Thursday, April 13, 2017
Zikir
Jika mahukan ketenangan hati, serta mudah melakukan amalan akhirat, banyakkan berzikir kepada Allah. Berzikirlah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring.
Berzikir itu menyempurnakan iman dan Islam. Zikir mampu membersih, mengharum, dan menyerikan hati dengan Nur Allah. Ia adalah penawar ketika resah gelisah.
Allah telah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” [Surah Ar-Ra ‘d ayat 28]
Zikir terhebat adalah Al Quran. Setiap hari bacalah satu halaman ayat al-Quran beserta tafsir dan asbab nuzul.
Tambah juga membaca hadith sahih beserta syarahnya.
Ilmu akan bertambah, fikiran negatif beransur berubah.
Secara tidak langsung iman, akhlak, motivasi serta produktiviti hidup kita akan meningkat baik. InsyaAllah.
Orang yang terikat dengan internet dan laman sosial tetapi tidak terikat dengan Al Quran ...RUGI.
Orang yang sentiasa berhubungan dengan pejabat dan jabatan, parti politik serta menteri tetapi tidak berhubungan dengan manusia umum secara baik ....RUGI.
Orang yang terikat dengan pandangan serta cara pemikiran orang-orang jelek, tidak terikat dengan pandangan dan daya pemikiran pemimpin sekalian manusia (Nabi Muhammad s.a.w.) ...RUGI.
#JadiUbiYangBerisi
#TinKosongKuatBunyi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment