."

"Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka."

( Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876)

No comments:

Post a Comment