Wednesday, January 14, 2015
Air Detox Untuk Kecantikan
Air detox atau infused detox water amat digemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan. Ia berkesan, menjimatkan dan mudah disediakan. Bahan yang digunakan bergantung pada citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anggur, epal, kulit kayu manis dan banyak lagi.
Kelebihan air detox ialah: 1. Mengukuhkan sistem imun 2. Mengelakkan sembelit 3. Menurunkan berat badan 4. Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah 5. Meningkatkan tenaga 6. Membersih dan membina semula sel 7. Mencantikkan kulit dan wajah.
Air detox boleh juga dibuat secara menggabungkan bahan-bahan. 1. Potong bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut citarasa anda sendiri.2. Masukkan ke dalam jag dan tambahkan ketulan ais.3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jag berkenaan. 4. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat. Hanya minum sahaja. Tapi awas!! Bersiap sedialah ke tandas ye...Selamat mencuba![Legacy Secret Trading]
FAEDAH KOMBINASI:-----
1. Teh hijau, pudina, limau untuk membakar lemak, pencernaan, sakit kepala, sesak nafas dan penyedar pernafasan.
2. Strawberi, kiwi- kesihatan jantung, melindungi sistem ketahanan badan, mengawal paras gula darah, pencernaan.
3. Timun, limau, air lemon - mengurus berat badan, rasa kembung, pengawal selera, hidrasi, pencernaan.
4. Lemon, limau, oren- pencernaan vitamin C, ketahanan badan melawan penyakit, pedih hati. (Minum pada suhu bilik)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment