Memadai niat puasa ramadhan seperti berikut: ( نويت صوم غد من رمضان) = nawaitu sauma ghadin min ramadhan = sahaja akau berpuasa esok hari daripada ( bulan) ramadhan.
1. Mesti dalam hati .
2. Wajib ta'yin iaitu ramadhan( رمضان)
3. Pada mazhab Shafie, Hanbali dan Hanafi wajib berniat pada tiap-tiap malam.
4. Tidak wajib ta'aradh yakni meniat "fardhu".
5. Dibolehkan ("memadai") berniat ketika dalam solat seperti berniat iktikaf.
RUJUKAN:
1. FURUK AL-MASAIL (فروع المساءيل ), ms 214 jilid satu ( الجلد الاول)
2. BUGHYATU THULAB (بغية الطلاب ), ms 100, juzuk 1 ( الجزءالاول)
• Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu akan kelaparan dan kehausan di Hari Kiamat nanti.
• Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin.
• Muliakan orang yang lebih tua darimu.
• Sayangi yang lebih muda
• Sambungkanlah tali persaudaraan.
• Jaga lidah dan jarimu.
• Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang.
• Tahan pendengaranmu dari apa yang tidak halal didengar.
• Kasihilah anak-anak yatim
Demikianlah kerja mulia kita di bulan semulia Ramadan ini
• Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu akan kelaparan dan kehausan di Hari Kiamat nanti.
• Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin.
• Muliakan orang yang lebih tua darimu.
• Sayangi yang lebih muda
• Sambungkanlah tali persaudaraan.
• Jaga lidah dan jarimu.
• Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang.
• Tahan pendengaranmu dari apa yang tidak halal didengar.
• Kasihilah anak-anak yatim
Demikianlah kerja mulia kita di bulan semulia Ramadan ini
1- Amalan puasa
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
2- Amalan di malam Lailatul Qadar
Lailatul qadar akan dilipatgandakan pahala sebagaimana disebutkan dalam ayat,
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadr: 3). Maksudnya adalah ibadah di malam Lailatul Qadar lebih baik dari ibadah di seribu bulan lamanya.
3- Umrah di bulan Ramadhan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِى فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ حَجَّةٌ
“Jika Ramadhan tiba, berumrahlah saat itu kerana umrah Ramadhan senilai dengan haji.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Daku bukan yang terbaik, hanya seorang pendosa yang ingin kembali menjadi HAMBA ALLAH.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi”.
(Hadits shahih diriwayatkan oleh at-Tirmidzi).
Al Fatihah buat diriku. Semoga aku sampai ke hujung Ramadhan ini dan menjadi Ramadhan terbaik dalam hidupku.
No comments:
Post a Comment