Monday, April 10, 2017
Jangan Cepat Jatuhkan Hukuman
ORANG KATA:
"Dia tu nampak saja alim tapi sanggup kahwin dengan lelaki beragama lain. Dah tak ada lelaki sebangsa ke?"
APA YANG ORANG TAK TAHU:
Dia pernah mencintai lelaki yang luarannya nampak warak tetapi hakikatnya "Musang berbulu ayam".
Lelaki yang menikahinya bukan saja berakhlak indah, malah sangat patuh dengan perintah Allah.
===========
ORANG KATA:
"Dia lari dari rumah. Tentu ada perkara buruk yang dah dibuatnya. Memalukan mak bapa saja!"
APA YANG ORANG TAK TAHU:
Dia mangsa sumbang mahram, mangsa deraan fizikal. Dia dilarang keluar rumah, takut rahsia keluarga pincang itu diketahui orang.
Tubuhnya penuh lebam, hatinya penuh luka. Pilihan yang dia ada hanya bunuh diri atau lari.
==========
ORANG KATA:
"Baru setahun kahwin dah bercerai! Nak jadi apa tu!"
APA YANG ORANG TAK TAHU:
Dia bukan menantu pilihan. Mertua beri kata dua kepada suami - pilih ibu atau isteri.
Pilih ibu dapat harta, pilih isteri tambah miskin jadinya. Lalu, dia ditalakkan....tanpa penjelasan.
==========
ORANG KATA:
"Dasar perempuan tamak duit. Buat apa susah-susah beranak kalau anak diberi orang lain yang jaga."
APA YANG ORANG TAK TAHU:
Hutangnya banyak, diambil untuk merawat penyakit ibunya. Dia memang rindukan anaknya. Apakan daya, terpaksa berpisah kerana keluar mencari nafkah menyara keluarga dan melunaskan hutangnya.
===========
IBRAH:
Jangan cepat jatuhkan hukuman. Yang tersurat kadang-kadang berbeza dari yang tersirat. Biar Allah saja yang tentukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment