Saturday, April 29, 2017

Hindari Sakit Tua


tyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit penuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian penting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah berikut untuk menjauhi sakit tua:

1. Baca dan hafal Quran bagi meningkatkan fungsi otak.

Amalkan baca Quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran dan mengamalkannya. Bacaan Quran bertajwid dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel otak dan meningkatkan transmisi eletrik menerusi synapses.
Bacaan berulang meningkatkan ingatan dan hafalan. Disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stres.

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel neuron dan stesen pemancar eletrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan serta memproses pemikiran.

Cuba kawal stres dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat di mana-mana dan bila-bila masa ada peluang.

Sedut nafas panjang melalui hidung dan hembus nafas keluar perlahan-lahan melalui mulut. Ulang selama 5 minit, tidak kira di mana kita berada. Amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan.

Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stres. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.

Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umur atau bidang ilmu apa pun. Baca kitab, buku dan artikel di internet.

Untuk lebih berkesan, belajar bidang baru yang boleh mecabar otak seperti bertukang atau carpentering, melukis atau belajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobi untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi yang telah bersara.

4. Terus bekerja dan berkhidmat tanpa bersara.

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah, saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Senaman meningkatkan fungsi otak.

Amalan senaman fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak dan meningkatkan bekalan oksijen ke otak. Ia penting untuk mencegah serangan angin akhmar.

Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak iaitu kognitif dan pembelajaran, meningkatkan mitochondria dan organelles yang membekal tenaga kepada sel otak.

Bagi warga emas, yang terbaik ialah berjalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh. Senaman regangan untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.

Memang telah jadi amalan saya tidur awal, jam 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap. Waktu tidur aktiviti otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel neuron baru tumbuh dan sambungan synapses diperkukuh. Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak lebih aktif. Jika ada masa amalkan senaman fizikal 30 minit selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.


7. Omega 3 dan DHA.

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit alzheimer, menjadikan sel otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan. Sumber omega 3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber omega 3 dari walnut, badam, avacado, flaxseeds, peanut juga baik.

Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga. VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat membantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel serta fungsi otak. Pesakit penuaan seperti alzhmeir kekurangan vitamin D. Wanita hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadun bersama pil kalsium. Mungkin orang Malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh membina vitamin D.

10. Vitamin B12.

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir. Sumber utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telur. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf vagus dan cranial nerve ke 10. Pastikab pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan makanan junk dan berproses, gula serta karbohaidrat tinggi. Makan lebih fermented food dan probiotics.


12. Buah-buahan dan herba ulaman.

Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel otak, meningkatkan sambungan dan hubungan di antara sel-sel otak. Buah berries, kismis dengan kandungan flavonoids – anthocyanins dan flavanol.

Kimia pemancar eletrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enzim terentu. Akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengandungi inhibitor yang boleh menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain-lain.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.

Penyakit darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.

Kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa. Muzik sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak di samping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat muzik setakat untuk kegunaan sendiri.

Interaksi sosial mengukuhkan silaturrahim melalui perbualan telefon dengan ahli keluarga, rakan sebaya. Anjurkan makan bersama.

Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau mencari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

Ada beberapa permainan yang boleh merangsang minda seperti crossword puzzle; sudoku, chess dan lain.

Pergi melancong dan melawat negara luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan untuk merangsang minda. Saya perlu buat research, cari maklumat, membaca serta membuat catatan dalam buku nota sebelum saya hasilkan satu makalah seperti ini.

Memang kebiasaan saya membuat catatan dalam buku nota, dairi dan jurnal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa dan pengalaman, hal pengurusan kewangan serta pentabiran niaga. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program baru di masa hadapan.

Pesanan saya kepada warga emas, harta yang tidak ternilai yang anda punyai ialah ilmu, pengalaman dan kemahiran serta hikmah atau wisdom. Jangan bazirkan, gunakan sepenuhnya, lantik diri anda sebagai penasihat atau perunding kepada mana-mana pertubuhan sosial atau perniagaan. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan, lebih penting ganjaran dari Allah S.W.T. Minda anda akan terus akif dan berfungsi dengan baik.

[Sumber: FB Dr Hamid Arshat]

Patung: Antara Protestan Dan Katolik





Sebelum agama Kristian menjadi agama pemerintahan Rom, masyarakat Rom sudah beragama dengan paganisme. Mereka percaya kepada dewa Mithra, Sol Invictus, Jupiter, Apollo dan lain-lain. Pada zaman paganisme ini, masyarakat Rom sudah begitu sinonim dengan pengukiran dan penyembahan patung hasil daripada pengaruh Hellenisme.[1]

Hellenisme terkenal dengan budaya pemahatan patung. Malah di dalam sejarah sudah merakamkan sejarah pembinaan patung di India (Bachtrian Buddhism), dan juga kemerosotan agama Zoroaster di Parsi (Sellucid) adalah banyak pengaruh daripada Hellenisme yang dibawa oleh Yunani.

Apabila datangnya agama Kristian yang dibawa oleh orang terkemudian selepas Jesus, ia disebar oleh pengikut Saint Paul, lalu akhirnya menjadi agama rasmi di dalam pemerintahan Rom, dari situ ia mula di asimilasikan ke dalam kepercayaan paganisme di Rom lalu berlaku sinkretisme diantara ajaran Kristian dan juga paganisme. Salah satu kesannya adalah pengukiran patung-patung di dalam Gereja. Tradisi patung ini diteruskan oleh gereja Katolik khususnya. Mereka membuat patung dari kalangan saint (wali) mereka dan juga patung Jesus serta Mary.[2]

Pada asalnya mereka (golongan Kristian) sudah maklum bahawa Jesus tidak pernah membawa konsep pemahatan patung. Jika dibaca di dalam Perjanjian Baru, tidak ada satupun ayat yang menjurus ke arah itu. Malah pada zaman Jesus, rumah ibadat mereka adalah ‘Synagogue’ (rumah ibadat Yahudi) yang tidak ada patung-patung. Ini kerana perkara itu bercanggah dengan ajaran Taurat dan Perjanjian Lama yang melarang mengukir patung.[3]

Akan tetapi penganut Kristian Katolik tidak mengendahkan perintah itu. Mereka membuat patung-patung sehinggalah perkara itu menjadi konflik besar yang menjadi serangan kepada golongan yang menyokong revolusi agama Kristian pada abad ke 15 M. Martin Luther antara tokoh yang terkenal di dalam mazhab Protestan yang mengkritik keras amalan pembinaan patung di dalam mazhab Katolik. Martin Luther berkata:

“Anything that one imagines of God apart from Christ is only useless thinking and vain idolatry.”[4]

“Superstition, idolatry and hypocrisy have ample wages, but truth goes a begging.”[5]

Malah di dalam mazhab Protestan menganggap perbuatan menghormati patung adalah satu dosa.[6] Dan antara salah satu perkara yang membezakan diantara kedua mazhab ini adalah pembinaan patung di gereja. Golongan Protestan tidak membenarkan untuk mengukir patung malah lambang salib mereka juga ‘kosong’ tidak sama seperti lambang salib dalam Katolik yang ada ukiran Jesus yang disalib. Golongan Protestan berhujah mengatakan perbuatan mengukir patung adalah dilarang di dalam Bible:

Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, Tuhan, adalah tuhan yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku. (Keluaran 20: 3-5)

“Hati-hatilah, supaya jangan kamu melupakan perjanjian Tuhan, yang telah diikat-Nya dengan kamu dan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang oleh Tuhan, dilarang kau perbuat.” (Ulangan 4: 23)

"Janganlah kamu membuat berhala bagimu, dan patung atau tugu berhala janganlah kamu dirikan bagimu; juga batu berukir janganlah kamu tempatkan di negerimu untuk sujud menyembah kepadanya, sebab Akulah Tuhanmu.” (Imamat 26: 1)

“Janganlah engkau sujud menyembah kepada tuhan mereka atau beribadah kepadanya, dan janganlah engkau meniru perbuatan mereka, tetapi haruslah engkau memusnahkan sama sekali patung-patung berhala buatan mereka, dan tugu-tugu berhala mereka haruslah kau remukkan sama sekali.” (Keluaran 23:24)

Di dalam Perjanjian Lama begitu jelas melarang pengukiran patung. Malah mengarah untuk memusnahkan patung-patung yang menjadi penghormatan di dalam agama lain. Selain itu juga, di dalam Perjanjian Baru juga melarang mengenai patung:

“Atau tidak tahukah kamu, bahawa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan tuhan? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzina..” (1 Korintus 6: 9)

“Anak-anakku, waspadalah terhadap segala berhala.” (1 Yohanes 5:21)

Walaupun dikemukakan hujah yang sejelas itupun, golongan Katolik tidak mengendahkannya malah mereka beralasan bahawa perbuatan membina patung itu ada kebaikannya walau tidak diajar oleh Bible. Antaranya adalah mereka beranggapan bahawa mereka tidak menyembah patung itu tetapi menghormati peribadi yang dipatungkan itu. Selain itu juga mereka menggunakan alasan bahawa patung itu hanya sekadar lambang yang membantu untuk mengarah hati kepada tuhan.

Isu ini masih diperdebatkan oleh golongan Katolik dan Protestan sehingga pada hari ini. Di dalam Katolik masih berpegang ia adalah amalan tradisi masyarakat Yunani terdahulu disampin mencari hujah untuk membenarkan pengukiran patung di dalam gereja. Manakala Protestan di dalam isu ini membangkitkan ayat-ayat larangan terhadap perkara itu dan mengajak kembali kepada sejarah awal Jesus yang tidak memperkenalkan perkara itu.

Kesimpulan

Asal agama tidak membenarkan mengukir patung. Akan tetapi apabila sesuatu agama itu disinkretisme dengan amalan lain maka ia membentuk banyak penyimpangan dari ajaran teks asal. Begitu juga berlaku kepada golongan Protestan yang cuba untuk kembali memahami teks asal di dalam masalah ini akan tetapi tidak dipedulikan oleh golongan Katolik kerana mereka memiliki alasan tersendiri. Walaupun mereka berbeza di dalam soal pembuatan patung dan sebagainya akan tetapi aqidah ketuhanan mereka tetap sama iaitu mempercayai Jesus, tuhan bapa dan roh kudus adalah tuhan dalam satu atau triniti (Athanasian Creed).

Jika dilihat kembali kepada hujah golongan Protestan terhadap isu patung ini timbul beberapa persoalan yang melibatkan konteks hujah serangannya terhadap isu ini. Mereka beralasan pengukiran patung ini tidak dianjurkan oleh Bible dan ia juga tidak dibuat oleh Jesus.

Sebenarnya di dalam Bible juga jelas mengatakan Tuhan itu esa atau tunggal seperti di dalam Ulangan 6: 4, Markus 12: 29 dan tidak ada satupun ayat yang mengatakan Jesus itu adalah tuhan. Malah di dalam Bible sendiri tidak ada konsep triniti. Persoalannya, jika dilihat kembali kepada logik konteks penolakkan terhadap pengukiran patung maka meraka juga perlu menolak konsep triniti ini.

Ini antara perkara yang boleh diperbincangkan secara ilmiah di antara golongan Kristian dan juga Muslim kerana umat Islam juga beriman kepada Jesus atau nabi Isa. Dalam Islam Jesus adalah seorang rasul dan bukan tuhan.[7] Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Nota Kaki:

[1] Lihat Diarmaid MacCulloch, (2009). A History of Christianity, Penguin Books, London, hlm 37-40
[2] Lihat Alister E. McGrath, (2015). Christianity An Introduction, Wiley Blackwell, UK, hlm 122-126
[3] Lihat Ulangan 4: 23, Imamat 26: 1, dan Keluaran 23:24
[4] Lihat Daniel Whyte, III, (2007). Just Jesus!: The Greatest Things Ever Said About the Greatest Man Who Ever Lived, Torch Legacy Publictions, USA, hlm 129
[5] Lihat Martin Luther, Alexander Chalmers, (-). The Table Talk of Martin Luther, H.G Bohn, York Street, Covent Garden, hlm 25
[6] Lihat Devin Rose, (2014). The Protestant’s Dilemma, Chatholic Answers Press, San Diego, hlm 56
[7] Surah an Nisa 171, al Maa’idah 116

R&D TEAM MRM

Tuesday, April 25, 2017

Mendidik Saham Akhirat



YANG SELALU:

Bangun, Jann...bangun cepat. Kejap lagi nak pergi sekolah.

TUKAR KEPADA YANG TERBAIK:

Bangun, Jann...bangun cepat. Kejap lagi kita nak solat...nak sarapan...nak pergi sekolah.

========

Kita suka bila anak-anak kita di taska/tadika petah bercakap, pandai baca ABC, Alif Baa Taa, kira 123, baca Al Fatihah dan 3 Qul walaupun bunyinya pelat, pandai nyanyi dan menari.

Yang terbaik ialah bila kita tanamkan perasaan kecintaan kepada Allah melalui solat. Solat - tunggak utama ibadah yang membentuk peribadi dan akhlak bila ditekuni dengan rasa khusyuk.

Otak anak kecil bagai span, mampu menyerap dan meniru banyak contoh yang dilihat di sekeliling kehidupannya. Dia belajar melalui penglihatan dan pengamatan, bukan perkataan dan suruhan.

Jika yang dilihat itu baik, Alhamdulillah. Jika yang dilihat itu buruk, Naudzubillah min zalik.

Sejak bayi dalam kandungan lagi, ibu bapa yang menjadi guru pertama, patut mengamalkan cara hidup mengikut syariah. Anak tentu akan mudah mengikut jejak langkah.

Anak tidak akan solat walaupun dileteri bila dia sendiri tidak nampak ibu bapanya solat. Dia tidak akan suka bersedekah jariah bila bapa pun tidak pernah menyumbang ke tabung masjid.

Jangan ambil mudah mengenai amal ibadah ketika anak-anak masih kecil. Anak-anak adalah saham akhirat kita, yang mendoa dan mengirimkan pahala ketika kita di alam barzakh.

Jom bangkit dari kelalaian. Jangan lagi terleka.
Demi masa depan mereka....dan juga kita.

Mukmin Dikagumi



Dari Shuhaib berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman.

Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih

Mukmin yang dikagumi sentiasa:
* Tawaduk dan cintakan Allah.
* Mengakui nikmat itu datang dari Allah.
* Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan
atas limpahan nikmat itu.
* Tidak membuat perkara yang dibenci Allah.
* Sabar dan redha bila ditimpa musibah.

Benarlah kata Ibnu Qayyim "SABAR DAN SYUKUR ITU TANDA KEIMANAN".

Semoga kita menjadi mukmin yang dikagumi.

(1Hari 1Hadith)

Pohon Tempat Hamba Berteduh



Ada orang:
Ketika miskin, kurang masa di rumah, banyak masa bekerja di luar.
Ketika kaya, banyak masa di rumah, kurang masa bekerja di luar.

Ada orang:
Ketika miskin, wangnya diguna untuk orang lain.
Ketika kaya wangnya diguna untuk keluarga dan orang-orang tersayang.

Ada orang:
Ketika miskin, bersikap baik kepada orang lain, Ketika kaya, berusaha membuat orang lain baik kepadanya.

Ada orang:
Ketika miskin dipamerkan taraf hidupnya.
Ketika kaya, hidupnya dilihat sederhana.

Ada orang:
Bermuhasabah selalu dan meningkatkan taraf hidup sendiri sehingga mampu menjadi pohon rimbun tempat hamba-hamba Allah tumpang berteduh.

#KitaYangManaSatu

Jawapan Al Quran Kepada Keluhan

Saturday, April 22, 2017

Ganjaran Menziarahi dan Menjaga Pesakit


Daripada Ali bin Abi Talib r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada seseorang pun yang menziarahi saudara seIslamya yang sakit pada waktu pagi melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah hingga ke petang.

Jika dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah hingga ke pagi.

Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa." (HR At Tirmizi. Hadis hasan).

Allah menurunkan rahmat-Nya kepada pengurus dan penjaga yang ikhlas menjaga orang sakit. Beruntunglah orang-orang terpilih ini yang mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.

Didikan Buat Anak-anak


Dialog bapa saudara dan anak saudara:

Kat rumah ni ada Astro tak?
Ada.
Mana remote dia?
Ni dia.

=======

Kat rumah ni ada wifi tak?
Ada.
Apa password dia?
Ni dia.

=======

Kat rumah ni ada sejadah tak?
Ada.
Mana kiblat dia?
Err....entah!!!

(Masuk Syurga Laju-laju)

Hati - Pemerintah Kebaikan Dan Keburukan



DIA CAKAP:

Tolonglah Makcik. Beg Makcik kena ragut tadi. Habis lesap IC, kad ATM, dan tiket bas untuk balik Penang. Makcik dah lapor kat polis. Sekarang, makcik nak minta sikit duit untuk beli tiket bas yang baru.

RESPONS:

(Bercakap dalam hati):

Eh, betul ke ni? Sekarang Syaitan dah bijak jadi "con artist". Buat muka perempuan tua yang baik dan suci. Entah-entah dia buat benda yang sama pada orang lain juga.

Tapi macam mana kalau dia cakap betul. Tak sampai hati pulak aku.

(Berdoa dalam hati):

Ya Allah, aku tolong sebab bersangka baik. Kalau dia penipu, berikanlah hidayah supaya dia berubah.

"Makcik, nah, ambillah duit ni untuk beli tiket. Yang lebih tu buat belanja makan."

=======

IBRAH:

Rasulullah s.a.w. pernah bercerita hal seorang lelaki soleh tersilap memberi sedekahnya kepada pencuri, orang kaya yang bakhil dan pelacur.
Dengan hidayah Allah, pencuri berhenti mencuri, si bakhil jadi dermawan dan pelacur berhenti melacur. (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah memberi ganjaran berdasarkan niat ikhlas, bukan ke atas amalan itu sendiri, seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya usaha itu akan diperlihatkan (kepadanya pada hari kiamat kelak.)

Kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan yang sangat sempurna."
( Surah An Najm ayat 40-41).

Wednesday, April 19, 2017

Bahagia Bila Membahagiakan Orang Lain


Wanita bergelar Puan Sri itu cantik dan bergaya. Namun dia tidak bahagia. Hidupnya kosong tanpa erti. Diadukan perihal dirinya kepada seorang kaunselor. Kaunselor itu memanggil Makcik Aminah, si tukang cuci masuk ke pejabatnya.

Selepas Makcik Aminah duduk, kaunselor itu meminta dia menceritakan hal dirinya.

"Sebenarnya suami saya meninggal dunia kerana kanser. Anak tunggal saya pula mati kemalangan. Saya sebatang kara dan tak berharta. Sedih sangat, makan tak lalu, tidur pun tak lena.

"Suatu hari ketika pulang dari kerja, seekor kucing ikut mengekori. Saya rasa kasihan dan memberinya minum susu. Selepas kenyang, kucing itu menggeselkan badannya ke kaki saya, mungkin itu caranya menunjukkan rasa terima kasih. Saya rasa tenang dan senang."

"Malam itu saya terfikir, kalau tolong kucing pun boleh membuat saya rasa senang, apa lagi kalau saya menolong manusia. Keesokannya saya buat kuih dan sedekahkan pada jiran yang suaminya kurang sihat. Saya gembira melihat mereka berdua ceria."

"Sejak hari itu saya berusaha beri apa jua bantuan, sama ada wang, makanan yang saya sediakan sendiri ataupun tenaga kepada jiran dan juga komuniti. Saya bahagia dapat berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain."

Mendengarkan kisah Makcik Aminah, Puan Sri rasa sebak. Dia ada segala-galanya tetapi hanya mementingkan diri dan golongan yang sama sepertinya. Sentiasa bersaing "siapa lebih kaya, lebih bergaya, lebih hebat". Hidupnya penuh kepura-puraan.

Kini dia sedar kebahagiaan datang apabila dapat membahagiakan orang lain. Sikap diri sendiri lebih penting daripada apa yang ada di sisi.

============

Ada di tangan, tiada di hati.
(Orang kaya tetapi zuhud. Sangat susah ditemui)

Ada di tangan, ada di hati.
(Orang kaya dan tidak zuhud. Biasa sangat ditemui)

Tiada di tangan, tiada di hati.
(Orang miskin tetapi zuhud. Jarang-jarang ditemui)

Tiada di tangan, ada di hati.
(Orang miskin tetapi tidak zuhud. Selalu ditemui)

Makna Kehidupan



Hidup menawarkan Kebahagiaan dan Kesedihan. Pilihan di tangan sendiri.

Orang yang bahagia tidak memiliki segalanya. Bahagia datang kerana dia tidak pernah mengeluh, malah tetap bersyukur dengan apa yang ada, dan yang tidak ada pada dirinya.

Jangan terlalu banyak "ingin". Itu jalan mudah untuk jadi miskin.

Tunduklah pada Allah yang mencipta perasaan, bukan kepada kehendak yang dicipta oleh perasaan. Urus perasaan menurut ketetapan Tuhan.

Kita manusia.
Kita tidak sempurna.
Kita mencuba banyak perkara.
Kita buat silap juga.
Kita tersungkur dan terluka.
Kita bangkit semula.
Kita terus mencuba.
Kita belajar dari kesilapan.
Kita bangunkan kekuatan
Kita panjatkan kesyukuran.
Kita berusaha memberi makna kepada sebuah KEHIDUPAN.

Minah Gadis Dusun


Inginkah kawan tahu siapa daku?
Minah, gadis dari dusun di gunung.
Jauh daku berjalan menuruninya.
Hanya untuk menjenguk indahnya kota.

Amboi! Indah dan megah kotamu, kawan.
Rasa daku mimpi di dalam syurga.
Jejaka dan gadisnya tampan dan cantik.
Gedung, toko dan mobil, oh amboi amboi.

Tapi maaf, kawan, aku tak singgah lama.
Kekasih hatiku rindu menanti.

Tunggu saja kiriman hasil panenku
Daku orang dusun pandai bertani.
Hanya pesanku, kawan, Jaga Negerimu.
Sampai berjumpa lagi, salam manisku.

#KadazanDusunGunungKinabalu
#HutanBatuVSHutanPepohonKayu

[Lagu, Lirik, Penyanyi ...Titiek Puspa]

Maaf


Pengalaman silam itu guru terbaik dalam kehidupan. Andai ia manis, nikmatilah. Jika pahit, usah bersedih, mengeluh dan marah.

Kemarahan yang dipendam akan menjadi dendam yang memakan diri, merosakkan kesihatan, iman dan pahala amalan.

IBLIS yang dilontar keluar dari syurga akibat enggan sujud kepada ADAM A.S. adalah makhluk paling pendendam. Perbuatan menyimpan dendam sama seperti mengikuti langkah Iblis.

Walau apapun isu yang melanda, serahkan saja kepada ALLAH Yang Maha Pembalas. Setiap makhluk bertanggungjawab ke atas perlakuan masing-masing.

Jadilah PEMAAF.
SYURGA rindukan PEMAAF.
MALAIKAT cintakan taubat PEMAAF.

KEMAAFAN MEMBAWA KEDAMAIAN,
MEMUDAHKAN KEHIDUPAN MASA DEPAN,
MENITIP KEBAHAGIAAN BERTERUSAN.

Hikmah Ramai-Ramai



Kenapa HUJAN itu menyenangkan? Sebab ia TURUN RAMAI-RAMAI.Tentu susah kalau hujan itu turun hanya satu titik. Kemudian satu titik lagi dan seterusnya.

Kenapa NASI itu mengenyangkan? Sebab ia DISAJIKAN RAMAI-RAMAI.Tentu kita bengong kalau hanya ada satu butir saja disajikan di atas pinggan. Kita akan bertanya, "Nak makan apa?"

GIGI itu berguna kerana RAMAI-RAMAI BERBARIS rapi. Bila tak berbaris rapi, cuma ada satu gigi, itu lompong namanya.Tentu tak boleh mengunyah.
Hanya boleh tersenyum. Orang tengok pun nampak pelik.

Sebab itulah di dunia ini, sesuatu yang positif selalu jadi ISTIMEWA bila dibuat secara RAMAI-RAMAI.

GOTONG ROYONG RAMAI-RAMAI tentu lebih okey.

BELAJAR RAMAI-RAMAI pasti lebih banyak yang dipelajari.

BEKERJA RAMAI-RAMAI lebih cepat selesai.Apa lagi bila ada sahabat yang saling menasihati dan mengingatkan.

KEKUNCI laptop atau HP mesti lengkap. Kalau hilang satu saja, rasanya tak tahu macam mana hendak gunakan. Hilang satu, terasa kosong semuanya.
Kalau lengkap dan RAMAI-RAMAI tentu menyenangkan.

Pahala solat pun lebih banyak kalau RAMAI-RAMAI berjemaah.

Kesimpulannya, kalau kita berada dalam KEBERSAMAAN maka itu lebih baik daripada bengong sendirian.

Semoga hari ini kita semua dapat menikmati kehidupan berjemaah. Tetaplah bertahan dalam indahnya kebersamaan. Yang belum Muslim pun masih juga saudara kita, kan?

(Adaptasi dari idea Ustaz Yusuf Mansur)

#BahagiaDalamJemaah

Monday, April 17, 2017

Mengenali Wali Allah



Kenali Tanda Seseorang Itu Wali Allah di Atas Muka Bumi ini !! Dia Boleh Jadi Sahabat Kita Sendiri !!

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah S.W.T.

Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:“Dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka.”
Dari Said ra, ia berkata:
“Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”


3. Mereka bertaqwa kepada Allah.

Allah S.W.T. berfirman:

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”

Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.

Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata: Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
Surah Yunus: 62 – 64
Hadisr iwayat. Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104

“Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”

Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”



5. Mereka selalu sabar, warak dan berbudi pekerti yang baik.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:

Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5

“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut.

Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia.

Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat.”


6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.

Dari Ibnu Umar ra, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”

Rujukan:
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

7. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. . Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka.

Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

8. Mereka senang bermunajat di akhir malam.

Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. ”

Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?” Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu.

Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”

Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal.. 80
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358


9. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.

‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya.

Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.

Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: “Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”

10. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.

Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda: “Berapa banyak manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.

Rujukan: Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16

11. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.

Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan” sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”

- Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7


PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH

1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.

5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi s.a.w.: “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup ramai sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi, beliau berkata demikian kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

Pulun Taubat Rahmat Berkat Di Ramadhan



Seorang ulama' bercerita:

"Dulu di sini, ada seorang yang bernama Muhammad. Dia selalu lalai dan adakalanya meninggalkan solat.

Tetapi dalam bulan Ramadhan, dia menghias dirinya dengan pakaian yang cantik dan memakai haruman serta tekun puasa dan solat. Bahkan beliau mengqadha' kekurangan-kekurangan solatnya.

Ketika ditanya, "Mengapa begitu?".

Jawabnya, "Ini bulan Taubat, Rahmat dan Berkat. Semoga Allah memaafkan bagiku dengan kurnia-Nya".

Kemudian setelah beliau meninggal dunia, aku bermimpi bertemu dengannya dan aku bertanya, "Bagaimana sambutan Allah kepadamu?".

Jawabnya, "Allah mengampun dosa-dosaku kerana aku menghormati bulan Ramadhan."

Selamat merenungi...Semoga bermanfaat. Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Petunjuk ke Jalan Yang Lurus)

Pesanan Buat Adik Beradik


Masa kecil... adik beradik tidur bersama,
Bila sudah besar bilik masing-masing,
Bila sudah nikah, rumah masing-masing,
Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising,
Mulanya* berkumpul ... penutupnya* kubur masing-masing.

Wahai adik-beradik,

...disebabkan kubur masing-masinglah *kita selalu kena saling berpesan-pesan.
...Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong,
...Ingatlah, di sana tiada abang, kakak, adik.
...Hanya kamu dan amalmu,
...Bersedia selalu, bersiap selalu,
...Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi,
...tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda...!!!
...Jika anda ingat mati, anda orang bijaksana...!!!*

ALAM BARZAKH ... kalau mudah di kubur, maka selepas itu lebih mudah daripadanya. Kalau payah di kubur maka selepas itu lebih payah daripadanya. PERMULAAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR.

[Mahadi Razak]

Kesalahan Semasa Tawaf


Di antara kesalahan semasa tawaf:

1. Terkejar-kejar ikut mutawif takut tersesat atau ketinggalan.
2. Membaca doa dengan suara nyaring sama ada bersendirian atau berkumpulan.
3. Bercakap-cakap semasa tawaf.
4. Cari kawan atau isteri atau suami.
5. Asyik baca doa dengan melihat buku.
6. Kucup hajar aswad tanpa membetulkan bahu.
7. Menyentuh dinding kaabah atau hijir Ismail.
8. Menyentuh syazarwan (bingkai kaabah) atau kelambu kaabah.
9. Istilam tanpa membetulkan bahu.
10. Membawa beg di dalamnya diletak selipar atau kasut yang bernajis.
11. Mendokong anak lelaki yang belum berkhitan semasa tawaf.
12. Mendokong anak kecil yang buang air kecil atau air besar dalam pampers.
13. Wanita yang melambai atau istilam hajar Aswad dan ternampak lengan tangannya.
14. Tidak menghabiskan keliling hingga sampai di tempat mula tawaf (hajar Aswad).
15. Bahu kiri tidak melurus ke dinding kaabah atau terkeluar dari sasarannya.

Semoga ia bermanfaat..

Thursday, April 13, 2017

Tanggungjawab Kerajaan Kepada Rakyat


Dalam kitab ‘Al-Muhalla’, Ibn Hazm menegaskan bahawa pihak kerajaan wajib menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan melakukan beberapa perkara. Antaranya:

1. Memastikan rakyat mendapat makanan, pakaian dan minuman yang sempurna.
2. Memastikan rakyat mendapat pendidikan yang sempurna.
3. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat bila dituntut.
4. Memelihara keselamatan nyawa, harta dan kehormatan rakyat.
5. Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada rakyat.

Sesungguhnya Syariah Islam itu dibina dengan asas untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan.

(Jalb al-masalih wa dar’ al-mafasid)

#MencariUmarAlKhattabAkhirZaman

Zikir


Jika mahukan ketenangan hati, serta mudah melakukan amalan akhirat, banyakkan berzikir kepada Allah. Berzikirlah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring.

Berzikir itu menyempurnakan iman dan Islam. Zikir mampu membersih, mengharum, dan menyerikan hati dengan Nur Allah. Ia adalah penawar ketika resah gelisah.

Allah telah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” [Surah Ar-Ra ‘d ayat 28]


Zikir terhebat adalah Al Quran. Setiap hari bacalah satu halaman ayat al-Quran beserta tafsir dan asbab nuzul.

Tambah juga membaca hadith sahih beserta syarahnya.

Ilmu akan bertambah, fikiran negatif beransur berubah.

Secara tidak langsung iman, akhlak, motivasi serta produktiviti hidup kita akan meningkat baik. InsyaAllah.


Orang yang terikat dengan internet dan laman sosial tetapi tidak terikat dengan Al Quran ...RUGI.

Orang yang sentiasa berhubungan dengan pejabat dan jabatan, parti politik serta menteri tetapi tidak berhubungan dengan manusia umum secara baik ....RUGI.

Orang yang terikat dengan pandangan serta cara pemikiran orang-orang jelek, tidak terikat dengan pandangan dan daya pemikiran pemimpin sekalian manusia (Nabi Muhammad s.a.w.) ...RUGI.

#JadiUbiYangBerisi
#TinKosongKuatBunyi

Tuesday, April 11, 2017

Kebaikan Kecil Membawa Ke Syurga

Pesanan dari Syeikh Sya’rawi rahimahullah…


1. Bila hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut. Semoga Allah memelihara kita dari
kematian mengejut.

2. Semut sentiasa bertasbih kepada Allah. Jangan hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

3. Bila nampak burung sedang minum air di kolam, jangan lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan aman. Semoga Allah
mengamankan kita pada hari nyawa kita sampai di tenggorok.

4. Bila hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut. Semoga Allah memelihara kita dari
kematian mengejut.

5. Bila terpaksa membuang sisa atau baki makanan, niatkan kita hendak beri makhluk lain makan. Semoga Allah mengurniakan kita rezeki dari jalan
yang tidak disangka.

6. Sebarkan kebaikan dengan niat yang bersih. Semoga Allah melepaskan kita dari kesusahan dunia dan akhirat.

Buatlah kebaikan walau sekecil mana pun. Kita tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan kita ke syurga Allah SWT yang seluas langit dan bumi.

Monday, April 10, 2017

Khasiat Ketumpang Air



Pokok ini dikenali dengan banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang air. Ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100 gram.

Daun sireh cina ini mengandungi:

- kuantiti besar asid amino penting ,
- lysine,
- leucine dan isoleucine,
- jumlah valine yang sederhana ,
- threonine dan phenylalanine dan
- juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting seperti Apiol, 2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol,
stigmasterol dan β-sitosterol

Khasiatnya:

1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan di kepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selesema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis

Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi di segi perubatan.
.
.

Jangan Cepat Jatuhkan Hukuman




ORANG KATA:

"Dia tu nampak saja alim tapi sanggup kahwin dengan lelaki beragama lain. Dah tak ada lelaki sebangsa ke?"

APA YANG ORANG TAK TAHU:

Dia pernah mencintai lelaki yang luarannya nampak warak tetapi hakikatnya "Musang berbulu ayam".

Lelaki yang menikahinya bukan saja berakhlak indah, malah sangat patuh dengan perintah Allah.

===========

ORANG KATA:

"Dia lari dari rumah. Tentu ada perkara buruk yang dah dibuatnya. Memalukan mak bapa saja!"

APA YANG ORANG TAK TAHU:

Dia mangsa sumbang mahram, mangsa deraan fizikal. Dia dilarang keluar rumah, takut rahsia keluarga pincang itu diketahui orang.

Tubuhnya penuh lebam, hatinya penuh luka. Pilihan yang dia ada hanya bunuh diri atau lari.

==========

ORANG KATA:

"Baru setahun kahwin dah bercerai! Nak jadi apa tu!"

APA YANG ORANG TAK TAHU:

Dia bukan menantu pilihan. Mertua beri kata dua kepada suami - pilih ibu atau isteri.

Pilih ibu dapat harta, pilih isteri tambah miskin jadinya. Lalu, dia ditalakkan....tanpa penjelasan.

==========

ORANG KATA:

"Dasar perempuan tamak duit. Buat apa susah-susah beranak kalau anak diberi orang lain yang jaga."

APA YANG ORANG TAK TAHU:

Hutangnya banyak, diambil untuk merawat penyakit ibunya. Dia memang rindukan anaknya. Apakan daya, terpaksa berpisah kerana keluar mencari nafkah menyara keluarga dan melunaskan hutangnya.

===========

IBRAH:

Jangan cepat jatuhkan hukuman. Yang tersurat kadang-kadang berbeza dari yang tersirat. Biar Allah saja yang tentukan.

Sunday, April 9, 2017

Tips To Get Natural Pink Lips




You can enhance your beauty with a lovely smile. When your lips are pink, your smile also becomes charming. But there are many people who do not have pink lips and color of their lips have become dark and pale which are not appealing at all. As lips give a very distinctive appeal to the overall features of your face, dull and dark lips can make a dark spot in your beauty.

There are many reasons behind dark lips, such as hectic lifestyle, ignorance towards health, change in weather, some kind of illness, chewing tobacco, chemotherapy, excessive use of fluoride, excessive smoking, regular use of low quality cosmetics, not removing lipsticks from your lips at night, less blood circulation in the lips, too much stress, exposing lips to direct sun rays, humid temperature and so on. But there is nothing to worry about as dull and dark lips can be turned to pink and soft lips.

Proper lip care is required to keep the color of your lips naturally pink. To keep your lips pink, soft and attractive there is no need to spend money on expensive products. You can make your lips pink with some of the easily available natural products from your kitchen.

HERE ARE 10 EASY TO FOLLOW TIPS TO GET NATURAL PINK LIPS:

1. To get soft pink lips, you need to scrub your lips with a soft bristled toothbrush every night after you are done with brushing your teeth. This will help in removing the dry and chapped dry skin around your lips and make it look fresh.

2. You need to massage your lips for a few minutes every day. For massaging make a solution by mixing lemon juice with almond oil. Use this solution to massage your lips every night before going to bed. This treatment will offer nourishment and help in keeping your lips moisturized. Soon you will notice the darkness of your lips is getting reduced.

3. Always remove the lip makeup you have applied during the day before going to sleep. To remove the makeup, you can use a soft cotton ball and put some almond oil or olive oil on it and gently rub the lips with it. Sleeping with lipsticks and lip gloss on your lips can be the reason behind your dark lips.

4. By scrubbing your lips with sugar mixed with cold cream the color of your dark lips will fade. Instead of cold cream you can also use olive oil to make the granular paste. This is a great way to exfoliate your lips to give it a natural shine and color.

5.There is little bit of oil called sebum secreted by the skin on the lips and so there is always the need to get your lips moisturized. Use a lip balm or petroleum jelly on your lips when you are outside and use coco butter on your lips when you are in the house. You need to make sure that your lips are always well moisturized in order to get soft and pink lips.

6. Seeds of pomegranate can also be used in order to lighten the dark color of your lips and lending it a lovely pink color. Take the seeds of pomegranate in crushed form and mix it with the milk cream and apply it on your lips. Soon your lips will become redder and fuller. You can use this solution without worrying about side effects.

7. Cucumber juice when applied on lips also help a lot in reducing the darkness of lips. Take a slice of cucumber and scrip your lips with it whenever you have some time. Just five minutes of scrubbing daily with cucumber juice will lighten the color of your lips making it pink.

8. Rose petals can also be used to get back the pink colors of your lips. Take some rose petals and immerse it in milk for some time. Then make a paste of the petals and add a few drops of honey and glycerin to it. Now take this paste and dab it on your lips for fifteen minutes. Finally rub off your lips gently with milk. When you follow this treatment daily you can witness amazing results.

9. Try to pat the lips for a few minutes with cotton soaked in carrot juice or beetroot juice. This way you can easily add some color on your lips as well as nourish the lips. For better result you can add a pinch of saffron with the juice. Saffron will help in keeping your dry lips well moisturized.

10. Next time while eating an orange keep the orange peel as it can help a lot in the treating dark and dull lips. Use the orange peel to cleanse the skin of your lips and to lighten the dark skin tone of your lips.

Irfan Khairi Pernah Terima Ucapan Kesat


Ikuti perjalanan awal yang ditempuhi Irfan Khairi sebelum bergelar jutawan:


Sebelum saya menjadi speaker antarabangsa, sebelum saya bergelar jutawan, sebelum saya mengenali perniagaan Internet, dan sebelum anda mengenali saya lagi, saya pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Ya, saya juga bermula dari bawah!

Bekerja sebagai cleaner selama dua tahun, mengajar saya pelbagai perkara. Maklumlah, kita sebagai tukang cuci akan dipandang sebagai tukang cuci sahaja- pendatang luar pula tu. Kena marah dan tengking oleh supervisor adalah perkara biasa. Tetapi, terpaksa tahan juga oleh kerana ingin mencari wang untuk menambahkan ilmu. Jauh dalam hati saya tahu, ketika itu hanyalah pengalaman sementara untuk mengumpul wang sebelum mula mengejar cita-cita saya.

Tahun 1998 ketika bekerja sebagai tukang cuci pasaraya “Kwik Save” selama 2 tahun

Ada satu ketika itu, sedang sibuk saya mengemop lantai pasaraya, saya tidak sedar bahagian belakang batang kayu mop saya terlanggar rak minuman berkabonat. Beberapa botol minuman berkabonat jatuh pecah berkecai di lantai dan pastinya tindak balas air ber gas itu menjadikan keadaan lebih teruk lagi.

Akibat bunyi bising itu, supervisor pencuci lari bergegas kepada saya dan apa lagi, pastinya saya dimarahi dan dijerit.

Pelbagai kata-kata kesat pun dilemparkan kepada saya, maklumlah mat salleh tersebut mungkin kurang pendidikan, maka kata-kata lucah pun diberikan.

Memang salah saya oleh kerana lalai, dan saya terima.

Tak lama kemudian, pengurus pasaraya pula datang oleh kerana terdengar kekecohan itu. Cepat-cepat saya minta maaf kepada pengurus pasaraya itu dan apa saya lakukan, saya keluarkan dompet saya dari poket belakang seluar, dan bertanyakan kepada pengurus pasaraya…

“Please tell me how much. I want to pay for the drinks”.

Oleh kerana saya tahu salah saya, tidak sengaja memecahkan beberapa botol minuman karbonat itu, saya pun ingin membayar ganti rugi kepada pengurus pasaraya itu.
Namun, balasan yang saya dapat amat berbeza dengan supervisor tukang cuci yang mengherdik saya. Pengurus pasaraya tersebut dengan bersahaja berkata

“Don’t worry you don’t need to pay. Accident happens. But are you ok?”

Bukan sahaja tidak mahu menerima wang saya, tetapi ditanya pula sama ada saya tidak tercedera kerana itu yang dirisaukan apabila terengar bunyi botol-botol pecah.
Ketika itu, saya dapat lihat betapa bezanya perangai manusia didepan mata saya sendiri. Seorang supervisor pencuci yang menengking dan mengherdik, seorang pula pengurus pasaraya yang mengambil berat dan memahami.

Kita sebagai manusia, perlu memilih cara kita sendiri. Pilihan bukan pada tangan orang lain, pada persekitaran, pada pangkat dan darjat, atau pada kenalan dan keluarga. Tetapi pilihan datang dari diri kita sendiri untuk membentuk diri sama ada hendak jadi seorang yang baik ataupun tidak.

Dua tahun saya bekerja sebagai tukang cuci tetapi itulah dua tahun yang paling banyak mengajar saya tentang erti kesabaran dengan karenah orang, sabar dalam mencari ilmu, sabar dalam berusaha. Untuk berjaya, kita akan bertemu pelbagai karenah manusia. Untuk berjaya, kita perlu mencari ilmu. Dan untuk berjaya juga, pastinya ilmu sahaja tidak cukup sekiranya tidak berusaha.

Dua tahun selepas menjadi tukang cuci, saya telah kumpulkan wang yang cukup untuk mulakan perniagaan di Internet. Dan sejak itu, tidak lagi menoleh belakang!

Monday, April 3, 2017

Peluru Buat Minda


HIBURAN melalaikan, membunuh jiwa PERJUANGAN
Tanpa usaha mencari ILMU, otak semakin dungu
Bila leka berhibur, IMAN boleh lebur
Negara bangsa boleh HANCUR

Manusia mahu KECERAHAN, tetapi ALLAH hantar AWAN
Manusia ingin KEGEMBIRAAN, tetapi Allah beri KESUSAHAN
Semuanya untuk mengajar erti KEHIDUPAN

Manusia ingin KETENANGAN, namun diri diselaputi KESILAPAN
Ujian-Nya bukan HUKUMAN, Allah mahu manusia lebih BERIMAN

UJIAN tidak susah, bila yakin dengan ALLAH

#Happy71thAnniversaryRTM

Yang tersenyum pada sesama manusia, menghulurkan tangan kepada orang yang terjatuh, membantu meskipun diri dalam kesempitan, itulah ilham dari Allah.

Yang beriman dan beramal soleh takkan biar peluang mengerjakan kebaikan berlalu begitu saja.

Hendak senang perlu bersusah-susah dulu, itulah yang susah.
Hendak susah perlu bersenang-senang dulu, itulah yang senang.

Susah dan senang perlu dilalui. Mengapa tidak bersusah-susah dulu, kemudian baru datang masa senang? Mencari redha Allah itulah yang terbaik.

Pay now, play later!




MASA


Apakah yang sangat lama?
Apakah yang sangat singkat?
Apakah yang sangat panjang?
Apakah yang sangat lambat?

MASA mendengar khutbah Jumaat rasa sangat lama.
MASA menonton drama cinta di TV rasa sangat singkat.
MASA menunggu berbuka puasa rasa sangat panjang.
MASA menunggu upacara akad nikah rasa sangat lambat.

Yang memanfaatkan MASA akan rasa bahagia.
Yang mensia-siakan MASA akan rasa azab derita.

Setiap kali matahari terbenam menandakan MASA untuk bertemu Maha Pencipta semakin hampir. Setiap jiwa pasti merasai mati, tanpa mengira batas usia.


Beringatlah sebelum terlambat!

Perintah Allah Bukan Lapuk


Rusa bangga melihat bayang-bayang dirinya di dalam tasik yang jernih. Betapa tegap tubuhnya dan alangkah cantik tanduknya. Namun ia malu dengan kehodohan tapak kakinya.

Suatu hari ketika sedang makan di sebuah lembah yang subur, seekor harimau tiba-tiba muncul dari sebalik semak. Rusa lari lintang-pukang menyelamatkan diri.

Dengan sehabis kudrat ia meredah pokok, duri dan onak yang menyakitkan badan. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok, cuba ditarik sehabis daya namun gagal. Ia menangis dan menyesal.

"Wahai tanduk yang kubanggakan, kerana kau aku tersangkut dan akan mati. Wahai kaki yang aku benci, kaulah yang bertungkus-lumus membantu aku menyelamatkan diri."

Harimau menerjah. Kaki rusa sehabis kudrat menendang harimau.... terus menerus bergelut hingga ke saat harimau membenamkan taringnya ke tengkuk rusa.

Kaki buruk yang dianggap tidak berguna itu berjasa sampai ke akhir...

(Ustazah Norhafizah Musa)

=========


Dalam dunia fana ini, kita bangga dengan kemuliaan, pujian, harta dan nama, yang di dalamnya ada dosa dan maksiat. Kita lupa itu semua bakal menyebabkan kita menderita di akhirat.

Kita malu dengan sunnah Nabi s.a.w., malu menjalankan perintah Allah kerana menganggapnya lapuk dan tidak selari dengan kehendak masyarakat moden.

Tetapi, sunnah dan perintah itulah tiket untuk menikmati kebahagiaan sebenar di alam yang abadi. Berbaloi kita bersusah payah sekarang untuk mendapatkannya.

Teruslah berbuat baik dan beramal soleh sehingga kita kembali kepada-Nya.

Dua Sayap Mukmin


Yang berbakat dan berharta,
kedudukan tinggi di pandangan mata,
walau tiada zuriat penyambung legasinya,
tetap bersyukur dan bersabar kepada-Nya.

Badai tsunami yang mendatang,
memusnah kediaman, keluarga dan ladang,
hanya dirinya tinggal seorang,
tetap bersyukur dan bersabar diberi peluang.

Mukmin jadi hebat bila memiliki dua sayap kurniaan Allah:
Sayap kanan ... SYUKUR
Sayap kiri ...SABAR

Dengan kedua-dua sayap saling mengimbangi,
Mukmin tidak akan jatuh tersungkur dalam kancah kedukaan, kerunsingan, kemarahan dan ...

#SyukurDanSabarKecintaanAllah