Tuesday, January 13, 2015
Waktu Mustajab Doa
SEPANJANG MALAM TERUTAMA SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DAN WAKTU SAHUR:--- Nabi s.a.w. bersabda: "Allah turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yagn terakhir dan berkata ; 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Aku kabulkan? Ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Aku berikan. Ada sesiapa yang beristigfar untuk Aku ampunkan.'" (HR al Bukhari)
KETIKA BANGUN TIDUR:--- Khusus untuk orang yang tidur dalam keadaan berwuduk dan ingat kepada Allah semasa hendak lelap. Nabi s.a.w. bersabda:"Seorang hamba yang tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tetang urusan dunia atau akhirat, Allah akan mengabulkannya." (HR Ibn Majah).
KETIKA AYAM BERKOKOK: Sabda Nabi s.a.w.:---"Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat." (HR al Bukhari)
ANTARA AZAN DAN IQAMAT:---"Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamat." (HR al Tirmizi)
WAKTU SUJUD: ---"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya adalah pada waktu sujud. Maka perbanyakkanlah berdoa." (HR Muslim)
SELEPAS BERSELAWAT DALAM TAHIYAT AKHIR:--- "Mintalah kepada Allah nescaya akan diberikan dan mohonlah nescaya akan dipenuhi." (HR al-Nasai).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment