Saturday, April 22, 2017

Hati - Pemerintah Kebaikan Dan Keburukan



DIA CAKAP:

Tolonglah Makcik. Beg Makcik kena ragut tadi. Habis lesap IC, kad ATM, dan tiket bas untuk balik Penang. Makcik dah lapor kat polis. Sekarang, makcik nak minta sikit duit untuk beli tiket bas yang baru.

RESPONS:

(Bercakap dalam hati):

Eh, betul ke ni? Sekarang Syaitan dah bijak jadi "con artist". Buat muka perempuan tua yang baik dan suci. Entah-entah dia buat benda yang sama pada orang lain juga.

Tapi macam mana kalau dia cakap betul. Tak sampai hati pulak aku.

(Berdoa dalam hati):

Ya Allah, aku tolong sebab bersangka baik. Kalau dia penipu, berikanlah hidayah supaya dia berubah.

"Makcik, nah, ambillah duit ni untuk beli tiket. Yang lebih tu buat belanja makan."

=======

IBRAH:

Rasulullah s.a.w. pernah bercerita hal seorang lelaki soleh tersilap memberi sedekahnya kepada pencuri, orang kaya yang bakhil dan pelacur.
Dengan hidayah Allah, pencuri berhenti mencuri, si bakhil jadi dermawan dan pelacur berhenti melacur. (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah memberi ganjaran berdasarkan niat ikhlas, bukan ke atas amalan itu sendiri, seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya usaha itu akan diperlihatkan (kepadanya pada hari kiamat kelak.)

Kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan yang sangat sempurna."
( Surah An Najm ayat 40-41).

No comments:

Post a Comment