Wednesday, May 30, 2018

Raja Namrud dan Keturunannya Kini



Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

 Keturunan Namrud hingga kini

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga mereka dahulu.

The Tsunami That Changed The Country


(By Syahredzan Johan)

It has already been more than 2 weeks since the 14 th General Elections. The seismic event which saw the Barisan Nasional lose control of the Federal legislature for the first time since Merdeka.
Most pundits predicted a narrow BN win, despite losing more seats than in 2013.
These analysts pointed to the re-delineation exercise and role of PAS as ‘spoiler’ as reasons for the BN’s eventual victory.
Only the most optimistic of Pakatan Harapan supporters, and Rafizi Ramli’s INVOKE outfit, predicted a change of government at the Federal level.
One by one, the results poured in. BN heavyweights fell like tenpins all over the country in places where they were expected to win.
By 12am, it was clear that the BN had lost. The only question then, was by how much.
In the days and weeks that came, we had a new but old Prime Minister. We had new Cabinet members, who have started work. We found out the debt and liabilities of the country.
Now that the dust has settled, it would be useful to try to understand why the tsunami happened.
Firstly, the ‘Malay tsunami’, first mooted by DAP’s Liew Chin Tong had indeed occurred. It is probably more accurate to describe the Malay swing as a ‘wave’, but without the wave there would have been a Malaysian tsunami of this magnitude.
The wave meant that many seats previously held by BN switched to either PH or PAS. In this regard, most voters made a calculated move; they voted for the party that is most likely able to win against the BN. In the South and Central regions, that was PH, while along the East Coast it was PAS.
The anti-BN sentiment can clearly be seen if one studies the electoral map post GE14. It stretched from the Thai border to the Causeway, from the North South Expressway to the East Coast Expressway, from Peninsular Malaysia to Sarawak and Sabah, from the Straits of Malacca to the South China Sea.
There are likely to be several factors that caused this Malaysian tsunami. Cost of living and economic issues are crucial factors. Abolishment of the unpopular Goods and Services Tax became the rallying cry of the then opposition.
Major scandals such as 1MDB, Felda, MARA and others are also issues which swung voters. BN’s blind defence of the unpopular former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak as well as the fact that it has been in power for 6 decades, also ultimately cost the coalition the elections.
In Tun Mahathir Mohamad, voters had a familiar and trusted figure to ease any concerns they had about the so-called untested PH.
All these factors, and probably many more, combined to create the perfect storm which dislodged the BN from its seat of power.
Whatever happens from here on, the results of the 14th GE will mark the beginning of true democracy in Malaysia. It is empowering for the people, who now can truly believe that power is in their hands to determine the future of this nation.
May democracy continue to flourish in this fair nation.
(Source: www.thestar.com.my/opinion/online-exclusive/a-humble-submission/2018/05/28/the-tsunami-that-changed-the-country/ 

Shahredzan Johan

Syahredzan Johan

Syahredzan Johan is a young lawyer and partner of a legal firm in Kuala Lumpur.

Masalah Jantung Tun Dr Mahathir Mohamad


MASALAH JANTUNG KEDUA . DICERITAKAN OLEH YAB AYAHANDA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SENDIRI DALAM DOKTOR UMUM :

Saya tidak memperlahankan rentak hidup sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003. Selain memberi ucapan dan ceramah di merata dunia serta menubuhkan pejabat di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya, saya juga kembali menunggang kuda. Saya melawat Argentina di Amerika Selatan setiap tahun dan menunggang kuda di Banjaran Andes, ada kalanya sampai lapan jam tanpa henti. Bagaimanapun, menjelang akhir 2006, iaitu selepas lawatan yang memenatkan ke Arab Saudi, Jepun dan New Zealand serta menghadiri banyak acara di Kuala Lumpur, saya mengalami serangan jantung yang ringan pada petang hari rumah terbuka Aidilfitri anak-anak saya.
 
Saya berada di rumah pada 6 November apabila berasa sesak dada seperti yang dialami dulu. Hasmah menelefon Datuk Dr Nasir Muda, seorang ahli kardiologi yang merupakan doktor peribadi saya dan pada awal pagi itu, saya dibawa ke IJN. Doktor terus memasukkan titisan ubat ke dalam sistem darah saya. Kemudian, selepas membuat ujian ECG doktor mengesahkan saya mengalami serangan jantung yang sederhana. Saya sembuh agak cepat dan pada hari keempat saya sudah boleh duduk di atas katil serta bersedia untuk memulakan kerja. Setiap kali saya meminta alat tulis saya, Hasmah akan menganggapnya sebagai satu petanda yang baik. Walaupun saya pulih dengan agak cepat, jelas sekali yang saya perlu menimbang kemungkinan menjalani pembedahan jantung kali kedua. Dalam kebanyakan kes, pesakit akan kekal sihat selama 10 tahun selepas pembedahan pintasan jantung, tetapi saya telah menjalaninya 18 tahun lalu. Doktor saya memberitahu yang saya perlu memutuskan secepat mungkin sama ada mahu menjalani pembedahan kedua atau tidak sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan berbahaya untuk membuat pembedahan. Saya terpaksa memikirkan dengan mendalam keputusan saya berhubung hal itu memandangkan umur saya sudah pun melebihi 80 tahun. Pada usia itu, proses penyembuhan selepas pembedahan mungkin lebih sukar.
 
Sambil menimbang keputusan sama ada mahu menjalani pembedahan atau tidak, saya mula melakukan satu siri senaman yang bertujuan untuk melancarkan pusingan darah. Saya juga menggunakan treadmill dan berkayuh basikal, ada kalanya sampai 10km sehari. Hasmah berpendapat bahawa saya agak keterlaluan melakukannya. Bahkan, saya juga mengetahui kemudiannya yang beliau meminta pelatih kuda saya agar mengajar haiwan itu supaya tidak berlari terlalu laju.
 
Walaupun saya bersungguh-sungguh bersenam, menjelang Mei 2007 saya berasa kaki amat berat dan saya tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Pada bulan itu juga kami menganjurkan perjumpaan penuntut kelas 1947 Kolej Perubatan di Bukit Merah, Perak. Kami menghabiskan beberapa hari bersembang sehingga lewat malam. Selesai perjumpaan itu, saya dan Hasmah terbang ke Langkawi untuk bercuti pendek.
 
Ketika di pulau itu, saya menderita serangan edema pulmonari (pulmonary oedema ) yang teruk. Serangan tersebut berpunca daripada pengumpulan cecair berlebihan di dalam paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas. Pada hari serangan tersebut, saya berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur yang pendek, saya mengalami sesak nafas. Saya menggunakan alat penyedut udara (inhaler), tetapi tidak berkesan. Selepas itu, segala-galanya berlaku dengan pantas - paru-paru saya dipenuhi cecair dan saya amat susah untuk bernafas. Dr Nasir memanggil ambulans, tetapi kemudian membatalkannya selepas memikirkan yang ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Lalu dia memimpin saya memasuki kereta dan meluru ke hospital. Saya masih ingat yang saya mendengar beliau menyuruh saya bertahan walaupun saya sendiri berasa di antara sedar dan pengsan. Kami berselisih dengan ambulans di pertengahan jalan, tetapi Dr Nasir mengarahkan pemandu kami supaya meneruskan perjalanan kerana beliau sedar yang kami sudah kesuntukan masa. Hasmah memberitahu saya kemudian yang beliau menyangka akan kehilangan saya pada hari itu. Di dalam kereta, Hasmah duduk di depan untuk memberi ruang kepada saya dan Dr Nasir. Hasmah hanya dapat meletakkan tangannya dia atas lutut saya dalam usahanya untuk menenteramkan saya.
 
Di hospital, mereka memaksakan oksigen masuk ke dalam paru-paru saya dan berjaya menstabilkan keadaan saya dalam masa setengah jam. Dr Nasir menghubungi rakan-rakannya di IJN dan pakar bius, Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir terbang ke Langkawi dengan membawa semua peralatan yang tidak ada di Hospital Langkawi.     
 
Menjelang waktu itu, boleh dikatakan hampir semua orang Langkawi sudah mendengar apa yang terjadi dan mereka mula berkumpul di hospital. Keesokannya, sewaktu hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dalam usaha untuk melepasi orang ramai yang berada di hadapan hospital, Pengarah Hospital telah menggunakan dua buah ambulans - sebuah untuk membawa saya dan sebuah lagi sebagai 'umpan'. Ambulans saya keluar ikut pintu belakang manakala ambulans 'umpan' keluar ikut pintu utama. Apabila saya sampai di lapangan terbang, beberapa orang anak kami tiba dengan penerbangan komensial. Mereka bagaimanapun terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur menaiki pesawat yang sama.
 
Saya diterbangkan ke Kuala Lumpur menaiki jet swasta. Membawa saya ke atas pesawat itu ternyata sukar kerana tangganya tidak boleh menampung tandu. Jadi saya terpaksa diusung dengan seorang mengampu kepala dan bahu saya manakala seorang lagi mengangkat kaki saya. Disebabkan tidak mahu badan saya membengkok maka pakar fisioterapi saya, Boey Ghod Chee merangkak di bawah badan saya untuk mengampunya sewaktu menaiki tangga pesawat. Saya memerlukan oksigen, tetapi berbahaya untuk terbang pada paras yang tinggi dengan tangki oksigen berada di dalam pesawat. Oleh itu, pesawat terpaksa terbang pada paras yang rendah sepanjang perjalanan.
 
Serangan itu membuatkan saya berasa lemah dan tidak sihat. Saya mula menimbangkan secara serius mengenai nasihat doktor supaya menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua. Pembedahan kedua nanti sudah tentulah mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana saya sudah pun berusia 82 tahun. Sebaliknya, kalau saya enggan menjalaninya maka kemungkinan diserang sekali lagi mustahil boleh dielakkan. Akhirnya walaupun pembedahan pintasan koronari kali kedua tidak memberi apa-apa jaminan, saya memutuskan untuk mengambil risiko. Sekali lagi, latihan perubatan yang saya terima tidak membantu memberikan saya keyakinan kerana saya tahu kemungkinan berlaku kerumitan sewaktu pembedahan adalah besar.
 
Saya ada juga memikirkan untuk menjalani pembedahan kedua di luar negara, tetapi sekali lagi saya bimbang tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan kepada doktor kita. IJN membawa masuk seorang pakar perunding dari Klinik Mayo di Amerika Syarikat, tetapi pasukan pembedahan tetap diketuai oleh Dr Yahya dan Dr Rozali sekali lagi.
 
Saya dimasukkan semula ke IJN pada 2 September 2007 dan menjalani pembedahan pintasan kedua dua hari kemudian. Bukan Dr Yahya dan Dr Rozali sahaja ahli pasukan pembedahan tahun 1988 yang terbabit dalam pembedahan kedua, malah boleh dikatakan semua anggota pasukan bekenaan, termasuk jururawat dewan bedah, turut serta. Ada antara mereka telah meninggalkan IJN untuk membuka klinik sendiri, tetapi mereka semuanya kembali membantu.   
 
Dalam proses pemulihan selepas pembedahan, buat seketika saya meracau dan mengalami bermacam-macam mimpi aneh, antaranya menjadi anak seorang Sultan dan bekerja sebagai jurulatih kuda. Kadang-kadang saya berasa seperti berada di tempat lain, misalnya Indonesia, Thailand dan China. Saya bernafas dengan bantuan mesin pernafasan yang menghalang saya daripada menelan dan bercakap. Malah selepas tiub ditanggalkan daripada tenggorok saya, saya masih berasa seolah-olah ia berada di situ dan sukar menelan buat seketika. Disebabkan saya tidak boleh bercakap maka saya cuba berkomunikasi dengan menulis, tetapi sukar mengingati huruf yang betul. Keluarga saya memberikan sebuah papan kekunci untuk membolehkan saya menunjukkan huruf-huruf yang saya mahu, tetapi itu pun sukar bagi saya. Suatu ketika, apabila kehampaan menguasai diri, saya cuba mencabut semua tiub yang ada pada badan saya. Hasmah marah dan mengingatkan saya betapa ramai orang telah bersusah payah bekerja keras menolong saya.                   
 
Saya terkena jangkitan selepas dua minggu berada di ICU. Doktor-doktor yang merawat saya tahu bahawa mereka terpaksa membedah saya semula, tetapi bimbang saya tidak bersetuju. Namun, saya memberikan persetujuan dengan harapan ia akan membantu saya segera pulih dan mengakhiri penderitaan untuk cuba tidur bersama-sama segala macam tiub di leher, tangan, belakang dan dada saya.
 
Saya dibawa masuk semula ke dewan bedah pada 22 September. Walaupun pembedahan berjalan tanpa sebarang masalah, proses pemulihan sekali lagi sukar. Saya dilanda kemurungan dan berasa sangat tidak bermaya untuk meneruskan usaha pemulihan. Jadi, beberapa orang pelawat dibenarkan menemui saya untuk mengembalikan semangat saya. Mereka termasuklah rakan-rakan menunggang kuda; Mufti Perlis ketika itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas doktor peribadi saya, Datuk Dr Zainal Hamid. Hasmah turut membantu. Beliau membawa salah satu gambar saya yang paling diminatinya dan sambil menunjukkannya kepada saya, Hasmah berbisik yang beliau telah membawa lelaki itu ke hospital dan beliau akan membawanya pulang semula ke rumah. 
 
Hasmah jarang meninggalkan saya sepanjang berada di hospital. Beliau pulang ke rumah semalam sahaja pada bulan puasa untuk bersama-sama keluarga dan selebihnya beliau bermalam di hospital. Suatu hari, beliau jatuh tertiarap dari kerusinya akibat terlalu penat. Ini menyebabkan keadaan di ICU menjadi kelam-kabut, tetapi Hasmah berkeras mengatakan yang beliau tidak apa-apa dan cuma kepenatan.
 
Keseluruhannya saya menghabiskan masa 49 hari di IJN sebelum keluar pada 20 Oktober.Saya akui yang ada waktunya saya berasa seperti sudah di penghujung hayat. Malah, dari awal lagi saya sudah tahu apa yang menanti di hadapan. Jadi, pada hari saya dimasukkan ke IJN saya telah memberikan kepada Hasmah nombor kod beg bimbit yang mengandungi dokumen peribadi saya. Pada suatu ketika, apabila nampak tanda-tanda yang keadaan saya tidak akan pulih, Hasmah terfikir juga untuk membuka beg tersebut. Bagaimanapun apabila beliau memberitahu Mirzan mengenainya, Mirzan berkata yang masanya belum tiba dan eloklah beg itu tidak diusik.
 
Selepas menjalani dua pembedahan terakhir itu, saya mula memperoleh semula sebahagian besar tenaga saya. Namun, saya tetap mudah penat dan masih kekurangan berat badan. Inilah sekali dalam hidup saya apabila berat badan saya sukar hendak dinaikkan walaupun di negara kita, setiap orang cuba memaksa orang lain makan sehingga tidak boleh bangun.
 
Sewaktu saya menulis buku ini, tiga tahun sudah berlalu sejak pembedahan kedua. Proses pemulihan lebih perlahan daripada pembedahan pertama, tetapi berlaku secara progresif dan saya sekarang sudah cergas sepenuhnya.
 
Saya mula menunggang kuda semula dan menjadikannya kegiatan mingguan. Saya juga berjalan kaki apabila cuaca mengizinkan. Kalau tidak, saya akan menggunakan treadmill. Pada waktu pagi, saya melakukan senaman angkat berat. Pada Februari 2009, saya ke Argentina dan menghabiskan 10 hari menunggang kuda di padang rumput pampas pada setiap pagi dan petang.
 
Saya bekerja di tiga pejabat yang berlainan mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan sering menghadiri majlis makan. Kebanyakan waktu hujung minggu saya dihabiskan di luar. Saya juga akan ke luar negara sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memberi ceramah.
 
Walaupun sudah dua kali menjalani pembedahan jantung, secara amnya saya menikmati kesihatan yang baik. Ramai orang bertanya berulang kali mengenai stamina saya dan bagaimana saya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Saya menjawab secara berseloroh bahawa seseorang harus memilih ibu bapanya dengan berhati-hati.
 
Namun, soalan yang sama terus diajukan. Ramai percaya dan menyebarkan kepada orang lain yang kononnya saya menerima suntikan di Switzerland. Seorang wanita menegur saya di sebuah pasar raya dan bertanya adakah benar saya makan ubat berharga RM5,000 sehari. Ramai juga yang pergi ke farmasi di mana saya membeli vitamin dan mereka akan membeli apa sahaja yang saya beli.
 
Akhirnya, saya berjanji kepada mereka yang saya akan memberitahu segala-galanya di dalam memoir ini. Soalnya, apakah yang hendak saya beritahu? Orang akan kecewa kalau saya mula bercakap mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Mereka mahu sesuatu yang boleh menyelesaikan segala masalah serta-merta, tetapi malangnya tidak ada cara seperti itu. Bagaimanapun, ada perkara tertentu yang boleh membantu kita kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
 
Menjalani kehidupan yang cergas adalah penting untuk semua peringkat usia, terutamanya dalam tempoh persaraan. Setakat yang terdaya, saya cuba mengekalkan rutin kerja. Saya bangun awal untuk solat Subuh. Selepas bersolat, saya bercukur, menggosok gigi dan mandi air suam. Sebelum sarapan, saya membuat beberapa minit pernafasan panjang dan senaman ringan.
 
Sarapan saya juga ringan sahaja dan kemudian saya memulakan hari dengan menulis. Saya berasa kehilangan kalau tidak menulis sesuatu pada awal pagi. Bagi saya, menulis membantu menggerakkan otak dan menajamkan ingatan. Saya jarang melakukan senaman berat, khususnya pada waktu pagi hari bekerja. Saya menggunakan treadmill sekali-sekala, saya tidak berjalan kaki sekerap yang saya inginkan dan saya tidak bermain golf.
 
Kegemaran saya adalah menunggang kuda yang saya pelajari ketika berusia 60 tahun. Ia bermula apabila saya dijemput oleh Allahyarham Presiden Pakistan, Muhammad Zia ul-Haq bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan negaranya. Kami pergi ke tempat perarakan dengan kereta dan kemudian menaiki kereta kuda. Kami diiringi oleh pengawal berkuda Pathan yang berpakaian seragam tentera. Saya teruja dengan apa yang saya lihat dan mengambil keputusan untuk membeli dua ekor kuda dari Pakistan. Presiden Zia  mendapat tahu hasrat saya lalu menghadiahkan dua ekor kuda itu kepada saya. Maka saya pun mulalah belajar menunggang kuda di Kelab Menunggang dan Polo Selangor.
 
Perkara pertama yang saya pelajari mengenai kegiatan menunggang kuda adalah duduk tegak dan lurus di atas pelana. Ini sangat penting. Ia bertujuan untuk mengelak kita daripada sakit belakang. Saya fikir, ia turut membantu saya berdiri tegak dan tidak membongkok walaupun usia saya sudah melepasi 80 tahun. Apabila kita bongkok, kita akan nampak tua.
 
Saya juga mempunyai tabiat berjalan seperti orang berkawat. Kebanyakan orang yang berusia 80 tahun umumnya akan berjalan lebih perlahan. Malah, ada yang terketar-ketar dan mengheret kaki. Orang yang lebih muda biasanya suka membantu orang tua bangun, berdiri, berjalan dan memanjat anak tangga. Kadangkala, orang tua pun suka dibantu. Mereka sukakan perhatian dan sikap prihatin anak cucu mereka. Kalau kita membenarkan diri kita dibantu, ia boleh menjadi tabiat. Selagi boleh dan terdaya, eloklah kita cuba mengelak daripada dibantu. Ini membuatkan kita nampak seperti orang muda. Lagipun, ia baik bagi otot dan imbangan kita.
 
Saya juga cuba tidur secukupnya, iaitu enam jam pada waktu malam, dan kalau boleh, di atas katil yang sesuai. Selepas makan tengah hari, saya akan melelapkan mata selama 15 minit sambil duduk di atas kerusi yang selesa dengan menegakkan kepala. Saya membuat rutin yang sama apabila dalam perjalanan atau jika tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan. Melelapkan mata sebentar sambil duduk amat penting. Jika kita berbaring, kita akan bangun dalam keadaan terhuyung-hayang dan tidak dapat bekerja.
 
Di samping kemampuan saya mencuri masa untuk melelapkan mata buat seketika, pengalaman saya sebagai seorang doktor turut membantu saya bekerja dalam tempoh waktu yang lama ketika menjadi Perdana Menteri. Selepas tidur sepanjang penerbangan, saya boleh terus bekerja. Lagipun apabila melawat negara asing, saya tidak ada masa untuk berehat. Sebaik sahaja turun kapal terbang, saya akan terus bertugas. Kalau nasib baik, bolehlah berehat sebentar sementara menunggu pagi.
 
Yang lebih penting, kita mesti bersenang hati kalau mahu kelihatan muda. Kegembiraan bercinta adalah yang paling nyata. Memanglah sukar untuk berasa gembira setiap masa, tetapi kalau kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati setiap kali bangun pagi, kita akan berasa gembira. Memanglah ada masalah yang perlu diatasi dan kesedihan untuk dirasai, namun tentu ada sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Bagi saya, sejak dulu dan lebih-lebih lagi sekarang, dapat bangun setiap pagi adalah anugerah paling besar.
 
Jadi, saya tidak ada rumusan khas untuk kelihatan lebih muda daripada usia saya. Orang yang mengharapkan saya agar memberitahu mereka nama bahan awet muda (elixir) untuk kelihatan muda yang saya guna, akan berasa hampa kerana saya tidak ada ramuan itu. Hakikatnya, ia tidak wujud pun.

Melintas Siratul Mustaqim

Setiap 1000  orang  makhluk  yg  melewati Jambatan Siratal Mustaqim, hanya 1  orang  saja  yang  berhasil  lolos   masuk ke syurga  ??    😭😭😭   
 ...

BAGI YANG ISLAM. RUGI KALAU TAK BACA*.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis salam dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu karena pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Seluruh makhluk terkejut melihat ukuran malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukit hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasakan kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bernama Al-Kautsar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan,  dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi

Hadnan Yasim:
. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Subhanahu Wa Taala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk karena mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Allah yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang senantiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi yaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala karena takut. Lalu dimulailah timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada izinan Allah Subhanahu Wa Taala.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Allah untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berhasil dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratal Mustaqim ialah jembatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jembatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka senantiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri siratal mustaqim mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti siratal mustaqim,  hanya seorang saja yang brrhasil melaluinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sunday, May 27, 2018

Prasangka




Prasangka itu bergantung kepada keyakinan (trust) dan percaya (believe) kita. Fitrahnya kita adalah seandainya kita yakin sesuatu itu baik, pasti prasangka kita baik. 

Prasangka yang dibuat-buat pasti wujud penentangan dari jiwa. Dan jiwa tidak akan mengikut apa yang dikatakan oleh fikiran selagi sesuatu itu menjadi realiti seperti apa yang difikirkan.

Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka.’ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan yang disabdakan oleh Rasulullah adalah menggambar keadaan hati kita kepada Allah. Ia bergantung kepada keyakinan kita. Sangkaan yang dibuat-buat tanpa ada keyakinan pada Allah sebenarnya tetap tidak mampu membina keyakinan hati.

Lalu persoalannya, bagaimana untuk membina keyakinan? 
Sentiasalah sedar dalam bersyukur. Ketika kita melalui hidup ini setiap saat kita tidak pernah terlepas walau sesaat pun menerima rahmat Ilahi. 

Bersyukurlah kepada Allah dalam kesedaran kepadaNya. Bukan kepada "benda" atau "perkara" yang kita miliki. Tapi kepada Yang Maha Pemberi "benda", "perkara" dan juga kejayaan iaitu Allah SWT.

Dengan bersyukur, keyakinan kepadaNya akan terbina dan kita akan sendiri berprasangka baik pada Allah.

[note]: Dulu saya juga faham dengan membina prasangka baik kepada Allah. Namun hati tetap tidak kuat yakin pada Allah. Namun setelah saya faham apakah yang dimaksudkan dengan prasangka dan kaitannya dengan yakin, Alhamdulillah barulah prasangka baik benar-benar datang dari hati yang yakin. Tidak lagi direka-reka.

Jika direka realitinya pasti ada penentang dari hati. 

Ini adalah pengalaman sendiri. Ramai pakar motivasi hanya sekadar meminta kita untuk prasangka baik pada Allah untuk membina keyakinan. Mereka mampu melakukan kerana hati mereka sebenarnya SUDAH SEDIA yakin pada Allah. Bagi diri kita yang yakin masih tidak kuat.. pasti ada penentangan antara fikiran dan hati. 

Di sinilah saya keluar dari belenggu ini dengan memahami sebenarnya prasangka baik hadir dari keyakinan yang baik. Prasangka itulah menunjukkan keadaan hati kita. Prasangka buruk sebenarnya menggambarkan hati yang tidak yakin.

Sebenarnya yang perlu dipertingkatkan adalah keyakinan kita. Caranya adalah dengan bersyukur. Nanti pasti akan wujud prasangka yang baik dari keyakinan yang baik. Tidak perlu dibuat-buat.

Hubungan kita dengan suami/isteri serta kawan-kawan semuanya dari hati yang yakin. Seandainya tidak yakin, pasti kita tetap ada prasangka buruk walaupun fikiran cuba berulang-ulang untuk prasangka baik (affirmation). Ternyata gagal dengan prasangka yang dibuat-buat tidak berlandaskan keyakinan.

Sekadar perkongsian atas pengalaman.

Wallahualam

Fuad Latip 
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
24 November 2011

Saturday, May 26, 2018

Senyumlah


SENYUM...

☆ Ringan, tak bersuara tapi penuh bermakna
☆ Murah, tapi tak ternilai harganya
☆Tak perlu tenaga, tapi besar motivasinya
☆ Mudah, tapi selalu nampak indah
☆ Satu hal yang biasa, tapi boleh jadi istimewa
☆ Ibadah yang paling mudah, tapi pahalanya setara sedekah.

Ulama berkata:
"Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kaffarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. 

Tapi sesetengah kita tidak sedar, pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).

Contohnya:

Marah-marah atas perkara yang kecil seperti bila tersangkut dalam kesesakan lalulintas atau kelewatan.

Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya. 

Kita tidak sedar kesan marah-marah itu. Selalunya kita mengaku kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berbeza.

Sebab apa? Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah.

Hamba wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari-Nya. Allah Maha Mengetahui.

Renungi diri...
Kita akan tahu siapa diri kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. 

Cermin diri, perbaikilah hubungan dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.

Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan 'La hawlawala Quwwata illa billaah' bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.

Hamba Yang Perkasa Ibadah




Daku bukan yang terbaik, hanya seorang pendosa yang ingin kembali menjadi HAMBA ALLAH.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi”. 
(Hadits shahih diriwayatkan oleh at-Tirmidzi).

Al Fatihah buat diriku. Semoga aku sampai ke hujung Ramadhan dan menjadi Ramadhan terbaik dalam hidupku.

⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫

Dialog cepumas:

P1 : Kenapa jenguk keluar tingkap?
P2 : Nak tengok hujan.
P1 : Tak pernah tengok hujan ke?
P2 : Nak gunakan masa hujan turun untuk
        berdoa.

P1 melihat hujan hanya sekadar hujan.

P2 menganggap hujan itu rahmat Allah yang turun dan mesti diguna sebaik mungkin.

Berdoa ketika hujan turun setelah selesai solat pada awal waktu dalam keadaan sedang berpuasa di waktu Asar ketika berlaku pergantian malaikat siang dan malaikat malam.

Semoga Allah makbulkan doa yang panjang itu. Semoga setiap nama yang disebut mendapat keampunan dan kebaikan.
Aamiin Allahumma Aamiin.






ALLAH ﷻ memperkenalkan keindahan alam semesta-Nya kepada kita dari keturunan Adam 'Alaihis-Salam.

Semakin kita dekati hal-hal yang diredhai-NYA maka semakin DIA menjadi indah. Semakin kita dekati Cahaya-NYA, semakin terang hati kita, semakin kita dekati hal-hal yang gelap, maka semakin gelap pula hati kita.

Apa yang dibawa oleh Nabi ﷺ mampu mengindahkan keadaan kita di dunia dan akhirat. Oleh itu kita harus mengikutinya.

Kita munculkan Cahaya Keagungan ALLAH ﷻ di lidah dan di dalam jiwa sehingga ia dapat mempengaruhi seluruh panca indera kita.

Semoga ALLAH ﷻ memakmurkan hari-hari kita, melimpahkan kemuliaan dan keluhuran bagi diri kita, dan memandu kita ke arah yang lebih baik. 

Ya Rahman Ya Rahim, kami adukan keadaan kami yang lemah dan serba kekurangan dari segi keta'atan kepada-MU. Ilhamkan kepada kami apa jua yang boleh meningkatkan iman kami. Berilah kami kekuatan rohani supaya kami dapat melakukannya secara istiqamah. Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim, inilah munajat, inilah doa kami.

الله الله، اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

Marilah kita perkasakan ibadah, dan mengubah segala apa yang kurang. Kita mulakannya di Ramadan ini, Penghulu Segala Bulan.

1MDB - Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia



Pada 22 Jun 2015, Xavier Justo, bekas pegawai bank Swiss berjalan menuju ke pintu hadapan hotel butik baru miliknya di Koh Samui, sebuah pulau tropika Thailand. Dia telah menghabiskan masanya sejak tiga tahun lalu untuk mendirikan kompleks chalet dan apartmen mewah yang dibina menghadap laut. Justo mahu memulakan operasi hotelnya namun dia masih belum memiliki lesen.

Lelaki itu telah berada di Thailand sejak 4 tahun yang lalu, selepas dia meninggalkan dunia perbankan di London. Pada tahun 2011, dia bersama teman wanitanya, Lauren bermotosikal mengelilingi negara itu. Dua tahun selepas itu, mereka berdua berkahwin di sebuah pantai terpencil yang indah. Pasangan itu kemudiannya memilih untuk tinggal di Koh Samui, lokasi tumpuan pelancong yang terletak tidak jauh dari bandar Bangkok. Justo cuba menjalankan pelbagai perniagaan dan dia akhirnya memutuskan untuk memulakan perniagaan perhotelan. Dia membeli sebidang tanah serta sebuah rumah agam dan kemudian mula membina sebuah gym, beberapa villa dan sebuah padang tenis di rumah itu.

Pada satu petang di bulan Jun, Justo sedang menanti kedatangan pihak berkuasa pelancongan untuk menandatangani kertas kerja berkenaan hotelnya. Sebaliknya, dia dikejutkan dengan kehadiran pasukan polis Thai yang lengkap bersenjata dan merempuh masuk pintu rumahnya yang tidak berkunci lalu memberkas Justo dengan serta merta. Pihak polis menggari Justo dengan menggunakan gari plastik dengan begitu ketat sehingga pergelangan tangannya berdarah. Anggota polis itu turut masuk ke pejabat Justo, mencabut komputer dan mengosongkan kabinet-kabinet miliknya.

Setelah Justo meringkuk di dalam lokap selama dua hari, dia diterbangkan ke Bangkok dan diperlihatkan kepada pihak media seolah-olah dia adalah seorang ketua mafia. Tampil bersahaja, Justo masih berseluar pendek dan mengenakan selipar sambil diiringi oleh empat orang komando yang membawa mesingan. Sementara itu, empat orang pegawai senior polis Royal Thai menerangkan kepada para wartawan tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap Justo.

Justo didakwa atas cubaan memeras ugut bekas majikannya, sebuah syarikat minyak di London, PetroSaudi. Bagaimanapun, di sebalik dakwaan ini, terdapat sebuah kisah yang lebih menggemparkan.

Enam bulan sebelum tangkapan dibuat, Justo telah menyerahkan beribu-ribu dokumen serta 227,000 emel daripada sistem pelayan komputer bekas majikannya, Petrosaudi, kepada seorang jurnalis bernama Clare Rewcastle Brown. Maklumat tersebut kemudiannya membongkarkan kes pecah amanah bernilai ratusan juta dollar oleh syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan Malaysia yang turut dikenali sebagai 1MDB.

Dokumen-dokumen yang dibocorkan oleh Justo itu seterusnya telah mencetuskan rangkaian tindak balas yang membuka kepada siasatan oleh sekurang-kurangnya enam buah negara. Hal ini dilihat sebagai “kes penyelewengan terbesar” dalam sejarah AS, menurut pandangan Loretta Lynch, Peguam Negara Amerika Syarikat.

Menurut tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), sekurang-kurangnya USD3.5 billion telah dicuri dari tabung 1MDB. 1MDB ialah sebuah badan pelaburan strategik yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 2009. Badan itu ditubuhkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara itu di mana kadar pendapatan mediannya adalah kira-kira RM1500 sebulan. Sebaliknya, DOJ mendakwa dana yang hilang itu terkait dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia. Mereka itu juga dilihat telah berbelanja secara mewah di serata dunia. Jabatan Keadilan AS turut mendakwa Najib ada menerima wang tunai sebanyak USD681 juta dari 1MDB – bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan itu. Pihak AS juga mendakwa dana berkenaan turut digunakan untuk membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, sebuah rumah agam di Los Angeles, lukisan-lukisan Monet, sebuah jet korporat dan pembiayaan sebuah filem Hollywood.

Jabatan Keadilan AS mengkelaskan dakwaan penyelewengan itu kepada tiga fasa: Pertama, wang penipuan USD1 billion di bawah “pelaburan palsu dalam usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi”; kedua, sejumlah USD1.4 billion yang dijana oleh Goldman Sachs dalam penerbitan bon, disalahguna dan wang itu disalurkan secara tidak sah kepada syarikat pesisir Swiss; fasa ketiga pula menjelaskan USD1.3 billion merupakan dana dari Goldman Sachs dan disalurkan ke sebuah akaun di Singapura.

“Beberapa orang pegawai 1MDB menggunakan dana awam seolah-olah seperti akaun bank peribadi mereka,” kata Lynch di dalam satu sidang akhbar. “Para konspirator itu menggubah wang yang dicuri mereka melalui rantaian transaksi yang kompleks dan beberapa syarikat cengkerang, yang mempunyai akaun bank di seluruh dunia termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.” PetroSaudi, yang tidak terlibat dalam tindakan undang-undang As itu, menolak dakwaan oleh AS. Menurut PetroSaudi, dakwaan DOJ mengenai perampasan aset itu adalah tidak lebih dari “tuduhan tanpa asas”

Najib, yang telah menggunakan segala kuasanya untuk menepis siasatan yang dilakukan terhadap skandal ini–beliau menafikan tuduhan itu–namanya tidak disebut dalam dakwaan AS itu, di mana beliau hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”. Namun lelaki yang memainkan peranan utama dalam skandal ini adalah Jho Low, 29 tahun, merupakan kenalan kepada anak tiri Najib dan pemuda ini menjadi penasihat kepada Najib. Beliau dilihat sering berparti bersama Lindsay Lohan dan Paris Hilton–memanggil pegawai Goldman Sachs dengan panggilan “bro”, menurut DOJ–didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai dalang yang mengepalai pencurian dana USD2 bilion dari 1MDB yang disalurkan ke akaun-akaun bank di Switzerland, Singapura dan Virgins Islands. Low menjelaskan bahawa beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak pernah disiasat.

Teman rapat Low ialah Riza Aziz, anak tiri Najib. Riza menerbitkan filem The Wolf of Wall Street–filem Martin Scorsese mengenai korupsi, kemerosotan moral dan ketamakan–nama Riza dan Low disebut dalam ucapan penghargaan oleh Leonardo DiCaprio semasa pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Anugerah Golden Globes. Pada tahun 2011, Low membeli 20% pegangan saham dengan nilai sebanyak USD102 juta di dalam EMI, sebuah syarikat penerbitan muzik terbesar di dunia–pada tahun sama, beliau membeli sebuah penthouse mewah bernilai USD30 juta untuk bapanya di Time Warner Center di Manhattan yang menghadap Central Park. Syarikat penerbitan filem Riza mengatakan: “Tiada sebarang perkara yang tidak wajar tentang Red Granite Pictures atau sebarang aktiviti perniagaan Riza.”

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai dakwaan lain turut disebut di dalam tindakan undang-undang AS itu yang telah memperincikan sebuah rompakan yang sungguh hebat, yang dilakukan oleh para konspirator yang menggubah berbilion wang rakyat Malaysia melalui akaun-akaun luar pesisir dan syarikat cengkerang di kawasan perlindungan cukai seperti Seychelles dan British Virgin Island. Skala perniagaan itu mengingatkan kepada kata-kata Balzac, di sebalik kehebatan harta kekayaan pasti ada jenayah yang hebat juga.

Usaha di peringkat antarabangsa untuk mendedahkan kehilangan dana berbilion dolar bermula dengan Xavier Justo. Justo telah membocorkan 90GB data, termasuk 227,000 emel daripada bekas majikannya iaitu PetroSaudi, sebuah syarikat minyak yang menandatangani perjanjian pertama bersama 1MDB. (PetroSaudi telah menafikan mereka melakukan sebarang salah laku) Tanpa dokumen-dokumen tersebut, tiada siapa yang boleh mengambil tindakan.

Hubungan Justo dengan PetroSaudi bermula dari hubungan baik Justo dengan salah seorang pemilik syarikat itu, seorang warga Saudi bernama Tarek Obaid. Dua lelaki ini bertemu pada akhir 90-an, apabila mereka berdua berparti di sebuah kelab malam di Geneva. Pada tahun 2006, mereka rapat bagai isi dan kuku: Justo berjaya sebagai seorang ahli perniagaan yang menguruskan firma khidmat kewangan, Fininfor dan merupakan pemilik kelab malam yang bernama Platinum Club di Geneva. Justo menganggap Obaid seperti “adiknya” dan pada tahun 2008, Justo memberi pinjaman wang sebanyak US$30,000 kepada temannya itu serta menawarkan pekerjaan kepadanya di pejabat Fininfor untuk memulakan operasi PetroSaudi.

Obaid dan Justo merupakan pasangan yang aneh, mereka menjadi baik kerana berkongsi cita-cita menjadi kaya. Justo yang merupakan anak lelaki kepada imigran Sepanyol ke Switzerland, tidak pernah menuntut di universiti. Obaid pula merupakan graduan dari School of Foreign Service, sebuah sekolah berprestij di Georgetown University. Abangnya, Nawaf, berkhidmat sebagai penasihat khas kepada duta Saudi ke UK. Pemilik bersekutu PetroSaudi, Prince Turki bin Abdullah, ialah anak ketujuh kepada King Abdullah bin Abdulaziz, pemerintah Arab Saudi sejak 2005 hingga tahun kematiannya pada 2015.

Apabila Justo meninggalkan Geneva pada tahun 2009, PetroSaudi menjadi sebuah entiti yang beroperasi di London pada satu alamat dan menjalankan sebuah perniagaan rahsia yang tidak diketahui berhampiran Victoria. Dua tahun selepas itu, syarikat itu memiliki aset bernilai USD1.83 bilion.

Urusan perniagaan PetroSaudi adalah sejenis kapitalisme capaian: mengambil peluang dengan bantuan rakan-rakan yang berpengaruh. Idea asalnya adalah untuk mendapatkan keuntungan minyak yang dijana oleh firma-firma milik-negara di negara-negara membangun–khazanah kekayaan yang akan didapatkan oleh sebuah firma yang menjadi “sarana keluarga diraja Saudi”, serta mengharapkan “sokongan padu daripada kor diplomatik kerajaan”. PetroSaudi memberitahu bakal rakan kongsinya bahawa mereka menguasai telaga minyak di tengah Asia, yang akan digunakan sebagai cagaran untuk meminjam wang daripada negara-negara pelabur.

Cadangan sebegitu membolehkan pemilik PetroSaudi dapat mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2009. Mereka menaiki kapal layar mewah berukuran 92m di pinggir pantai Monaco. Obaid dan Prince Turki menghabiskan masa seharian bersama Najib, penasihatnya Jho Low dan turut disertai oleh ahli keluarga Perdana Menteri. Beberapa keping gambar diambil semasa pertemuan itu berlangsung memperlihatkan suasana santai–bertopi besbol dan berseluar pendek–namun perbincangan mereka kelihatan serius. Hasil pertemuan itu, Low dan Obaid mula bekerjasama dalam satu perjanjian yang membolehkan mereka mengawal sejumlah wang yang sangat besar.

Meskipun Low tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan Malaysia, beliau dilihat menjadi orang yang dipercayai oleh Perdana Menteri. Dalam usianya yang masih muda, Low telah menjadi pemain utama dengan kerjasama Goldman Sachs dalam usahanya untuk mewujudkan satu dana berdaulat bagi tujuan pelaburan menggunakan hasil keuntungan minyak Malaysia.

Semasa Najib dan Low menaiki kapal layar bersama pemilik PetroSaudi, kerajaan Malaysia mengambi alih dana itu– dan ditukar namanya kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan diberikan mandat untuk mempromosi pembangunan ekonomi di Malaysia. Badan itu memiliki dana lebih daripada USD1 billion untuk dibelanjakan. Perdana Menteri Malaysia, Najib, mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mempersetujui sebarang operasi pelaburan serta kuasa melantik dan memecat ahli lembaga dan pihak pengurusan. Low berperanan untuk memperlicinkan transaksi–menurut DOJ, dia malahan turut menghadiri mesyuarat-mesyuarat 1MDB dan menjadi perantara bagi Najib.

Perjanjian pertama dana itu dibuat beberapa minggu selepas pertemuan bersama PetroSaudi berlangsung–sebuah usaha sama melibatkan USD2.5 billion antara PetroSaudi dan 1MDB ditandatangani Najib semasa beliau melawat Arab Saudi pada September 2009. Laporan media melaporkan usaha sama itu akan “melakukan pelaburan strategik dalam projek berimpak besar” dan “membuktikan keyakinan Arab Saudi terhadap Malaysia”.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, perjanjian itu adalah sekadar “lakonan” untuk “muslihat pemindahan wang bernilai lebih dari USD1 billion dari akaun 1MDB ke akaun bank di Swiss” yang berada di bawah kawalan Jho Low–“pemuda berusia 29 tahun yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi bersama 1MDB atau PetroSaudi”. PetroSaudi sentiasa menegaskan bahawa semua dana 1MDB telah dibayar kepada entiti-entiti pemegang saham syarikat itu.

Urusan perjanjian usaha sama bernilai berbillion dollar itu berlaku dengan sangat pantas–tidak sampai sebulan. Tidak lama selepas pertemuan di atas kapal layar itu, pada 28 Ogos 2009, Obaid memperkenalkan Low kepada Patrick Mahony – seorang pengarah syarikat yang mengendalikan urusan perniagaan PetroSaudi. Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh The Guardian, Low dan Mahony bertemu pada satu sesi makan tengah hari di New York pada 9 September untuk berbincang mengenai usaha sama terbabit.

Selepas makan malam di Masa – sebuah restoran sushi di mana satu menu set berharga USD540 seorang–Mahony menghantar emel kepada Low sehari selepas pertemuan mereka dengan tawaran: “Kami tahu terdapat perjanjian yang sedang kamu perhatikan dan kamu mungkin mahu menggunakan PSI (PetroSaudi)… kami merasa senang hati untuk melakukannya. Cuma kamu perlu beritahu kami di mana.” PetroSaudi berkata dokumen yang dilihat oleh The Guardian itu tidak boleh dipakai, dicuri, palsu dan beberapa petikan dilakukan secara terpilih.

Kurang tiga minggu selepas itu, perjanjian itu dimeterai. PetroSaudi akan menyumbangkan sebanyak USD1.5 billion dalam bentuk aset minyak dan gas ke atas usaha sama berkaitan, manakala 1MDB akan menyuntik wang sebanyak USD1 billion dalam bentuk tunai.

Berdasarkan pemfailan oleh mahkamah AS, 1MDB memindahkan wang sebanyak USD300 juta ke dalam sebuah akaun usaha sama milik PetroSaudi. Tetapi, baki sebanyak USD700 juta telah dipindahkan ke akaun Swiss di RBS Coutts, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat cengkerang di bawah pendaftaran Seychelles bernama Good Star. Jabatan Keadilan AS mengemukakan tuduhan bahawa Jho Low, bukan PetroSaudi, ialah pemilik benefisial dan juga merupakan satu-satunya penandatangan yang berkuasa bagi Good Star. Pihak AS turut mendakwa pegawai-pegawai 1MDB memberi maklumat palsu kepada bank-bank terlibat tentang isu pemilikan akaun Good Star bertujuan untuk melencongkan dana USD700 juta itu.

Menerusi dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, pada 30 September 2009 PetroSaudi telah mengalihkan wang USD700 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat itu–tetapi tiga hari kemudian, apabila jabatan pematuhan di RBS Coutss meminta butiran lengkap mengenai nama akaun benefisial itu, alamat yang diberikan oleh 1MDB adalah akaun Good Star. Pada hari yang sama, 2 Oktober, Low menghantar emel kepada Mahony mengatakan “Akan “clear” tidak lama lagi”. PetroSaudi memberitahu The Guardian: “Tidak ada wang yang dimasukkan di dalam usaha sama dengan 1MDB itu disalahgunakan atau hilang. Pelaburan ini telah dibayar balik dengan keuntungan… Kesemua pemindahan wang dari 1MDB telah dibayar dan diluluskan sepenuhya oleh lembaga pengarah 1MDB.”

Berdasarkan dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, transaksi Good Star itu telah menjadikan Obaid yang ketika itu berusia 32 tahun, dan Mahony, pada usia 33, sangat kaya raya. Rekod menunjukkan pada 30 September 2009, Good Star telah bersetuju membayar USD85 juta kepada Obaid, yang dinyatakan oleh syarikat Seychelles sebagai bayaran bagi “khidmat broker”. Wang itu dimasukkan kepada Obaid di akaun Swiss JP Morgan. Pada masa yang sama, emel-emel dan dokumen guaman menunjukkan bahawa Mahony telah diberi kontrak sebagai “pengurus pelaburan” bagi syarikat Good Star. Pada 20 Oktober, Obaid menghantar emel kepada penghubungnya di JP Morgan untuk meminta wang sebanyak USD33 juta dipindahkan ke akaun milik Mahony.

Empat hari selepas itu, Mahony memulakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah syarikat luar pesisir untuk membeli sebuah rumah bernilai USD6.7 juta di Notting Hills–pada tarikh 12 November, kontrak rumah tersebut telah pun ditukar. Bekas pengurus bank itu membuat sebuah akaun bank bernombor di Switzerland, dan kesemua pembayaran bagi pembelian aset hartanah itu dibuat dari akaun ini, menerusi syarikat British Virgin Islands yang ditubuhkan oleh Mahony.

Bagi menjawab persoalan The Guardian, PetroSaudi memberitahu pembayaran yang dibuat kepada Obaid bukanlah upah sebagai broker dan pemindahan wang USD33 juta kepada Mahony tidak ada kaitan dengan usaha sama PetroSaudi – 1MDB.

Laura dan Xavier Justo langsung tidak menyedari perubahan kekayaan yang berlaku terhadap rakan mereka, Obaid. Pasangan terbabit sedang berjemur di laut Andaman di Thailand pada Disember 2009 apabila Obaid menghubungi Justo dan menawarkan jawatan sebagai pengarah di London bersama Petro Saudi. Dia memberitahu Justo bahawa syarikat itu telah mencatat kejayaan sekelip mata, bagaimanapun syarikat itu memerlukan bantuannya untuk lebih maju.

Pada mulanya, Justo menolak tawaran Obaid namun akhirnya berjaya dipujuk dengan janji-janji yang mewah. Menurut Justo, Obaid berjanji untuk memberinya gaji berjumlah £400,000, “jutaan bonus” dan manfaat seperti kondo di Mayfair, Central London yang nilai sewanya £10,000 seminggu. Justo pergi ke London pada musim bunga 2010 dan menjadi pengarah PetroSaudi pada bulan Jun. Walaupun demikian, Justo tidak mencampuri urusan perniagaan di Asia. Sebaliknya, pengarah baru itu diberi tugasan melancarkan satu operasi baru di Venezuela. Pada tahun 2011, dia banyak menghabiskan banyak masanya berulang-alik di antara London dan Caracas.

Di antara September 2010 dan Mei 2011, 1MDB bersetuju meminjamkan tambahan dana USD830 juta sebagai usaha sama dengan PetroSaudi–menjadikan jumlah pelaburan 1MDB meningkat kepada USD1.83 billion. Berkenaan pembayaran itu, pihak AS mendakwa pembayaran sebanyak USD330 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Swiss yang menurut mereka oleh Jho Low berdasarkan permintaan Obaid–di dalam aduan undang-undang AS itu, disebut sebagai “CEO PetroSaudi”.

Salinan emel dan rekod-rekod bank yang diteliti oleh The Guardian mendapati dalam tempoh sembilan bulan bermula September 2010, Obaid telah memindahkan $77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun rakan pemilik PetroSaudi, Prince Turki Abdullah. Menurut pihak berkuasa AS, rekod bank menunjukkan, pada musim bunga 2011, Prince Turki juga ada menerima wang sebanyak USD24 juta dari akaun bank Good Star yang dikawal oleh Jho Low–dan beberapa hari seterusnya, USD20 juta dari dana itu dipindahkan ke dalam akaun yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib.

Sementara itu, Jho Low semakin dikenali dalam dunia kelab-kelab malam di New York sebagai perunding untuk jutawan global–jurugambar merakam gambar Low meneguk Champagne bersama penyanyi R&B dan bintang popular Hollywood. Menurut pihak AS, Low membelanjakan USD100 juta dari transaksi usaha sama itu untuk membeli hartanah di Hollywood dan USD40 juta untuk membeli beberapa apartmen di New York. Pihak AS juga mendakwa dana yang digunakan untuk membiayai filem The Wolf of Wall Streets dapat dikesan secara langsung adalah wang berbillion dollar yang datang daripada akaun PetroSaudi.

Pada masa yang sama, Justo semakin tidak selesa bekerja dengan PetroSaudi. Menurut isterinya Laura, suaminya tidak gembira setelah mendapati dia cuma menerima separuh daripada jumlah gaji yang dijanjikan Obaid–keadaan semakin buruk apabila Justo mengetahui bonus bernilai jutaan pound yang dijanjikan buatnya itu tidak ditunaikan–sekadar enam angka dan bukan tujuh.

Selain itu, beberapa hal lain turut merunsingkan Justo. Dia mengadu kepada isterinya bahawa gajinya sering dibayar lewat, kadang kala dia tidak dibayar langsung. Tambahan pula, Justo perlu membayar sendiri sewa kondo yang sepatutnya ditanggung oleh majikannya.

Pada mulanya, Justo menganggap masalah ini sebagai kesilapan kecil– tiada sebarang unsur khianat dan cuma berlaku akibat kelemahan sistem kira-kira. Namun, Justo semakin berang dengan sikap Obaid. Justo memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa Obaid semakin bongkak selepas dia menjadi kaya raya. Justo turut terganggu seperti mana yang digambarkannya tentang perubahan drastik rakan lamanya itu–dia memberitahu orang lain tentang perubahan sifat Obaid yang semakin tidak rasional dan sering naik angin.

Hubungan persahabatan antara Justo dan Obaid semakin tegang dan akhirnya terputus selepas 12 bulan mereka bekerjasama dalam dunia korporat. Pada hujung tahun 2010, Justo tidak hadir dalam satu mesyuarat penting kerana dia terlepas penerbangan. Justo meminta maaf kepada Obaid namun rakannya itu ‘mengamuk” dan mula menghantar emel dan mesej ugutan.

Risau keadaan bertambah buruk, Justo mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Mac 2011. Obaid yang berang seterusnya menghantar emel dan menggelar Justo sebagai “sombong” dan “menunjuk pandai”. Pada bulan April, satu kata putus dibuat di Mayfair. Mahony dan Justo bertemu di bar Hotel Connaught dan mereka mencari penyelesaian untuk pemberhentiannya. Menurut Justo, Mahony bersetuju untuk membayar 6.5 juta Swiss franc sebagai pampasan peletakan jawatannya. Bagaimanapun, perbincangan panas mereka itu diganggu dengan panggilan telefon dari Obaid. Obaid memberitahu Mahony agar memberi 5 juta Swiss franc sahaja kepada Justo, setelah Justo bersungguh-sungguh merayu kepada Mahony sehingga dia mengalirkan air mata. Sehari selepas itu, Justo mendakwa dia diberitahu bahawa dia hanya akan menerima sebanyak 4 juta Swiss franc sahaja.

Justo menyimpan dendamnya, dan dia mengambil salinan data dari rangkaian pelayan komputer PetroSaudi. Pada September 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan PetroSaudi, Justo menghantar sebuah emel kepada Mahony. Justo meminta bayaran seperti yang telah dijanjikan terdahulu, dengan amaran bahawa dia memiliki fail berisi pelbagai maklumat tentang PetroSaudi. “Secara rasminya kelihatan yang indah-indah tetapi realitinya penuh dengan komisen, komisen dan komisen,” tulis Justo.

Di dalam beberapa balasan emel seterusnya, Mahony mendakwa Justo memeras ugutnya. Mahony memberi amaran kepada bekas rakan sekerjanya itu: “Apa yang merunsingkan aku ialah bagaimana aku melihat semua ini akan berakhir–iaitu kau akan musnah.”

Beberapa bulan selepas itu, semasa menikmati makanan Cina di London, seorang jurnalis yang pertama mendedahkan tentang skandal 1MDB mendengar khabar angin tentang pencurian yang dahsyat di Malaysia. Clare Rewcastle Brown menemui seorang individu di sebuah restoran di Bayswater. Individu itu menunjukkan tangkapan skrin dokumen dalaman daripada PetroSaudi: pada satu halaman bercetak, terdapat beberapa sorotan tentang urusan PetroSaudi dan 1MDB, di bawah tajuk “Beribu-ribu dokumen berkaitan dengan urusan itu (emel, faks dan transkrip)”. Brown mengenali nama-nama pihak terlibat dan urus janji terbabit. Wanita itu amat terkejut. “Seperti ada bom meletus dalam kepada saya,” ujar Brown semasa mengimbas peristiwa itu. Serta-merta dia tahu bahawa ini adalah kisah yang menggemparkan.

Rewcastle Brown ialah pemberontak Inggeris yang klasik di tengah-tengah pusat kekuasaan. Beliau dilahirkan di kepulauan Borneo–yang merupakan sebahagian daripada Malaysia–ketika negara itu masih di bawah empayar British, di mana bapanya ialah seorang polis kolonial dan juga menjadi ketua perkhidmatan risikan tempatan. Abang iparnya, Gordon Brown ialah bekas perdana menteri British. Selepas bekerja bersama BBC, pada 2010, wanita itu menubuhkan Sarawak Report, sebuah laman web yang didedikasikan untuk mendedahkan aktiviti korupsi yang berlaku di tanah kelahirannya.

Bekerja dari dapur kecil di rumahnya yang terletak di tengah kota London, Brown menerbitkan satu demi satu laporan yang mendedahkan korupsi yang berlaku dalam industri pembalakan dan minyak di Malaysia yang merosakkan tanah dan hutan negara demi mengaut keuntungan. Emel jurnalis itu diceroboh dan dia menerima ugutan bunuh. Bagaimanapun, wanita itu tetap bertahan dan meneruskan usahanya. Pada awal 2013, ahli politik Malaysia melabel beliau sebagai “musuh negara”. Tidak gentar, Brown menganggap jolokan itu sebagai pujian buatnya. Dari dekat wanita ini menunjukkan campuran sifat melulu dan juga berani, atau hampir-hampir sembrono. Motonya adalah: “Saya hanya mahu mendapatkan berita.”

Sejurus perjumpaan di Bayswater, Rewcastle Brown nekad mahu mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB. Halangan pertamanya ialah wang kerana sumber pemberi maklumat dari PetroSaudi meminta wang berjuta sebagai bayaran untuk maklumat terbabit.

Cabaran lain dihadapinya ialah tiada jurnalis lain dari Malaysia yang mahu menyentuh isu itu. Di Malaysia, Perdana Menteri, Najib Razak baru memenangi pilihanraya yang sengit dan beliau mempunyai kuasa dan pengaruh hebat. Khabar angin mula tersebar mengenai kewujudan dokumen-dokumen disembunyikan oleh PetroSaudi – ada yang mendakwa mafia Russia menjadi dalang di sebalik pemindahan data itu. Selain itu, ada yang membuat spekulasi bahawa semua ini adalah perangkap semata-mata dan dirancang oleh perdana menteri untuk menjerat para pengkritiknya.

Tidak berputus asa, Rewcastle Brown mengatur pertemuan dengan perantaranya untuk berjumpa dengan sumber maklumatnya di Thailand. Pada Oktober 2014, Brown menuju ke lobi Hotel Plaza Athénée di Bangkok. Dia memberitahu suaminya dia bakal bertemu dengan “lelaki Swiss yang botak dan memakai cermin mata”. Sebaliknya, Xavier Justo yang muncul di foyer hotel – bertubuh sasa dengan ketinggian 6 kaki 6 inci. Rewcastle Brown akhirnya bertemu dengan “lelaki yang berfizikal tegap dan elegan”. “Oh Tuhan,” katanya. “Lelaki ini boleh membelasah aku”

Justo mengakui dirinya turut risau seperti Brown. Menurut Rewcastle Brown, Justo kelihatan “sangat gugup” dan berulang kali mengingatkannya “kita berhadapan dengan orang-orang yang tiada berhati perut, mempunyai wang yang banyak dan sangat-sangat berkuasa – mereka boleh mengapa-apakan kita sesuka hati”.

Justo memberitahu Brown dia mahukan USD2 juta bagi pertukaran maklumat dokumen PetroSaudi-1MDB. Tambahnya lagi, jumlah itu adalah wang yang sepatutnya dia perolehi apabila dia meninggalkan PetroSaudi.

Walaupun Justo berkongsi beberapa maklumat semasa pertemuan itu, dia nekad: jika tiada wang tunai, maka tiada data untuk dikongsikan. Rewcastle Brown perlu mencari individu berharta yang mampu membayar sejumlah wang agar dia mendapat dokumen-dokumen itu.

Pada masa itu, konflik tentang 1MDB telah mula mendapat perhatian dan tersebar luas di Malaysia. Analisis kewangan menunjukkan bahawa dana tersebut gagal menjana wang yang cukup untuk membayar faedah bagi hutang bernilai berbillion dollar yang ditanggung badan itu. Ratusan juta yang telah dibelanjakan pada karya seni, barang kemas, hartanah, perjudian dan parti tidak memulangkan semula wang “pelaburan”. Pada 2014, pihak pembangkang mencemuh Najib dengan tuduhan dana kekayaan itu sepatutnya diberi nama baharu “1Malaysia Debts of Billions”.

Pada Ogos 2014, Najib menerima satu lagi tamparan. Mahathir Mohamad, tokoh politik dan bapa kemodenan Malaysia yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 sehingga 2003 mengumumkan bahawa beliau tidak lagi memberi sokongan kepada Najib, bekas anak didiknya itu. Selang beberapa minggu kemudian, Mahathir semakin lantang dalam mengkritik Najib. Beliau juga memberi amaran bahawa 1MDB akan mengakibatkan pertambahan kadar hutang Malaysia yang amat tinggi dan membahayakan.

Amaran bekas perdana menteri itu tidak diendahkan. Hutang dana itu semakin meningkat. Pada November 2014, 1MDB berhutang sebanyak USD11 billion. Najib yang mempengerusikan badan pelaburan itu, tampil bersahaja, dan memaklumkan kepada agensi berita negara bahawa pihak kerajaan tidak bertanggungjawab sekiranya 1MDB bankrup.

Krisis menjadi bertambah rumit namun Rewcastle Brown tetap meneruskan pencariannya bagi mendapatkan individu yang sanggup membayar Justo untuk mendapatkan dokumen-dokumen PetroSaudi-1MDB. Jurnalis itu mengenalpasti penerbitan The Edge, kumpulan media yang kerap melaporkan berita tentang skandal yang sedang berlaku di Malaysia itu. Brown merasakan bahawa dia telah menjumpai rakan sekutu yang berkemampuan lalu menghubungi pemilik the Edge, Tong Kooi Ong, seorang bekas ahli perbankan yang kini menjadi seorang hartawan dan memiliki syarikat dan kumpulan media.

Pada Januari 2015, Tong, Brown dan Justo menghadiri satu perjumpaan di sebuah hotel lima bintang, the Fullerton, Singapura. Tong menyewa sebuah bilik persidangan dan beberapa pakar IT turut menyertai mereka serta tidak ketinggalan, ketua editor the Edge, Kay At. Mesyuarat menyaksikan Justo menerangkan usaha sama yang dijalankan oleh 1MDB serta membuat kenyataan sama seperti yang dibuat oleh Jabatan Keadilan AS selepas 18 bulan pertemuan itu berlangsung: Wang pelaburan bernilai ratusan juta dollar yang sepatutnya diguna bagi tujuan pembangunan ekonomi di Malaysia telah disalurkan ke sebuah syarikat yang diasaskan di Seychelles. Dalang yang didakwa melakukan transaksi itu adalah Jho Low, yang juga merupakan penasihat dan kenalan kepada Najib.

Pendedahan besar ini sungguh bernilai. Oleh itu, Tong bersetuju untuk membayar USD2 juta kepada Justo. Justo akhirnya menyerahkan pemacu cakera berisi data itu kepada Tong dan Brown dengan serta merta. Namun, pembayaran wang dengan jumlah sebesar itu belum dibuat. Justo tidak mahu menerima wang tunai dan dia risau sekiranya pemindahan wang besar ke dalam akaunnya akan mendatangkan curiga. Tong menawarkan salah satu lukisan Monet miliknya sebagai cagaran – Justo tidak bersetuju dan berkata “tidak mengapa, saya percaya kepada kamu”. Rewcastle akhirnya berjaya mendapatkan segala dokumen yang diidam-idamkan sejak enam bulan lalu.

Pada 28 Februari 2015, Brown menerbitkan kisah gempar itu di laman webnya dengan tajuk yang menarik perhatian: “Rompakan Terbesar Abad Ini!” Artikel itu melaporkan susunan peristiwa bagaimana wang USD700 juta boleh lesap dari tabung 1MDB dan bagaimana wang itu dipindahkan ke pelbagai akaun syarikat asing dan bank Swiss.

Artikel Brown itu memberi impak ke seluruh dunia. Persoalan sumber kekayaan dan perbelanjaan mewah Low bagi apartmen-apartmen di New York kini hampir terjawab apabila pihak penguasa undang-undang di US mendapat pendedahan daripada artikel ditulis Brown.

Ketika membuat kajian tentang cerita itu, Rewcastle Brown berkerjasama dengan Sunday Times yang membantu untuk merungkai maklumat yang diberi oleh Justo. Akhbar itu seterusnya mengadakan sesi temu bual bersama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir. Mantan perdana menteri itu mengarahkan penyiasatan dan audit sepenuhnya dilakukan secara serta merta. “Seseorang pasti melakukan tindakan bodoh sehingga USD700 juta dilepaskan tanpa sebarang sebab yang kukuh,” ujar Mahathir.

Respons pantas diterima dari Malaysia. Pada 1 Mac 2015, pihak pengurusan 1MDB mendakwa mereka telah menarik diri dari usaha sama itu pada tahun 2012. 1MDB juga telah menerima balik semua dana pelaburan dan tambahan keuntungan sebanyak USD488 juta. PetroSaudi mendakwa USD700 juta telah dipindahkan ke “entiti dimiliki PetroSaudi” – dalam kata lain, membidas bahawa syarikat yang dikawal oleh Jho Low pernah menerima bayaran dalam perjanjian tersebut.

Tidak lama sebelum Rewcastle membocorkan maklumat diperolehinya, bon 1MDB telah mula merosot dengan teruk. Selepas dana £200 juta digunakan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB, Najib akhirnya akur dengan arahan penyiasatan dilakukan oleh ketua audit negara dan jawatankuasa kira-kira wang negara. Tidak lama selepas penyiasatan bermula, bank negara dan suruhanjaya pencegahan rasuah turut melakukan siasatan. Selain itu, ketua polis negara dilaporkan membuat kenyataan bahawa perdana menteri mungkin bakal disoal siasat.

Najib seterusnya memperkukuh kedudukannya. Beliau memiliki kuasa besar sebagai seorang perdana menteri merangkap menteri kewangan: pada bulan April, pihak kerajaan mula mengharamkan dan mengenakan penalti dan menafikan hak kebebasan bersuara, terutamanya melalui media sosial. Lima eksekutif dari Kumpulan Media The Edge milik Tong – yang menerbitkan laporan terperinci mengenai perjanjian bersama PetroSaudi – ditahan di bawah akta hasutan. Kerajaan turut memperkenal undang-undang baru, yang hanya kononnya akan mensasarkan kepada pengganas, seterusnya membenarkan suspek ditahan serta merta. Pada Julai 2015, portal berita the Edge pula diharamkan.

Skandal yang semakin mendapat liputan meluas tidak menggoyahkan Perdana Menteri, Najib. Pada 2 Julai, Rewcastle Brown dan Wall Street Journal melaporkan penyiasatan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia menemukan USD681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 melalui bank-bank, agensi dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Selang beberapa hari, pejabat 1MDB diserbu oleh penyiasat berkaitan.

Najib kini menjadi sasaran korupsi berkaitan tuduhan kehilangan berbillion wang dari dana badan pelaburan yang dipegangnya. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dahulunya menyokong kepimpinan Najib, telah menyoal Najib secara terbuka tentang isu dana yang hilang. Najib kian tersepit.

Pada pagi Isnin, 28 Julai, peguam negara, Abdul Gani Patail–seorang loyalis parti yang dahulunya beliau sering menentang pihak pembangkang perdana menteri itu–tiba di pejabatnya untuk menyiapkan pendakwaan mahkamah tentang tuduhan korupsi yang dikenakan ke atas Najib. Kertas pendakwaan itu kemudiannya diperoleh dan diterbitkan oleh Rewcastle Brown, sepatutnya akan digunakan untuk mendakwa perdana menteri atas korupsi hasil daripada siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB.

Peguam negara tidak sempat membuat pertuduhan itu. Setiba di pejabatnya, Abdul Gani dilucutkan dari jawatannya. Dalam satu kenyataan, Najib menjelaskan peguam negara itu ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan. Selain itu, beberapa individu turut digugurkan jawatannya, iaitu ketua bahagian cawangan khas dan timbalan perdana menteri. Sementara itu, empat ahli jawatankuasa kira-kira negara pula dinaikkan pangkat ke jawatan di kabinet. Mereka tiada pilihan serta tidak boleh meneruskan siasatan yang telah mereka jalankan. Lebih buruk, segala siasatan jawatankuasa itu diisytiharkan digantung. Keesokan harinya, satu kebakaran misteri berlaku di ibu pejabat polis, di mana rekod-rekod jenayah kolar putih itu disimpan.

Sekali lagi Najib berjaya mengawal keadaan.

Tindakan tegas yang dibuat Najib menyerlahkan sifat Najib yang tiada belas kasihan. Bagaimanapun, skandal ini masih boleh dirungkai oleh Xavier Justo. Justo bukan sahaja membocorkan maklumat tentang perjanjian IMDB dengan PetroSaudi. Malahan, lelaki itu berpotensi menjadi saksi utama dalam pembicaraan mahkamah melibatkan skandal kewangan itu di masa depan.

Sejurus Justo ditahan atas dakwaan peras ugut, dia diterbangkan ke Bangkok pada Jun 2015 dan diletakkan bersama 70 banduan lain. Lantai penjara itu berbau hancing dan ruangan sempit menyebabkan para banduan tidak dapat tidur dengan selesa. Menurut Laura, isteri kepada Justo, pelawat pertama yang mengunjungi suaminya ialah bekas rakan sekerjanya dan pengarah PetroSaudi, Patrick Mahony. Mahony kelihatan tenang dan bersahaja dan dengan tersenyum memberitahu Justo dia datang untuk membantu.

Laura berkata Mahony menawarkan perjanjian dengan Justo: “mengaku salah dan PetroSaudi akan membawa kau keluar dari sini pada hujung tahun nanti”. Justo menerima tawaran itu dengan berat hati. Dia menandatangani surat pengakuan – tanpa kehadiran peguam – menyatakan bahawa dia telah membuat cubaan memeras ugut bekas majikannya dan meminta maaf kepada Mahony dan Obaid “atas tekanan dan kegelisahan mereka yang berpunca daripada saya”. Laura menambah, seorang individu yang mengaku sebagai detektif Scotland Yard, memberitahu kepada Laura bahawa dia diupah oleh PetroSaudi, telah mengambil pengakuan Justo. (PetroSaudi memberitahu the Guardian, Justo telah “memperoleh dokumen sulit secara haram” dan berada di dalam penjara kerana “memeras ugut”.)

Justo dibicarakan pada 17 Ogos 2015 di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok. Semasa pembicaraan berlangsung, Justo dibantu oleh penterjemah namun peguamnya tidak hadir dan diganti oleh pembantunya. Sesi pembicaraan berlangsung selama 15 minit. Justo menerima hukuman penjara 3 tahun kerana cubaan memeras ugut sebuah syarikat US dan meminta USD2 juta sebagai pampasan.

Kehidupan Justo di balik tirai besi di penjara Klong Prem Central bukanlah mudah. Terletak di bandar yang bersuhu tidak pernah rendah dari 26 darjah, Justo berkongsi sel “VIP”-nya bersama 25 banduan lain. Sarapan pada 7 pagi. Air dicatu. Para banduan tidak mendapat makanan selepas jam melewati angka 3 petang, Terdapat sebuah bilik air di belakang sel, cuma ada satu paip dan sebuah lubang di lantai sebagai tandas.

Tahun 2015 berlalu dan tiada tanda-tanda suaminya akan bebas dari tahanan pada akhir tahun. Laura semakin curiga dengan pengantaranya di PetroSaudi. Laporan berita di dada akhbar Swiss dan Malaysia yang melaporkan kisah Justo menggambarkan suaminya itu sebagai boneka dalam plot politik menentang perdana menteri Malaysia. Nasib tidak berpihak kepada Justo dan kehidupannya semakin terseksa. Justo tidur beralaskan selimut nipis di selnya – tilamnya telah dirampas beberapa bulan selepas dia menghuni penjara itu, waktu senamannya juga tiada.

Laura yakin suaminya menjadi mangsa penipuan bekas rakannya yang memperdaya Justo sehingga dia mengaku salah dan menyerahkan salinan menghubungkan PetroSaudi dalam cubaan untuk melindungi diri mereka dan rakan sekutu dari Malaysia untuk menutup kes ini. Pada Mei 2016, dalam usaha terakhirnya untuk menyelamatkan suami tercinta, Laura mendapatkan seseorang yang dipercayai Justo: Rewcastle Brown, seterusnya membawa Laura kepada the Guardian.

Semasa saya bertemu Laura pada Jun 2016, dia kelihatan tenang dan tidak banyak cakap. Namun suaranya berubah dan beremosi apabila dia mula bercerita mengenai suaminya sehingga dia mengalirkan air mata. Justo tidak berjumpa anak lelakinya sejak dia berusia 8 bulan. “Saya cuma mahu keadilan ditegakkan,” ujar Laura menerusi emel. “Xavier bukan seorang pencuri. Dia cuma menuntut haknya seperti yang telah dijanjikan. Mungkin ini adalah masa terburuk dalam hidupnya namun dia akan terus kuat dan tabah demi saya dan anak kami – Justo akan terus berjuang untuk kami walau apa pun yang berlaku.”

Sejak perkenalannya dengan Rewcastle Brown dan the Guardian, Laura sering menyerahkan nota-nota yang dia seludup keluar dari penjara. Justo mengakui bahawa dia telah ditipu. Laura percaya Patrick Mahony dari PetroSaudi telah mengawal kehidupan Justo di sebalik tirai besi, memikirkan betapa selesanya ruang yang didiami suaminya, serta siapakah yang akan datang melawatnya. (Terdapat senarai nama yang diberi kebenaran melawat ditampal di dinding penjara itu. Mahony tersenarai di senarai yang kedua manakala Laura di senarai kelima.)

Laura memberitahu dia memiliki emel-emel dan mesej dari Whatsapp serta rakaman panggilan telefon dari tahun lepas yang menunjukkan Mahony menerima tekanan dari Najib. Selain itu, Mahony juga ditekan oleh para penyiasat dari AS dan Swiss yang cuba merungkai perjanjian 1MDB. Menerusi pita perbualan telefon bersama Laura, Mahony kedengaran obses dengan Rewcastle Brown, dan dia menggelar wanita itu sebagai “betina tidak berguna”. Dalam satu rakaman perbualan antara Laura dan Mahony dari November 2015, Mahony secara tidak langsung merujuk kepada seorang individu yang menurutnya mampu meringankan hukuman Justo; “Saya telah beritahu kamu, siapa yang sebenarnya mengatur semua ini. Tidak lama lagi saya akan bertemunya dalam satu mesyuarat…Lelaki ini masih tertekan kerana kerjaya politiknya sedang dipertaruhkan. Dia sedang menghadapi masalah besar dan itu yang paling utama.”

Apabila Laura bertanya apakah yang patut dia sampaikan kepada Justo, Mahony berkata: “Satu-satunya cara untuk membantu suami kamu–sertai permainan ini–dedahkan diri kamu kepada media apabila sudah bersedia. Kamu sudah siap untuk mengecam semua individu yang berkonspirasi ke atas Justo… Aku tidak tipu… Sama ada kamu memperbaiki situasi atau tidak membantu langsung.”

Apabila Laura menuntut pembebasan Justo, Mahony meradang. “Aku masih berhadapan dengan kesukaran ini setiap hari. Harus diingat bahawa kita semua terbabit dalam masalah ini. Ya Justo sedang meringkuk di dalam penjara dan kamu keseorangan bersama bayimu. Aku memahami situasi kamu tetapi aku juga terpalit dalam kancah ini dan ramai lagi orang yang sama-sama terlibat. Seorang perdana menteri sedang berhadapan masalah besar kerana dia turut terlibat dalam masalah ini.”

Menjelang Disember, melalui satu panggilan telefon lain, Mahony mengaku dia telah pergi ke US dan “pihak FBI sedang meneliti skandal ini”. Mahony turut dipanggil ke pejabat peguam negara Swiss. “Pihak Swiss terus membawa masalah kepada kita… Mereka tidak memiliki sebarang maklumat… Mereka tidak mahu berdiam diri dan dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan.” PetroSaudi berkata mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa rasmi dalam sebarang bidang kuasa dan buat masa ini ia tidak disiasat oleh mana-mana bidang kuasa. Mahony juga tidak pernah disoal siasat oleh pihak pegawai US mahupun Swiss.

Pendedahan maklumat oleh Justo masih menjadi bualan hangat seantero dunia. Apabila Jabatan Keadilan AS membentangkan kes menentang 1MDB tempoh hari, mereka langsung tidak teragak-agak. “Rakyat Malaysia ditipu dalam skala yang amat besar,” kata Andrew McCabe, timbalan pengarah FBI. Pegawai-pagawai US memberitahu the Guardian mana-mana pihak yang ingin mempersoal dakwaan peguam negara mestilah memfailkan maklum balas kepada mahkamah persekutuan dalam tempoh 60 hari bagi menjawab tuduhan fakta yang telah diusulkan.

Dalam kes berasingan, DOJ turut menyiasat sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang perbankan AS dalam menangani tawaran bon bernilai USD6.5 billion yang dijalankan bersama 1MDB. Organisasi gergasi The Wall Street itu memperoleh USD593 juta kerana isu ini yang berlarutan. Goldman Sachs menafikan penglibatan mereka dalam perbuatan yang melanggar undang-undang itu. Bank itu memberitahu kepada the Guardian “Kami cuba menjana wang bagi dana kekayaan negara yang sepatutnya diguna untuk tujuan pelaburan di Malaysia. Kami tidak mampu mengesan jika sebahagian dana itu telah dipindahkan atau diguna bagi tujuan lain.”

Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat DOJ amat bercanggah dengan kenyataan yang diberikan Perdana Menteri Najib tentang asal usul dan mengapa wang ratusan juta itu berada dalam akaun peribadi miliknya – Najib mendakwa wang itu adalah derma yang diberi oleh penderma dari Arab Saudi.

Pemfailan DOJ dibuat semasa demokrasi di Malaysia berada dalam situasi genting. Pada 1 Ogos, undang-undang keras diperkenalkan Najib mulai berkuatkuasa–membenarkan kerajaan Malaysia untuk mewujudkan undang-undang anti keganasan. Undang-undang yang diwujudkan itu secara tidak langsung memperkukuh kuasa badan pertahanan Malaysia–membenarkan penahanan, penggeledahan dan serbuan dibuat tanpa waran serta meroboh bangunan.

Sementara itu di bahagian lain, penyiasatan tentang skandal korupsi semakin giat dijalankan. Di Switzerland, Jabatan Keadilan AS mengenal pasti RBS Coutts dan Rothschild Bank sebagai saluran bagi transaksi wang seperti mana yang didakwa. Peguam Negara Swiss menyiasat pencurian yang melibatkan berbillion dollar itu. The Guardian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan dari bank-bank tersebut selepas mereka dihubungi.

Singapura menemui “lompong dan beberapa kelemahan” dalam kawalan penggubahan wang haram di kebanyakan bank. Buat pertama kali dalam sejarah negara itu, pihak berkuasa telah menghentikan operasi sebuah bank perdagangan. Pada bulan April, Emeriah Arab Bersatu membekukan ratusan juta dollar dalam akaun yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam skandal 1MDB dan melarang pemegang akaun itu dari meninggalkan negara.

Pihak lembaga 1MDB berkata “kami yakin tiada salah laku atau jenayah yang berlaku” namun sebagai “langkah berjaga-jaga”, akaun badan pelaburan itu pada 2013 dan 2014 tidak lagi boleh “bergantung dengan mana-mana pihak”. Najib menjelaskan beliau tidak melakukan “sebarang kesalahan atau menyeleweng”. Peguam Negara Malaysia seterusnya membebaskan Najib dari tuduhan melibatkan skandal korupsi itu pada awal tahun lalu.

Buat masa sekarang, individu yang boleh mendedahkan perkara sebenar dalam skandal rompakan ini sedang meringkuk di dalam penjara di Bangkok. Xavier Justo didesak oleh moraliti dan juga pembalasan dendam – dia ingin menuntut keadilan dari rakan yang mengkhianatinya. Untuk mendapatkan hal itu, dia memilih untuk mendedahkan hal sebenar. Nama Justo mungkin tidak akan dicatat dalam sejarah sebagai wira, yang tidak mementingkan diri lalu mendedahkan kebenaran. Tetapi apa yang telah dilakukannya itu, secara tidak sengaja adalah satu pengorbanan.

Laporan ini telah terbit di akhbar The Guardian dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Maisarah Akbal.